Friday, October 17, 2014

serahkan hidup ku kepada TAKDIR ku.....

dari dia kita datang dan kepada dia jua kita akan kembali. 



pak cik jenal bapak mertua balang bob telah kembali ke rahmatullah selasa lalu. heart attack. orang nya nampak sehat jer. last meet him was on saturday sehari sebelum raya for berbuka puasa. tuhan lebih sayang kan dia. we all agak close ngan parents in law balang bob, sebab dulu kami berjiran di Taman Pilah Senaling. selalu bertandang ke rumah nya walaupun dia dah berpindah ke Kg Peraku. Aku juga rapat dengan anak sulong beliau. siapa tahu, bff mak, isteri kepada pak cik jenal yang dulu berjiran dan sekarang dah berbesan dengan my mak bapak. 

di saat isteri, anak3 dan cucu yang 2 orang tu masih memerlukan kasih sayang beliau, beliau telah dijemput Ilahi. Al-fatihah buat arwah pak cik jenal. moga digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.  

di zaman teknology canggih kini, berita kematian senang jer di baca dan diketahui. Lately ader jer insan yang dijemput ilahi. samaada dikenali atau tidak dikenali. DIA menjemput tidak kira masa, waktu dan ketikanya. tidak siapa akan tahu bila nyawa akan dicabut oleh malaikat maut. seksa sangat diri ini bila terlalu memikirkannya.  ya aku selalu berfikir bila waktu itu akan tiba untuk aku. :(

dan sebab itu juga aku sentiasa dan selalu berfikir dan kerap memikirkannya. macam mana jika DIA tiba-tiba menjemput aku. di saat anak-anak amat-amat memerlukan aku, amat-amat memerlukan MAMA. kerana selama ini semua keperluan mereka aku yang sediakan. jika tu takdir aku dan itu takdir anak-anak aku, aku memang tidak bisa mengelak lagi. walau sesaat, walau seinci, walaupun sehari. 

AKU TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "MAUT", 
TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "KEMATIAN"

teringat 3 kejadian lampau yang berlaku dalam hidup ini, pada umur aku 12 tahun, arwah mama Leha (Adik Mak) pergi tidak kembali lagi akibat brain tumor. Dan Saat umur ku 28 tahun, sepupu aku arwah adik marziana juga meninggal akibat brain tumor dan pada umur aku 30an, aku kehilangan mak teh {sebelah suami} akibat demam panas. di saat anak-anak masih kecil, di saat anak-anak amat memerlukan kasih sayang seorang MAMA. ya allah, kuatlah hati ku. 

Bagaimanalah TAKDIR kehidupan aku ya?. itulah yang selalu berlegar2 di kotak fikiran aku. Jika tidak hari ini, esok, lusa, sebulan lagi atau tahun depan dan jika pada tahun-tahun akan datang yang entah bila?  aku akan berhenti bernafas. Aku mohon pada semua yang mengenali aku, MAAFKAN lah aku dan HALALkan lah semuanya ya. :(


picture from google

wahai jiwa, wahai hati
ya allah
kau bimbing lah aku
jalan yang ENGKAU redhoi...


AMIN



No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...