Monday, October 27, 2014

Public Holiday..On Leave punya cerita

SiAbang ngacau mama WORK... stress hehehe
alhamdullillah semua settled at 3.00pm


22 October 2014 was Public Holiday, DEEPAVALI, Dewali. Happy Dewali to all my Indians friends. :D. Dah plan cantik2 dah. sebulan lepas. pagi2 nak balik kampong. Dah janji ngan mak bapak. tapi apakan daya, kerja perlu diDAHULUKAN. berangkut lah anak beranak ke AminKarlos, pago-pagi buta. Siapkan kerja by 3.00pm settled terus shoot balik kampong. Hujan selebat-lebat nya di plus highway. Singgah RNR Seremban for lunch at 5.00pm. Dah penat-penat temankan mama. jom anak-anak mama belanja KFC :D. By 6.00pm dah sampai Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. Senyum simpul my 2 sis Roslinda and Rosmima sebab sulong jadi balik on Rabu jugak. hehehe.









23 & 24 October 2014 Apa lagi kalau dah berkumpul. Gossipping between all the girls. Wajib. hehehe. Tak lupa visit Cik Ton, My sis in law angah nana at kampong peraku. Masa arwah pass away on Tuesday 14.10.2014 tak dapat nak balik melawat. Selebihnya rehat-rehat diteratak bapak mak. Masak-masak and makan-makan. Bising dah gemok. tapi makan totap den makan. Hehehe. MAK dah start kerja kat DOBI near by Matrikulasi Kuala Pilah. Hantar dan ambik mak balik makan LUNCH, then hantar gi keje balik. Syok dapat rest 4 hari 3 malam. Dalam masa yang sama dengar pekikan dan jeritan bapak yang tak menentu emosi nya tu. Moga tuhan sentiasa akan memberikan kesihatan yang baik-baik aja pada Bapak yang dah sangat uzur sebelum waktunya. Yelah bapak keje kuat dulu, angkat berat2, umor baru 62. Tapi fizikal dah macam 80an. Kesihatan yang tidak mengizinkan dan emosi sering terganggu. Along sentiasa doakan yang baik2 untuk bapak ya. Maaf tertinggi kan suara pada Bapak aritu. Along nyesal sangat-sangat. Nanti bapak duk ngan along ya. Tunggu Balang free2 untuk hantar bapak datang KL. Maafkan along. [nangis dalam hati]. Moga tuhan memahami situasi perit aku ini. in shaa allah semua akan baik-baik jer. yang penting emosi dan fizikal aku yang kena sekuat-kuatnya. Dengan SBS yang sentiasa buat perangai dan yang sentiasa mendera mental aku. Syukur pada MU kerana memberi aku kesihatan yang sentiasa baik-baik, anak-anak yang memahami buat aku.  Bila aku sehat kuat mental and fizikal. Maka aku dapat tumpu pada kerja-kerja di pejabat dengan baik untuk mencari bagi anak-anak dengan baik. Ikhlas, jujur, amanah dan rezeki HALAL. amin. SYUKUR pada mu ya allah......



seronok bapak and mak bila  kami balik...
masak best2 katanya :D
Lengkap

Breakfeast
Lunch
Hi tea
Dinner
Supper




No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...