Friday, October 31, 2014

lesson learned... mohon jangan terasa


wahai hati hitam yang jahat dalam diri, behave yourself ok
jangan jaga hal orang .. jaga hal sendiri...
wahai kamu hati yang jahat 
wahai kamu hati hitam yang ada dalam diri ....
jangan bersangka buruk, busuk hati pada sesiapa k
kamu hati hitam yang ada dalam diri
terkadang to much sangat2......
lebih baik kamu hati hitam... 
behave yourself ya

MUHASABAH DIRI SENDIRI

to someone.... remember this


dulu kata someone pemalas
bila dapat sesesorang lagi gila pemalas

dulu kata someone "useless"

bila dapat sesesorang lagi gila "useless"

dulu suka buzy body hal orang

bila kena batang hidung sendiri senyap tak  berbunyi

dulu suka2 merendah2kan someone 

bila dapat sesesorang lagi gila punya perangai....


lesson learned

x berdendam, kuDOA kamu BAHAGIA, tq

perhaps you will forget yesterday....
the BAD WORDS you say today, 
But the recipient 

may remember over a life time




Thursday, October 30, 2014

Sometimes....


tak tahu nak terima dengan perasaan apa ya???

tak tahu nak rasa macam mana. tapi redho. ini namanya pun hidupkan. semua ni pengajaran. sekarang jaga diri sendiri dan jaga anak-anak tak lupa mak bapak sementara mereka masih ada di dunia ni dan sementara aku pun masih bernafas di dunia milik tuhan ini. ya allah jika semua ini berpunca dari sikap lalai aku. maafkan aku. ampunkan aku. aku jahil. aku bukan malaikat yang suci. tapi se ingat aku dengan fikiran yang masih waras dan selama 36 tahun ini aku hidup. aku tidak pernah meng AIB kan sesiapa. 

tapi aku dah rasa, semua orang baca. ngeri balik bila difikirkan. hidup aku dikelilingi oleh manusia-manusia pelik. aku sendiri tidak tahu nak terima dan rasa macam mana. sedih ke. gembira ke. suka ke. its came with mixed feeling. aku tahu english aku ke laut. tapi aku tetap nak tulis bahasa omputih. hahaha. 2, 3 hari ni jer la mungkin aku akan down. down sungguh2. lepas tu ok lah balik kannnn. aku akan tetap tersenyum walaupun pahit hati di dalam DIA maha mengatahui. 

sedih ye lah saper yang tak sedih. sedih kejap-kejap dah lah kan. just pray, ask GOD to give me a very very strong heart. that it. enough for. syukur and syukur. 

dikelilingi manusia pelik, sangat-sangat pelik. ya allah aku serah hidup ku mati ku hanya pada MU. semoga aku terus bersabar dengan manusia-manusia pelik sekeliling aku. life goes on. walaupun hidup memang tidak sempurna. walaupun hidup hina. walaupun tidak gembira. walaupun kurang segala dan daif. hidup tetap hidup. demi anak-anak mama, mama have to be strong until i die. 

boleh buat apa pun dengan manusia-manusia pelik ni. penat nanti depa sengap la. haaa kan bahasa utara cheq dah keluaq. bahawa arwah atok hussin aku. kekeke. bahaso arwah uwan den lak, duk ontok-ontok. kekeke.

syukur dengan apa yang tuhan beri, itu sudah memadai. tadah tangan berdoa dan bersyukur dengan apa yang telah DIA beri. amin 

Tuesday, October 28, 2014

HAPPY LIFE


moga ini jalan terakhir

dengan izin MU ya allah
moga-moga ini adalah jalan terakhir 
bagi mengelakkan segala-galanya
KAU permudahkan lah semua nya

bagi mengelak segala keburukan 
bagi mengelak ketidakbaikan buat diri ini
semua nya dengan izin MU ya allah

permudahkanlah perkara yang satu ini
permudahkanlah perkara yang paling menyesakkan nafas ini
semua nya dengan izin MU dan kehendak mu

agar masa akan datang jiwa akan lebih tenang 
agar masa akan datang sentiasa di dalam peliharaan MU
ya allah
ampunkan aku
maafkan aku
untuk semua keKHILAFAN aku......


itu lah KEPUTUSAN ehhhh...

berbaik-baik secara ikhlas. ermmmm. itulah keputusannya. yang lain-lain me berserah pada allah. susah jugak kalau masing-masing tak nak ambik tanggung jawap dan berkorban masa dan tenaga. tak per lah me akan buat mana-mana yang termampu. in shaa allah dengan ikhlas, walaupun hati hitam ni kadang-kadang jahat memikirkan yang macam-macam. me bukan malaikat. cuba jadi yang baik dan ikhlas. tu jer me boleh fikirkan sekarang. sebagai seorang yang berfikiran waras dan belum lagi GILA. masih waras dan masih bertindak sebagai seorang yang banyak bertolak ansur. moga DIA sentiasa ikhlaskan hati dan waraskan fikiran me ini. lupakan tentang perasaan dan sekarang hanya fikirkan tanggunjawap to both of them. ya allah ikhlaskan hati ini. wahai hati yang jahat please leave me alone. me cuma nak hidup sederhana dan gembira.  

picture from mr google.... 

:D

apa saja untuk ABANG

on last saturday, bagi tidak menghampakan permintaan abang yang dah 3 bulan kerosakkan handphone. Mama pejamkan jer mata belikan Abang handphone baru. Tak per lah biar mama ikat perut demi anak-anak. Abang jaga handhone elok-elok ya. Jangan hilangkan. Walaupun mulut mama ni asyik bising, "mama x akan belikan handphone lagi" tapi hati seorang mama mana lah sanggup buat macam tu kan. Dah 2x abang hilangkan handphone abang sebabkan kecuaian sendiri. Mama tetap belikan HP baru cause ianya satu keperluan di zaman serba canggih dan moden ni. HP sangat2 perlu. Jaga baik-baik HP tu ya. Yang penting please abang jangan hilangkan ya. Bersengkang mata mama niaga lauk pauk sikit-sikit mama saving, semua untuk memnuhi keperluan dan kehendak Abang, Kakak and Adik. Lots of LOVE mama..

pic ehsan mr google

Perasaan KUCAR KACIR baru LEGA semalam

petang semalam dapat sms dari MAK, "camner long keje-keje aritu, boss ada complaint x". hehee. last week lepas siapakan bundle-bundle on Wednesday, yang akakkkk kena kerja on Public Holiday tu. hehehe. tak kesah sebenarnya kene keje on public holiday. kan kerja tu no 1. kalau tak susahlah hidup. Sape nak bagi anak-anak ku makan dan perbelanjaan kan. memang x kesah kerja on weekend pun kalau itu perlu bagi menyiapkan task-task yang diberi kan oleh Boss. Tapi perasaan tak berapa gembira. Mixed feeling takut-takut bundle-bundle yang dibuat tu ada yang tersilap. Bercuti 4 hari pun peraasan bercampur baur. asyik mikirkan kerja-kerja. Alhamdullilah Boss tak der cakap apa-apa dan bundle-bundle dah selamat diserahkan kepada COA pada Jumaat. Semalam mixed feeling semua dah ok dan LEGA. Senyum sampai telinga dan berlapang dada. alhamdullillah.


pic ehsan dari mr google

"happy sampai nak melompat"

:D

PRACTICE make PERFECT

percubaan pertama gagal perform dengan baik. Bahan-bahan masih berbaki, dalam petis ais, apa lagi jom masak lerrr. Percubaan kedua berjaya and more more tasty and more more delicious. hehehe. puji diri sendiri. yelah percubaan pertama linguine kembang dah macam goreng char kuew tiau plak ha. siap bekal untuk 4 hari. Anak-anak tak berapa gemar makan LINGUINE OLIO ni. Maka mama sebat sorang-sorang. Boleh ah berjimat cermat :D. Seruan kerajaan 'bawak bekal dari rumah' yooolah. Puiiii satu kali. kah kah kah




RESEPI

Bahan-Bahan

1 bungkus Linguine * direbus hingga empuk [nota:jgn sampai kembang]
10 ulas bawang putih *diracik halus
1 biji cili benggala *didadu
5 biji cendawan butang *potong ikut suka
Segenggan Daun Parsley *dihiris halus
Udang / Sotong * ikut suka nak banyak mana nak :)
5 tangkai cili kering digoreng dan diramas halus 
[chilli flakes {beli yang dah siap pun ada jual}]




Oregano ikut suka
Black Paper ikut suka
Olive oil untuk menumis 


- panaskan olive oil
- masukkan bawang putih goreng hingga garing
- masukkan udang dan sotong, kacau hingga masak
- masukkan cili banggala yang sudah didadu
- masukkan Linguine yang telah direbus
- kemudian masukkan daun parsley + cendawan butang yg siap dihiris
- bila dah empuk masukkan serbuk Oregano + black pepper
- kacau sebati ....
- siap untuk dihidang, jangan lupa taburkan chilli flakes utk yg gemar PEDAS




Monday, October 27, 2014

Public Holiday..On Leave punya cerita

SiAbang ngacau mama WORK... stress hehehe
alhamdullillah semua settled at 3.00pm


22 October 2014 was Public Holiday, DEEPAVALI, Dewali. Happy Dewali to all my Indians friends. :D. Dah plan cantik2 dah. sebulan lepas. pagi2 nak balik kampong. Dah janji ngan mak bapak. tapi apakan daya, kerja perlu diDAHULUKAN. berangkut lah anak beranak ke AminKarlos, pago-pagi buta. Siapkan kerja by 3.00pm settled terus shoot balik kampong. Hujan selebat-lebat nya di plus highway. Singgah RNR Seremban for lunch at 5.00pm. Dah penat-penat temankan mama. jom anak-anak mama belanja KFC :D. By 6.00pm dah sampai Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. Senyum simpul my 2 sis Roslinda and Rosmima sebab sulong jadi balik on Rabu jugak. hehehe.









23 & 24 October 2014 Apa lagi kalau dah berkumpul. Gossipping between all the girls. Wajib. hehehe. Tak lupa visit Cik Ton, My sis in law angah nana at kampong peraku. Masa arwah pass away on Tuesday 14.10.2014 tak dapat nak balik melawat. Selebihnya rehat-rehat diteratak bapak mak. Masak-masak and makan-makan. Bising dah gemok. tapi makan totap den makan. Hehehe. MAK dah start kerja kat DOBI near by Matrikulasi Kuala Pilah. Hantar dan ambik mak balik makan LUNCH, then hantar gi keje balik. Syok dapat rest 4 hari 3 malam. Dalam masa yang sama dengar pekikan dan jeritan bapak yang tak menentu emosi nya tu. Moga tuhan sentiasa akan memberikan kesihatan yang baik-baik aja pada Bapak yang dah sangat uzur sebelum waktunya. Yelah bapak keje kuat dulu, angkat berat2, umor baru 62. Tapi fizikal dah macam 80an. Kesihatan yang tidak mengizinkan dan emosi sering terganggu. Along sentiasa doakan yang baik2 untuk bapak ya. Maaf tertinggi kan suara pada Bapak aritu. Along nyesal sangat-sangat. Nanti bapak duk ngan along ya. Tunggu Balang free2 untuk hantar bapak datang KL. Maafkan along. [nangis dalam hati]. Moga tuhan memahami situasi perit aku ini. in shaa allah semua akan baik-baik jer. yang penting emosi dan fizikal aku yang kena sekuat-kuatnya. Dengan SBS yang sentiasa buat perangai dan yang sentiasa mendera mental aku. Syukur pada MU kerana memberi aku kesihatan yang sentiasa baik-baik, anak-anak yang memahami buat aku.  Bila aku sehat kuat mental and fizikal. Maka aku dapat tumpu pada kerja-kerja di pejabat dengan baik untuk mencari bagi anak-anak dengan baik. Ikhlas, jujur, amanah dan rezeki HALAL. amin. SYUKUR pada mu ya allah......



seronok bapak and mak bila  kami balik...
masak best2 katanya :D
Lengkap

Breakfeast
Lunch
Hi tea
Dinner
Supper




aritu dah elok2 KURUS kannnn

haaa padan muka, aritu dah elok-elok kurus. risau kan masalah yang bertimpa-timpa lepas raya aritu. i need food. hahaaha. elok2 nak kena kurang lagi 5kg for IDEAL WEIGHT. Nah ambik 10.5 kg balik kena kurangkan. sangat-sangat mencabar ya 10.5kg tu. kekeke. jom DIET balik. Jom Ikek porut balik. nak kurus... Dapat kurang 7.5kg pun jadik ler. ya nak kurus.nak kurus



Friday, October 17, 2014

serahkan hidup ku kepada TAKDIR ku.....

dari dia kita datang dan kepada dia jua kita akan kembali. 



pak cik jenal bapak mertua balang bob telah kembali ke rahmatullah selasa lalu. heart attack. orang nya nampak sehat jer. last meet him was on saturday sehari sebelum raya for berbuka puasa. tuhan lebih sayang kan dia. we all agak close ngan parents in law balang bob, sebab dulu kami berjiran di Taman Pilah Senaling. selalu bertandang ke rumah nya walaupun dia dah berpindah ke Kg Peraku. Aku juga rapat dengan anak sulong beliau. siapa tahu, bff mak, isteri kepada pak cik jenal yang dulu berjiran dan sekarang dah berbesan dengan my mak bapak. 

di saat isteri, anak3 dan cucu yang 2 orang tu masih memerlukan kasih sayang beliau, beliau telah dijemput Ilahi. Al-fatihah buat arwah pak cik jenal. moga digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.  

di zaman teknology canggih kini, berita kematian senang jer di baca dan diketahui. Lately ader jer insan yang dijemput ilahi. samaada dikenali atau tidak dikenali. DIA menjemput tidak kira masa, waktu dan ketikanya. tidak siapa akan tahu bila nyawa akan dicabut oleh malaikat maut. seksa sangat diri ini bila terlalu memikirkannya.  ya aku selalu berfikir bila waktu itu akan tiba untuk aku. :(

dan sebab itu juga aku sentiasa dan selalu berfikir dan kerap memikirkannya. macam mana jika DIA tiba-tiba menjemput aku. di saat anak-anak amat-amat memerlukan aku, amat-amat memerlukan MAMA. kerana selama ini semua keperluan mereka aku yang sediakan. jika tu takdir aku dan itu takdir anak-anak aku, aku memang tidak bisa mengelak lagi. walau sesaat, walau seinci, walaupun sehari. 

AKU TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "MAUT", 
TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "KEMATIAN"

teringat 3 kejadian lampau yang berlaku dalam hidup ini, pada umur aku 12 tahun, arwah mama Leha (Adik Mak) pergi tidak kembali lagi akibat brain tumor. Dan Saat umur ku 28 tahun, sepupu aku arwah adik marziana juga meninggal akibat brain tumor dan pada umur aku 30an, aku kehilangan mak teh {sebelah suami} akibat demam panas. di saat anak-anak masih kecil, di saat anak-anak amat memerlukan kasih sayang seorang MAMA. ya allah, kuatlah hati ku. 

Bagaimanalah TAKDIR kehidupan aku ya?. itulah yang selalu berlegar2 di kotak fikiran aku. Jika tidak hari ini, esok, lusa, sebulan lagi atau tahun depan dan jika pada tahun-tahun akan datang yang entah bila?  aku akan berhenti bernafas. Aku mohon pada semua yang mengenali aku, MAAFKAN lah aku dan HALALkan lah semuanya ya. :(


picture from google

wahai jiwa, wahai hati
ya allah
kau bimbing lah aku
jalan yang ENGKAU redhoi...


AMIN



Monday, October 13, 2014

ole2 from LONDON... suka..suka..suka..suka..sangat

my weekend story mory

my D's, ada Kem Bestari Solat on Saturday... :D



sabtu buzy dengan tempahan for Liza's Kitchen. tempahan makin kurang, apa-apa pun syukur alhamdullillah. terima kasih atas rezeki tambahan ini ya allah. masak-masak dan masak. apa lagi tugas seorang mak kan. mendobi, mengemas. ermm tu jer la rutin nya. 

ahad plak masak-masak lagi. pagi-pagi dah bangun bersih dan rebuskan semua tulang and daging-daging Qurban aritu. Baru nak lalu makan daging balik. 1 week rest makan rebus-rebus jer. Muak asyik daging jer last week, hehehe. Kali ni ajak my 2 sister Ongah and Acu ipar2 and kids. Makan-makan kat umah myself. Baru nak teringin masak and makan daging2 korban yang dapat aritu. Dapat banyak jugak sebab me n my hubby duty on that day. 

Tadaaa, siap my menu semalam. Semua memuji my MEE SUP TULANG, happy semua makan bertambah-tambah especially anak-anak. zaidan zakuan dap mama jija, dap :D. Iyolah makan2, tambah2. Seronok dapat jamu semua orang makan. :D. Dan hari ni adalah hari bersihkan perut. 2 hari asyik makan jer. hahaha. gembira jer la dengan berat badan sekarang ni ya rosliza. diet diet semua ke laut. gomok pun gomok la, yang penting me sehat :D




Thursday, October 9, 2014

angin meroyan sampai ..

tak lalu makan, tapi sekeping nan cheese habis, tak lelap tido, tapi kul 10pm sampai 4am gak la lolap. yang dapat cuti adik sebab UPSR, habis semua dengan kakak and abang ponteng. kebiasaan nya memang begitu la perangai anak-anak mama ni. tak leh lebih tak leh kurang masing-masing. semoga mama akan sentiasa adil pada anak-anak mama. jangan jadi nasib macam mama ni. Golek kiri golek kanan dah tak leh tido. 6am bangun mandi siap2 ke opis. 7.30am dah tercangok siapkan kerja pemBUNDLEan. Lega dah siap at 4.00pm dengan tak sempat2 nak lunchnya and perut dah masuk angin, huuhuu. Semua masalah yang buat me tak lalu makan semalam, mandi kejap basah, kejap kering. rasa lambat jer masa berjalan, cepat la pagi nak gi keje ni, hahaha. lega sangat-sangat dah siap. Kelegaan sangat-sangat. nak patah pinggang dibuatnya. 7.30am - 4.00pm berdiri, duduk, berdiri balik. hohoho. dah nama keje kena bertanggunjawap dengan kerja. petang ni balik dah boleh senyum sampai telinga. nak repeat makan cheese nan la petang ni. lega. ok dah nak siap2 nak balik. Malam ni boleh tido nyenyak.  

Tuesday, October 7, 2014

don't be stressed


THANKFUL SO MUCH




LIFE is like riding a train and watching the landscaping go by.....
Be THANKFUL as soon as 
my eyes open in the morning 
and
be THANKFUL when i close my eyes at night
i just want to live peacefully ....

keHIDUPan


hidup kadangkala gembira,

kadangkala bosan..

susah senang, 

kadangkala diperlukan, 
adakala ditendang,
kadang di atas tinggi melangit,
terkadang di bawah dipijak.
dan akhirnya MATI. 
Itu Penyudah dan
PENGAKHIRAN.





Qurban 2014

SABTU dah lama x turun joint KRT, sejak krisis aritu. tak habis2 kan orang melayu berebut kuasa berebut jawatan. hasut sana sini. fuhh pening, till then me decide untuk tidak pegang apa-apa jawatan dalam "Kawasan Rukun Tetangga'. Kalau ada kelapangan masa turun bantu apa yang patut thats it. yang lain biaq depa la yang uruskan dan jalankan. janji me campur orang dan orang kenal me :D. last saturday family kak aisyah setiusaha krt buat kenduri aqiqah seekor lembu. ME turun lerr gotong royong masak dan malamnya ada kenduri doa selamat. 

sebelum tu pagi2 dah ke pasar pj jalan othman, mana lagi situ lah me kalau ada Order from customer. alhamdullilah rezeki di AidilAdha. ada customer order 7kilo #gulaidagingsalairebung. selesai menyalai baru lah membantu KRT gotong royong memasak untuk kenduri kesyukuran malam ni. 

AHAD seawal 4.00pagi dah bangun, memasak for Liza's Kitchen. Selesai masak siap-siap nak bertugas Qurban Lembu kat bawah flat. Diet ke laut, makan macam-macam. bermangkuk mangkuk mengatah sup tulang lembu. Selesai gotong-royong bungkus membungkus di bahagian wanita balik rumah. Tup tup dapat call 2 jiran ajak datang rumah beraya. haaa apa lagi makan lagi. Malam sambung makan lagi. Banyak nyer makan. 

Malam mendobi 3 bakul baju, hahaha padan muka malas cuci hari2, ni lah balasan nya. Esok isnin cuti lagi, nasib baik cuti, dapatlah lurus-luruskan pinggang ni. Pagi isnin sambung mendobi, cooking and lolap la apo lai. dok umah x habis2 keje nya. lepas satu-satu. :D and melayan anak-anak. thats it my weekend story. and now lets the picture talk on my behalf.














Thursday, October 2, 2014

minyak naik lagi

naik lagi 20sen hari ni, yer yer memang senang cakap ala 20 jer. ermm. dengan zico dulu gaji sekian. bila boss lama offer dengan extra RM500.00 lagi, tanpa fikir panjang terus jer setuju dengan harapan senang a sikit hidup lepas ni bila dengan gaji baru yang extra RM500.00 tu. ermm eh naper makin x cukup plak ni, padahal hutang kereta baru jer selesai on August 2014. naiknya minyak naiklah jugak harga barang-barang mentah. 

sangat-sangat terasa. apa lah sangat nilai RM50.00 tu hari ni yang boleh dihabiskan dalam masa yang tak sampai 1 hari. itu pun cuma makan roti + kaya for breakfeast, lunch + dinner kari sardin dan goreng telur dadar [kalau makan ayam, daging, udang, sotong lagi lah besar perbelanjaannya] + belanja sekolah anak-anak dan tambang bas ke tempat kerja. petang nya pulak en suami datang jemput dengan kereta, tank mintak kete kecik tu pn mintak di isi. kos sara hidup makin meningkat dan akan meningkat dan lagi dan lagi. ermm merugut jer lah dalam hati. life goes on. 

bersyukur saper kata me tak  bersyukur. sangat bersyukur. tertekan tu adalah juga. muka pun dah hilang seri. huhuhu. tension dengan masalah duit, duit, duit. semua permintaan anak-anak juga perlu dipenuhi. al maklumlah me seorang jer yang mencari. percutian ?? percutian keluarga jangan harap ada , tiada langsung dalam belanjawan tahunan. padahal anak-anak dah pandai mintak percutian bila musim cuti sekolah. ermm, maaf anak-anak mama. dulu masa mula-mula kerja kerani tahun 1996, RM300.00 rasa banyak sangat. cukup bulan dapat shopping, bagi mak sikit. beli itu ini. sekarang semua serba serbi kena catu, serba tak cukup. me pun di opis ikat-ikat perut jugak. kalau gaji sekarang dengan kos sara hidup macam tahun 1996, sure kami tak susah macam ni. tak perlu la nak catu-catu. hidup pasti gembira. moga DIA murahkan lagi rezeki ku anak beranak dan permudahkan hidup kami. amin   

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...