Friday, January 30, 2015

ermm, inilah KEHIDUPAN

LIFE always give, BIG LESSON
the more we know
it just gives DISAPPOINTMENT
no matter how ....
DIRECTLY THANKFUL
and keep SMILE :D


ALHAMDULLILLAH

Tomorrow lets start the WAR
at Liza's Kitchen. Hehehe. 
Masih ada yang sudi menempah 
lauk pauk dengan Kami. 
Syukur sangat2 dengan REZEKI yang kecil ini. 
Alhamdullillah




Happy 3rd Birtday - OMAR ADAM

walaupun susah nak peluk cium kamu ...
walaupun kamu tak suka dengan sesiapa..
kecuali mama mu

i always huge and kiss you... ;)

Happy
3rd Birthday sayang





LUNCH - 30.1.2015 - JUMAAT

poning hari2 mikir an nak masak apo...nak masak apo..
nak masak apo... hehehe


today lunch is so simple kids....

REBUS BAYAM KENTANG 
and
TELUR DADAR :D

*mama keje dulu k anak3 ku yg terSAYANG




Thursday, January 29, 2015

Wednesday, January 28, 2015

LUNCH - 28.1.2015 - RABU

sebabkan tapak tangan mama 
masih injured
ni jer yg mampu mama 
sediakan for lunch ya anak3
"taugeh tauhu masak lemak putih" dan
"telur dadar"
*mama gi keje dulu k



Tuesday, January 27, 2015

LUNCH - 27.1.2015 - SELASA



ku gunting tapak tangan ku...huhuhuhu
menitik-nitik darah merah mengalir.....

masa memasak td terinjured tapak tangan mama, huhuhuhu. 
sebelah tangan jer la memasak hari ni... 
lunch ready kids... 

"Sambal ikan cencaru"
 &
"Goreng bendi ikan bilis".....


enjoy the lunch... 



*mama keje dulu ya......



Monday, January 26, 2015

LUNCH - 26.1.2015 - ISNIN

"Gulai Ayam Kentang" in the house
special sikit sebab Atok Razak lepak KL 
for 1 week ni... 

wink emoticon Damia Dina jgn gaduh2 
ngan atok berebut tv... 
hehehe please behave yourself..


*mama gi keje dulu


Uncle n Nephew


Saturday, January 24, 2015

Thanx Pak Lang bawak DD jalan2



MAK 55th Birthday

Selamat Hari Lahir yang ke 55th mak. Mak maafkan along tak dapat bahagiakan mak sangat. mak maafkan along ya. Cuba berikan termampu buat mak. Yang lain2 tu biarlah tuhan yang tentukan ya mak. Hidup kita walau tak sebahagia mana pun, tak segembira mana pun. Hidup kena jugak teruskan. Sayang mak. Cuba bahagia dan gembirakan mak. Maafkan along. 







Friday, January 23, 2015

ermm.. :(


sometimes what thing 

that you try to hide
end up ......
people will know the truth

Thursday, January 22, 2015

LUNCH + Bekalan for Ds'


Sambal Sardin Kentang
ready for LUNCH anak-anak mama....

and 

Kentang Goreng for Bekalan Damia + Dina


Wednesday, January 21, 2015

al kesah my story

start SABTU, kenapa start hari sabtu. eh suka hati puan blog la nak start hari apo kan. kalau ada tempahan memasak, maka seawal 4.00 pagi dah sebok ke pasar. balik memasak, then tengahari sebok delivery pulak. camtu lah me start on saturday. settled delivery by 2.00pm. Balik kemas rumah dan rehat.
7.30malam after magrib dah buzy hantar Damia ke kelas tuition. Sambung pulak tido dalam kereta sampai 9.30malam. Macam tu lah sampai lah hari selasa.

AHAD, pulak 7.00pagi dah bangun hantar Damia Dina ke kelas IQRA. Sambil2 nak tunggu kelas IQRA habis by 9.30pagi, me exersice la jogging keluarkan peluh kat padang sebelah. Lega ringan2kan badan, tak lah lemau kepenatan asyik duduk dan tido.

Setiap 5 hari bekerja seminggu me akan bangun seawal 4.00pagi, memasak lunch untuk anak3. Tak lah anak3 kelaparan tak der nasi nak makan bila penat2 balik dari school. Kadang2 tu merajuk jugak la mama dalam hati, lunch yang di masak.langsung tak disentuh anak3. 5.00pagi dah start iron uniform sekolah anak3 pulak. 6.00pagi turun hantar anak3 ke bas sekolah. Rushing naik and mama plak bersiap2 ke opis.

Selalunya masak siap sekali utk dinner, setiap selasa dan khamis mendobi. Hari ni RABU, rehat sikit sampai JUMAAT, sebab anak3 tuition di tingkat 11 rumah seorang kawan. Boleh la mama bermalas2 di katil.
Alhamdullillah semoga mama sentiasa sehat2 supaya dapat menjalankan semua tugas-tugas dengan baik dan bertenang hati.

ISNIN ...MONDAY BLUES... hehehe

Abang Kakak Adik, satu jer mama harapkan ya, belajar hingga ke menara gading and make me PROUD of you all..... amin


Lunch anak3 tersayang - 21.1.2015

KARI IKAN SELAR BENDI TOMATO 

selamat menjamu selera abang.kakak.adik
makan ok...kalau tak mama merajuk lagi

mama gi keje dulu




Tuesday, January 20, 2015

Lunch 20.1.2015

semalam balik keje sodih yo hati mama ni haaa, anak3 x usik langsung apa yang mama masak subuh3 tadi. apa lagi mama senduk satu, dua, tiga pinggan dan suap semua, abang.kakak.adik. semua sekali. alhamdullah habis gak. sambil bebek bebek gak la kan. 

esok mama mogok, mama tak nak masak. 
balik sekolah biar berlapar. 


tu je la yang mama zikirkan kat telinga anak3 sampai selesai suapkan ketiga-tiga nya. 

mama tak nak masak esok. 
esok semua puasa, tak yah makan semua....


tu je la yang mama zikirkan kat telinga anak3 sampai selesai suapkan ketiga-tiga nya. tapi  manalah sampai hati mama ni kan. 4 pagi tadi bangun la dengan gigih memasak tuk anak-anak. Harap hari ni balik sekolah petang nanti tak lah anak3 kelaparan. makan ya anak-anak... 

mama gi keje dulu....



sambal tempe ikan bilis kentang




Monday, January 19, 2015

SUPRISE for beloved MAK

Saturday, lepas having lunch at Pak Kasim Asam Pedas terbaik. 
ME Terus ke Digital Mall PJ. 
Nak cari besday present for our beloved mak this saturday 
24.1.2015. 
Happy birthday mak, hope you like it. 
Of course you will LOVE it so much. :D


Sabtu  ni ada family gathering for mak. :D at my house....

pic from mr google




and then kena paw dengan my twin Damia Dina

"tengok jer ma, promise, jom la ma, 
tengok2 kejap jer...


kena getah mama

pasni 3 bulan jangan beli apa2 ok

1st time korang merasa permainan yg 
mencengkik tengkuk mama... mahal tuuuu







Nasib baik sempat...

kesawanan ketiduran. letak jer kepala lelap. letak jer kepala lelap. Dah lock alarm clock at 4.30am, boleh sambung tidur. Sedar2 dah kul 5.00am. Haaaa ambik kelang kabut kau. Nasib baik sempat masak LUNCH for kids hari ni. Simple request from my black sweet Dina. Tumis air soun kentang carrot. SIAP. Selamat makan anak3. mama gi keje dulu. 



LUNCH semalam = Gulai Kering Ikan Keli Salai


Saturday, January 17, 2015

HAPPY happy HAPPY - BIRTHDAY - 17.1.....

they share the same date. pak lang bob and our little monster Firash Irsyad. Pak Lang BOB turn 31st and Byash celebrate his 1st birthday. double trouble celebration. but us belum berkesempatan nak double trouble celebration lagi. kekangan masa dan masing2 buzy. :D. They celebrate on their on family. Happy birthday korang...... 



And now let the picture talk on my behalf.....





Friday, January 16, 2015

Lunch hari ni 16.1.2015



semalam masa kat kedai beli brg2 nak masak esok, cadangnya nak masak kari ayam kentang, tapi pagi ni alih2 menu bertukar jd "MEE KARI". Selamat makan tengahari anak3 mama.. 

* mama gi keje dulu ya 





Thursday, January 15, 2015

15.1.15

15.1.15 





MAMA DOA kan semua yang BAIK3 untuk AFIQ.DAMIA.DINA.







SETTLED buku2 KAKAK

2 hari selesai balutkan buku-buku Kakak, hehehe actually mama balut 1 buku jer. Yang lain-lain dibalut sendiri oleh Mia, Thanx Mia ringankan tugas-tugas mama. cantik dan kemas macam mama yang balutkan. Sila jangan muntah ya. Puan Blog puji anak sendiri.







MENU untuk makan tengahari anak-anak hari ni #sambalayamserai. tadaaa. Pagi tadi kena gi SKBF2KL ambik BRIM dari Kementerian Pelajaran. Dapatlah tampung2 belanja sementara nak gaji ni. Alhamdulillah rezeki. Dah kena angkut Damia Dina gi Opis hari ni sbb babysitter ada hal. huhuhuhu.


Tuesday, January 13, 2015

Settled Balut Buku2 ADIK

Malam tadi selesai balut buku2 adik. Next, turn KAKAK and ABANG, tunggu GILIRAN ya... nak buat sekali gus patah pinggang mama. tu kain kotor 2 bakul dah menanti untuk di CUCI... huhuhuhu. Banyak nya keje umah mama ni. Ada saper2 nak bantu. 









Wah pagi2 ni dah dpt berita gumbira...
"betapa senang saya punya hati"
Tambang bas sekolah naik RM10.00 seorang, tahun lepas naik, tahun ni pun naik....
 — feeling annoyed at Pantai Ria Lembah Pantai.

Catering for 20 pax.. alhamdullillah

Seorang sahabat kerja di UNIVERSITI MALAYA, thanx Babe, Hopefully you satisfied with the FOOD. Thanx again, give me an opportunity in this line of Business. THANX babe. Dapatlah aku top up2x mana yang kurang untuk anak3. Bangun seawal 4pagi memasak. Alhamdullillah, ready on time. 





MENU


* nasi putih

* ayam kari kentang

* udang sambal petai

* sayur campur goreng ikan bilis

* ulam-ulam kampong

* sambal belacan lesung

* air sirap kurang manis





Monday, January 12, 2015

1st Day School in 2015

Cepat masa berlalu kan, abang dah from 3, 2 tahun lagi dah habis sekolah. Baik result nya nanti masuk la mana2 IPTA. Damia dah darjah 5, tahun depan dah UPSR. Adik dah darjah 3. Mama dah makin tua dan tua. tak kira la apa orang lain nak kata. setiap tahun, hari pertama mama akan hantar anak3 ke sekolah. cuma abang sejak menengah ni mama memang x sempat. bukan x sempat, badan mama ni kalau boleh dikerat2, memang mama akan buat macam tu. Mama tak boleh berada di tempat yang berlainan pada masa yang sama. Lain la mama ada pakai guna ilmu gahabi-ghaib. hehehehe. 


Lepas siapkan anak3 at 6.30am , bergerak la kami ke 1st sekolah, SMB, my secondary school and my SPM in 1995. Drop him and rushing heading to SKBF2KL plak hantar my 2 girls. Stay at skbf2kl, top up buku2 yang tak cukup. Then rushing balik masak lunch. 12.30pm rushing ke sbf2kl semula to jemput the girls. Abang sekolah menengah jadual sampai 2.30ptg. Mang aiii lamo ehhh. Balik sendiri la ya abang. Sampai rumah siapkan lunch and lunch together gether. Anak-anak mama, walau garang and me naik hantu macam mana pun. Anak3 tetap bermanja-manja dengan mama kannnnn. Hari ni mama suap semua anak3 mama. Abang yang dah besar panjang pun bersupa. tu yang ABAH korang jeles...Anak3 adalah segala-galanya buat mama. *menitis air mata kalau story pasal anak3 ni. Sian anak3 mama, serba kekurangan. Mama kerja kuat k, berikan mana yang mama termampu buat kalian. Make mama prous. Selamat Memulakan alam persekolaham untuk tahun 2015 ya anak. Zaman honeymoon dah 2 tahun berlalu sejak abang habis UPSR. Tahun ni, 2015 semua kena fokus. FOKUS, FOKUS ya. 


Afiq - Your PT3 this year, jangan sebuk ngan bola jer,
*bola kalau wakil pasukan HARIMAU MALAYA ok lah ada gaji, ada duit. Kalaua setakat main2 jer, ermmmmm
please concentrate on both ya. 
ini penentu kehidupan abang. what you want to be on FUTURE abang....

Damia - start early for your UPSR 2016, fokus..fokus..ok
jangan nak main jer. Jadi matang sikit ya..kamu dah dewasa.....

Dina - dah 1/2 tahun x mengaji, Start kelas IQRA wif Kakak 
every Sunday......

Mama doakan kalian success dalam HIDUP...

DUNIA n AKHIRAT


MAMA cuma berikan mana yang termampu...ikut kemampuan
and don't ask for MORE from me......

MAKE MAMA PROUD

*saturday to tuesday, my new task
hantar anak3 mengaji + tuition, sampai lolap2 lam keto...huhuhuhu


Sunday, January 11, 2015

mengaji pandai2 ya

entah kali ker berapa, harap kali ni kekal dan.mengaji sampai qatam ya anak3 mama. wake up at 7pm, siap2 hantar Damia Dina mengaji. Ok lah once a week daripada tak mengaji langsung. mama berusaha berikan yang termampu ya anak-anak.....mama sentiasa doakan yang baik-baik dan yang terbaik. In Shaa ALLAH. Dengan izinNYA. aminnnn. Sementara nak tunggu anak2 mama berjongging keluarkan peluh jap at Taman Gasing Indah, Petaling Jaya. 




Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...