Tuesday, September 15, 2015

Alhamdullillah - TUHAN sedang MENGUJI aku

syukur, ini saja perkataan yang terlahir dari mulut ku ini. syukur. biarlah apa pun pandangan dan tanggapan mereka (family) mereka (kawan-kawan) mereka (jiran tetangga) pada aku. aku terima. aku terima semuanya dengan berlapang dada. amin syukur dan syukur. aku berusaha untuk bergaul dengan mereka dengan seIKHLAS nya. sepenuh hati. apa apa pun senyum jer. dengan keadaan sekarang, satu persatu DIA tunjukkan pada aku. aku melihat dengan 2 biji mata aku sendiri. 


jika selama ini aku yang tersilap tanpa aku sedari, ya allah kau ampunkan lah aku. maafkan segala keikhlafan diri ku. aku manusia hina serba serbi kekurangan. cuba memberi yang terbaik dan penuh keihlasan. amin.

semoga DIA beri kan aku hidayahnya. ampun kan aku, maafkan aku ya allah. berilah aku hidayahmu ya allah. amin amin ya rabbal alamin. ada mata pandang jer. semoga hati ini semakin tenang. rosliza lupakan semuanya perlahan-lahan ya. Lapangkan dada. Tumpukan perhatian pada kehidupan sendiri, keluarga sendiri, perasaan sendiri dan diri sendiri dan anak-anak,  tak lupa mak dan bapak. buat untuk mereka seikhlasnya. :D
senyum jer....









Wednesday, September 2, 2015

biar DIA yang MENILAI

habis semua telah diluahkan....a to z masing-masing nak memang, masing-masing nak betul. aku pun kadang-kadang rasa aku betul, eh tetiba betul ke aku. salah ke aku. end up aku mintak maaf. salah ke, betul ke, aku dah pun meminta maaf. terpulang pihak lagi satu nak maafkan atau tidak. Tapi aku dah rasa puas dapat suarakan my own opinion. terpulang pihak lagi satu nak terima atau tidak. Biarlah pihak lagi satu rasa puas tanpa rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. nak kata hati aku lega. Aku tidak pernah rasakan kelegaan selepas selesai berdebat semalam. malah aku sedih dan terkilan dengan apa yang telah berlaku ni. ya aku banyak termakan budi. orang yang tidak punya apa2 seperti aku selalu berada di dalam keadaan begini. 

terbanyak termakan budi. 
akhirnya memakan diri. 


bukan sekali dua. dah acap kali. aku dikhianati oleh manusia yang bernama sabahat. kalau betul aku yang salah, AKU MOHONkan KEMAAFAN. Aku sanggup letakkan harga diri aku dibawah tapak kaki kalian MEMOHON KEMAAFAN. Ini lah harga yang perlu aku bayar. Mengadai nilai sebuah PERSAHABATAN. The best part is, habis semua pertolongan sebelum ini diungkit semula satu persatu. Habis dicanang di FB. terima kasih. Sesungguhnya aku dah TAWAR HATI. biarlah apa pun penerima pihak lagi satu.  Aku REHDHO. Biarlah lepas ini aku bawa haluan aku sendiri. Jangan dicari lagi.

Aku tidak layak untuk bersahabat dengan sesaipa disebabkan ketidakmampuan aku. aku tidak punya apa2, aku hanya tahu meraih simpati. aku tak mampu nak joint kalian berholiday, berjimpa ke sana ke mari, sebab aku tidak berkemampuan. Aku saling kekurangan. Banyak sangat kekurangan nya aku ni. Jadi selepas ini, biarlah aku dengan dunia aku. aku tidak perlu rasa iri hati dengan kelebihan yang kalian ada. maaf aku juga manusia. manusia yang punya keinginan dan punya perasaan. cemburu tetap ada, aku manusia biasa. 



FULL STOP







Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...