Monday, March 31, 2014

Last Entry for March...

Sabtu ada Futsal tournament. 
Lokasi di Sports Arena Ampang. 
MILO HidupBola 
U16. 
Better Game
Better NewMembers
Better Performance
Tapi masih belum ada rezeki lagi
Setakat SemiFinal...Good Job Guys
Keep up the good effort....








Friday, March 28, 2014

new edition..11th...


fresh from womb this afternoon

welcome to the world baby

YUSSUF BENJAMIN
......Congrate my sis

Rosfazilah....

careful


I'm human, and they are humans .. 
but our hearts will never ever be the same 
even if there were times when we evenly ..
be careful in life ....

Wednesday, March 26, 2014

Abang 14th today - 26.3.2000




my first baby. my first son, the one and only son. first and first. You always the first in my heart until my last breath. Happy 14th Birthday abang. Macam tahun-tahun sebelumnya. Doa mama. Semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Itu jer the most important. Jadi abang yang terbaik pada adik-adik. Jaga adik2 bila mama dah tak der nanti. Sayangi keluarga. Remember no matter what, family is no. 1. Remember abang. Eeermmmm pejam celik, pejam celik, nah dah 14 tahun mama besarkan abang. Tahniah buat mama. Terima Kasih padaNYA kerana berikan mama kekuatan yang luar biasa, sangat-sangat luar biasa untuk besarkan abang sehingga hari ini dan sebesar ini. Alhamdullillah abang anak yang tak banyak kerenah. Maafkan mama banyak kekurangan mama dalam membesarkan abang. Banyak perkara yang tidak dapat mama tunaikan. Nakal abang pun nakal-nakal anak remaja biasa. Semoga kehidupan sekeliling memberikan pengajaran yang TERBAIK untuk abang mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. 

Dunia hari ini memang Sangat-sangat-sangat mencabar. Abang kena kuat sekuatnya. Ikut mana yang baik dan buang mana yang buruk. Kekalkan kelakuan sekarang In Shaa Allah, TUHAN permudahkan perjalanan hidup abang dunia akhirat. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki ya anak ku. Semakin abang dewasa semakin mama rindukan abang yang baby dulu. Kalau boleh mama nak abang yang umor 4..5 tahun jer. Mama masih boleh mama gomol, abang masih boleh mama lambung2. cepat sangat abang besar. Abang akan ikut mana mama pergi, dok bawah ketiak mama. Mama itu mama ini. Mama miss that moment so much sayang. Sekarang abang dah makin remaja. Abang sebok dengan aktiviti abang. Masa terluang abang banyakkan abang habiskan dengan futsal, hoki, bola sepak. Banyak yang kurang bersama Mama. In Shaa Allah mama akan cuba luangkan sebanyak mana masa untuk abang. Semakin abang dewasa semakin kita renggang. sob sob sob. huhuhuhu. But u always my baby. uhuk uhuk. 

Last but not least. mama always love you, no matter what. your journey is till far far to go. Remember each step you make ingat pada ALLAH yang satu. Semoga DIA mempermudahkan dan sentiasa melindungi abang where ever you go. Terima Kasih padaMU kerana meminjamkan anugerah ini buat ku. Selamat Ulangtahun Kelahiran anak mama. 26 Mac 2000, tepat jam 5.55am selari dengan berkumandangnya azan subuh lahirlah kamu putera ku yang satu, alhdullillah sehat dan chomel. chomel ke? hehehe     
    

Tuesday, March 25, 2014

no one will understand myself...except ALLAH.



#MH 370...

sedih atas apa yang berlaku. sangat tersentuh perasaan apabila mendengar pengumumam PM kita DSNR malam tadi di TV3. harap agar seluruh keluarga penumpang #MH370 tabah dengan semua ini. berat mata yang memandang, berat lagi bahu2 yang memikul. Seluruh dunia bersedih atas apa yang berlaku. al- fatihah buat yang beragama ISLAM and RIP for the non muslim.  


this week menYALAI...

ermmm dah selasa. baru nak citer pasal weekend. so buzy at the office, down pun sama gak. tapi tersenyum dan dalam masa yang sama bersyukur sangat-sangat. bad news come along with a very good news. alhamdullillah sekali lagi. syukur. and syukur. citer last weekend lagi. belum habis. masalah air tak settled settled. alhamdullillah masih boleh memasak for the #gulaidaging salairebung. dah 2 minggu dapur salai berehat. alhamdullillah dengan rezeki minggu ni. last minute masih ada yang nak order. syukur and syukur. extra daging yang dibeli pun habis di Order jenjiran tetangga. syukur alhamdullillah padaNYA. semoga rezeki berterusan selepas ini. 2 feedback dari 2 customer baru. thanx friends. :D senyum dalam hati. :D




thanx so much to kakak..mama helper of the day
you safe my day dear... ;)





my 3 days weekend

saje ambik cuti. mula2 plan nak ke kelumpang tanjong malam. back to nature program. bercamping. Manjang asyik x menjadi lagi. Kebetulan ada this week ada kawan2 yang order #gulaidagingsalairebung this week. so friday tugas adalah ke pasar dan membeli bahan-bahan mentah nak memasak. Dah lama mama tak memasak beriya-iya to for the kids. And today makan mewah sikit. Tada my cooking on friday 21.3.2014. Seronok tengok anak3 balik sekolah excited mama on leave and they so excited nak makan. So happy tengok anak3 happy. Happy lagi bila excited nak makan masakan mama. chef mama in the house. jom cayang2 we had lunch together gether. 

senyum jer mama walaupun air dok kena catu ngan #syabas
hadoiii seksa... sampai tergolek golek angkut ayor....
cepatlah catuan ini berakhir...
susah woooo tak dok ayor.








And petang around 2.30pm send abang to SMK Bangsar, KL for Kem PRS. Sekali lagi abang ikut jejak kaki mama. 1st wakil sekolah for Hoki and 2nd joint the PRS "Pembimbing Rakan Sebaya". Hope you will get some benefit from this ya abang. Jaga kelakuan, jaga tingkahlaku ya anak mama sayang. Bujang mama sorang ni. take a good care of yourself abang. 




  

Thursday, March 20, 2014

ANUGERAH TERINDAH

Memang. Aku yang kandungkan anak3 ini. 9 bulan. Lama.

Memang aku yang lahirkan. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...


maafkan aku YA ALLAH, aku tidak mahu MENGELUH lagi.
tingkatkan KESABARAN ku dalam
membesarkan mereka.....

aku sentiasa BERSYUKUR 
dengan anugerah terindah MU ini
YA ALLAH.
syukur...syukur...

YA ALLAH "lindungilah anak3 ku dari bahaya
dan lindungilah mereka dari org2 yang jahat"
amin

Tuesday, March 18, 2014

yup


Family Day...











kan me dah kata, DIA ambik satu dan DIA bagi kita 2..3..4..5....10, Syukur. Semoga rezeki adik-adik Roslinda Razak Rafizi Ab.Razak RosFazilah and Rosmima Razak akan bertambah. Our wajib family day every year. Semoga rezeki RAR Bam and BIL Nizam dimurahkan lagi. Ermmm. Setiap masing-masing ada rezeki masing-masing yang telah DIA janjikan buat kita. Semoga DIA akan murah dan murahkan lagi rezeki ku pula untuk dishare-sharekan dengan semua family members for the future. for me pun ada cuma belum dapat dishare-sharekan lagi. Cukup-cukup makan for my small little family jer. Sebab sorang-sorang dok cari. Lepas 5 tahun kawin belum ada rezeki nak timang baby buat RAR BAM and BIL Nizam. But since Zaidan and Zakuan hadir dalam hidup they all, kami sama-sama merasai rezeki mereka yang melimpah ruah tu. Rezeki dari Zaidan dan Zakuan. Dan setiap tahun bermula 16 March 2012 pasti ada percutian keluarga bagi meraikan hari jadi kedua-dua putera yang berkongsi tarikh lahir yang sama, cuma berlainan tahun. 1st year ZAIDAN sambut besday kat Hospital sbb MAMA LINDA bersalinkan ZAKUAN. Lokasi nya PNB Ilham Resort, Port Dickson, this is our 2nd year. Happy Birthday 3rd for Muhammad Ariq Zaidan and 2nd for Muhammad Ariq Zakuan. DOA MAMA LIZA, semoga menjadi anak2 yang soleh, berjaya dunia akhirat, amin.... Panjang umor holiday lagi tahun depan. Semoga seluruh ahli keluarga kita dirahmati dan bahagia selalu. Gaduh2 Manja tu biasa laaa. Hahahaha..... :D














  

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...