Monday, May 16, 2016

16.5.16 - kehilangan.. cantik tarikh hari ni

erm...lepas satu satu. caturan tuhan yang tidak pernah kita tahu dan duga. oh macam rupanya. kena redho. ermm. entahlah. just follow the flow of life. biarlah, hanya dia yang maha mengetahui siapa betul siapa salah. tapi hidup bukan untuk tahu siapa betul siapa salah. hidup adalah lebih kepada siapa ada hati, siapa ada akal dan siapa ada otak serta siapa yang ada perasaan. tak kira siapa tua siapa muda. siapa salah siapa benar. entahlah apa yang aku merapu ni. 

hidup kena lebih kepada bertimbang rasa, hormat menghormati, inilah yang akan aku cuba terapkan dalam diri anak3. kalau nak cakap dan luahkan yang tidak baik, semua manusia boleh lakukannya. tapi cuma perlu fikir, haruskah mengamuk, meroyan, memaki hamun manusia lain sesuka hati, WALAUPUN untuk kamu dia benar-benar salah. dia sangat3 bersalah. 

Adilkan kita manusia menjatuhkan hukuman dan mengadili manusia lain sesuka hati. Perasaan tidak puas hati, rasa marah, rasa iri hati, rasa benci...semua perasaan ini milik setiap insan. cuma kita sendiri perlu tahu cara dan bagaimana dan asalkan kena gaya dan kena tempatnya. 

tapi manusia berakal tidak akan memaki hamun orang sesuka hati kannnn. ermmm biarlah. yang penting aku tidak begitu, sebab orang yang suka memaki hamun sesuka hati lawannya aku hanya akan berdiam diri. sejak aku diberikan akal dan fikiran, dah banyak pengalaman yang aku lalui selama 38 tahun ini. dah macam-macam kerenah manusia aku temui. 

aku pernah dimalukan, aku pernah diaibkan dan macam-macam lagi. tapi aku cuma akan diamkan diri, senyap seribu bahasa. selalu nya aku akan lepas apa yang aku rasa (rasa sedih, rasa marah, rasa benci, rasa terkilan dan pelbagai rasa) pada seseorang yang aku rasa dapat menjadi pendengar setia. terima kasih pendengar setia. terima kasih kerana sudi mendengar. and that's it. life goes on and on. lama2 si penyalak akan diam. jangan dilayan. ini memang resmi aku.

tapi lagi kita berdiam, lagi kita senyap kadang-kadang sesuatu perkara makin menjadi-jadi. dan seperti biasa kan, lantak la. lama-lama penyalak memang akan DIAM . :) hehehehe.

Terima Kasih TUHAN kerana kurniakan aku hati yang SABAR. bukan sabar sikit, bukan sabar yang dibuat-buat. Tapi hati keras aku memang sesabar sabarnya. Bukan nak puji diri sendiri. semakin aku tua, semakin aku mengawal emosi marah ini. tapi sebenarnya terlalu banyak yang hendah diluah dengan kata-kata.....

HIDUP aku selalu dipertemukan dengan manusia-manusia pelik = pelik. Inilah asam garam kehidupan.....






Sunday, May 8, 2016

HAPPY 10th BIRTHDAY - my black sweet - SAHIRA DINA


UCAPAN MAMA sama jer dengan tahun2 lepas sayang...

HAPPY 10th BIRTHDAY SAYANG....

(pejam celik2x dah 10thn mama besarkan kamu sayang... 
ucapan thn lepas ;)
Alhamdullillah syukur padaNYA adik dah genap 9 tahun hari ni. genap 3287 hari dan 4 jam adik telah bersama-sama mama. U still my black sweet baby as always. Dengar kat kakak ni, jealous dia. no worries kakak, you, abang and adik will always be my baby forever. seorang anak yang tak banyak kerenah dan selalu kena beralah dengan kakak nya. Sikap ni yang selalu mama puji adik tau. Kadang-kadang mengeluh jugak "kenapa adik kena selalu beralah dengan kakak". cam ni la kerenah anak-anak kan. lagi2 kalau jarak umur dekat sangat. semalam masa prepare goodies bag adik pun kakak merajuk. (kenapa kakak punya tak der doily paper) hadoi, pening mama. Kakak always macam tu, cemburu tak tentu pasal. Dah berkali-kali mama pesan. Semua anak-anak mama akan dapat apa2 pun dari mama sama rata dan sama banyak. in shaa allah. Mama buat mana yang termampu.


Adik, happy birthday sayang. doa mama sama jer macam tahun-tahun lepas. berjaya dunia akhirat. berjaya dalam pelajaran. jadi manusia berguna. jadi manusia yang rajin, jangan malas-malas, kalau nak berjaya. hormat orang tua, rajin dan ringan tulang serta tolong orang keliling yang di dalam kesusahan. ya anak3 mama. mama bukan mama yang sempurna. tapi mama berusaha jadi mama yang terbaik buat adik, kakak and abang ya. semoga diberikan kesihatan yang baik-baik. jangan buat mama risau selalu ok. jauhi perkara-perkara yang hanya akan merugikan adik ya. mama always doakan yang baik-baik untuk adik. Nakal mama tetap rotan ok. 

pejam celik pejam celik, mama sangat2 rindukan zaman masa adik baby dulu. cepat masa berlalu, menandakan mama semakin tua. semoga kita semua sama-sama sihat dan dapat bersama-sama, dengan izin NYA, menangis, ketawa, sedih bersama-sama. dapat peluk adik {kakak n abang juga} hari-hari setiap pagi sebelum ke sekolah dah cukup buat mama BAHAGIA dan TENANG, hilang segala DUKA.



Mama tak harapkan yang banyak-banyak dari adik {kakak n abang}, cuma membesar sehat dan berjaya, mama sentiasa berdoa untuk adik {kakak n abang jugak} 

.
Semoga adik {kakak n abang} kekalkan kelakuan yang baik ini sampai bila-bila, nescaya senang lah hidup kalian. Tapi ingat adik {kakak n abang} dunia ini amat mencabar, baik dan eloknya kita terkadang diuji. Diuji dengan ujian dan dugaan. Tidak semua orang dikeliling kita ini baik. Hidup penuh pancaroba. Mama nak pesan hati2 dengan manusia-manusia jahat yang sentiasa ada dikeliling kita dan terkadang sukar kita lihat.
ALL of YOU always in MAMA DOA... always.....
NUR SAHIRA DINA
8.5.2006
5.55 a.m.
Hosp Bersalin [HKL]
LOTS OF LOVE
always....
MAMA

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...