Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA - 2015

saya hidup ni bukan untuk apa2 jawatan. 
saya juga hidup bukan untuk apa2 pujian. 
saya tidak juga hidup untuk bermegah-megah, 
apatah lagi hendak menunjuk-nunjuk 
jauh sekali nak berbangga diri. 
Tiada apa yang hendak dimegahkan pun.....

Dengan rendah diri saya menyusun 10 jari 
andai saya pernah menyinggung 
atau menyakiti hati kalian tanpa saya sengajakan. 
selamat hari raya. 

maaf zahir batin. 
ikhlas dari hati. 


HALALkan apa2 yang terAMBIL 
dan 
terMAKAN.....




selamat hari raya.

Monday, July 13, 2015

MAAFkan KAMI sekeluarga....

RAYA just around the corner. 
MAAF ya, Raya tahun ni tak mcm 37thn yg lepas, 
our beloved Bapak is not in a good condition, 
biasalah di usia2 senja ni kan. 
Maaf banyak2 pada pak2 dan mak2 menakan 
kalau kami tak dapat datang beraya macam tahun2 sebelum ni ya. 
Raya tour terpaksa dibekukan. 
In shaa allah kami akan datang ziarah pak2 dan mak2 
menakan bila ada kelapangan nanti. 
Raya ni jemputlah dtg ke teratak kami 
yang akan sentiasa menerima kehadiran kalian semua 
di Tmn Pilah Senaling pada raya ke 2 dan ke 3. 
Dengan ini kami dengan rendah diri kami 
menyusun 10 jari memohon Ampun dan Maaf 
pada semua. 
Maaf zahir batin. 






SELAMAT HARI RAYA....



* jauh di sudut hati ada kesah lain *

huhuhuhu

Berbuka bersama AbRazakRajabee Clan

Kesah AHAD kami - 8.30 am - Balik dr pasar sambung tido. I really need a rested, 12.00pm, Return all the equipment and ke umah nenek ambik 2 little monster Zaidan and Zakuan. Huru Hara rumah, ada 2 little monster ni.








Sambung rehat. At 4.00pm baru lah mula masak. tun tang tung tang, All Done at 6.30pm. Lambat sikit sebab nak kena ketuk muncung siput sedut. hehehe. Siap, thanx my helper Damia. Semua menu mengikut permintaan Mak and adik2 semua. My Part done. 


- nasi putih


- gulai siput sedut keladi


- ikan kembong goreng garing


- terung goreng siram kicap


- sambal belacan lesung


- ulam kacang botol





Riuh Rendah berbuka puasa semalam. Syukur dapat jugak kami berbuka sekeluarga. Huru Hara pun ada. Yang penting kami happy. Dengan anak-anak menakan yang baru nak besar. terpekik terlolong la masing-masing. hehehehe. 


buah tangan from my Sis Roslinda - Big Apple Donut + Kuih Muih





buah tangan from my Bro Rafizi - Tembikai + Cookies from SIL + Hana




And from my Sis Rosmima - Air Laici Nana De Coco



And FINALE from my BIL - Nizam - we all kekahkan Durian...yummyyyyy




Late 12.00am mengemas my small little house yang ditinggalkan bersepah macam tongkang pecah oleh adik-adik semua. huhuhuhu. its ok janji kita dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa. 











Lega dah selesai cook for 100pax

Kesah #cheftakbertauliah last Saturday - Syukur semua selesai dengan baik sekali. sewa beberapa equipment yang besar dan kak intan my neighbour as my helper. All ready on time. Delivery at 5.00pm sharp. Settled. Balik rumah berbuka dan pengsan until 3.00am. 
















from 3.00am bawak ke pagi minggu, menyambung cuci all the perkakas, mendobi and then ke pasar. #abrazakrajabeeclan nak berbuka puasa di teratak kecil ku. Kalau ikutkan hati memang penat sangat-sangat. Tapi berkorban demi keluarga ku yang kecil ini. Haruslah memasak semua yang kegemaran mereka. 










Buah tembikai from me and huda for the anak3 yatim Baitul Aini. Moga sumbangan yang kecil ini diberkati. amin
















Friday, July 10, 2015

Thanx NEK + MFH



mama DOA always be with U sayang

Semalam Abang Shafiq Akmal bagitahu semua Kajian Kes (subjek Sejarah & Geografi) dah siap dihantar utk Penilaian PT3, boleh Beraya dengan happy katanya. Mama doakan hanya yg baik2 utk kamu. (walaupun hari2 mama membebel marah2kan abang)- GOOD LUCK for the next Step sayang.


ME dan terBIASA dengan semua ini....

Camner nak mula kan ya. dah penghujung Ramadhan untuk tahun 2015. Sedih sebab banyak yang tak dapat dilaksanakan di bulan Ramadhan tahun ni. Entah kan bersua lagi dengan Ramadhan  untuk tahun depan. Hanya DIA yang tahu. Terlalu singkat dirasakan Ramadhan kali ini. Semoga kami semua yang 5 ini diberikan hidayahNYA. Semoga kami diberi keberkatan untuk lebih dekat denganNYA. 6 day left. Syawal pula akan menjenguk tiba. Syawal just around the corner. Memang tak terasa langsung Ramadhan tahun ni. Sebab me memang dah terbiasa berlapar disiang hari. memang hari2 camtu, balik rumah baru bekfes, lunch and dinner. Tahun lepas memang melayan segala kehendak anak-anak beriya-iya. Tahun ni mama tak der mood. Tahun ni mood berjimat cermat. Tahun ni no shopping. Tahun ni no and no Raya. Sorry anak-anak. Lagipun atok and wan tak berapa sehat. Dan tahun ni juga di BULAN RAMADHAN yang mulia ini, me juga tak berkesempatan nak balik berbuka puasa dengan mak and bapak. Maafkan along. Panjang umur kita jumpa Raya nanti ya MAK ... BAPAK. Lagipun Jun aritu along dah balik sama2 kita semua buat kenduri kesyukuran dan aqiqah AB RAZAK family. Syukur semua selesai dengan baik. 

Kerja-kerja di pejabat bulan puasa ni makin bertambah-tambah. Adakalanya dapatlah balik sharp 4.30pm and reach home at 5.30pm. Sempatlah memasak untuk anak-anak juadah berbuka. Kadang-kadang terlajak, sampai rumah dah 6.30pm atau 7.00pm. Memang tak sempatlah me nak memasak. Kadang2 balik awal pun me tak memasak jugak, terlalu kepenatan. Sekali sekala ke Bangsar, Bazar Ramadhan tempat En. Suami berniaga. Rezeki dia bulan Ramadhan ni. Alhamdullillah syukur, walaupun hanya untuk dia. Tak kesah la tu. Me dah TERBIASA dengan semua ni. Redho. 

Kawan-kawan pun sebuk bertanya tak organize berbuka puasa. Me diamkan ajer dalam group tu. Sorry ladies and guys. Ermm cerita pasal kawan. Sekali lagi ME terkena lagi. Dengan manusia bernama KAWAN. Apa punya lah NASIB me ni kan. Semua atas izinNYA. ME Redho. Mula-mula jumpa dulu, dia mua2kan anak-anak me. Setelah 20thn terpisah sejak 1995 selepas SPM. Asal jumpa macam-macam dibelikan untuk anak-anak. Sebagai anak-anak yang serba kurang, seronok la kan. Ada orang belikan itu ini. Mana anak-anak ME tak seronok. Asal jumpa ada jer jajan2 dibelikan dan duit poket sekali. Yer lah me kan tak berapa nak mampu nak ikutkan sentiasa kehendak anak-anak. Bila lepak2, anak3 paling seronok sebab akan dapat banyakkkkk buah tangan. Tapi lately entah mana silap salah ME. Bila lepak2 dah tak bertegur sapa. Tertanya-tanya apa salah ME. Biarlah tekaan ni salah. Apa pun tanggapan kawan-kawan di luar sana. Hidup me ni menagih simpati orang. DIA lebih TAHU. DIA lebih mengetahui. Yelah hidup me ni kan terlalu banyak harap "BELAS EHSAN" orang keliling. Mungkin macam ni lah layanan ORANG MISKIN HINA macam me kena terima. ME REDHO jer. Just follow the flow. Ikut KETENTUAN DIA. Biar lah semua DIA yang tentukan. Biarlah ME telan semua walaupun pahit. Hina lah me banyak mana pun. Tapi JANGAN HINA anak3 me yang 3 orang tu. Diaorang tak salah apa-apa.



SELAMAT BERPUASA

dan 



SELAMAT HARI RAYA





Thursday, July 9, 2015

menu semalam

Selasa lepas pagi-pagi subuh dah dapat berita gumbira. Berita bersama turun nya hujan damai yang lebat. Sejuk bumi tuhan. SYUKUR. Dah lama kot tak hujan-hujan. Panas kering membahang. Thanx my regular customer, Galoh, memuji habis menu baru Liza's Kitchen. #sambal daun kayu


alhamdulillah, bukan selalu dapat balik awal. bulan puasa tahun ni keje banyak sangat. banyak kali terlajak walaupun Boss bagi balik jam 4.30pm. semalam 5.15pm dah sampai rumah. Rekod terawal. Apa lagi ada ayam dalam peti sejuk. Makanya menu semalam adalah. #sambalayamserai . Ready on time. Bertambah-tambah anak-anak kesayangan mama makan. habis licin nasi 2 pot. Syukur dengan rezeki ini. 




Semalam jugak kami puak-puak pompuan. mama, kakak and adik kendurikan 2 biji durian. jiran sedekah. syukur. lepas kempunan. dapatlah rasa sorang sikit. padan muka abah n abang x merasa. hehehehehe.







Monday, July 6, 2015

lega hati ni...

call mak this morning. lega, sangat-sangat lega. thanx mak kerana memahami. hal-hal lain, pasal orang lain kita jangan campur adukkan sampai boleh rosakkan hubungan kita anak beranak. ya mak. sayang mak. mintak restu mak. catering 100 pax this week yang agak menakutkan. 
terima kasih mak. atas restu mak. 

LOTS OF LOVE

LOVE U MAK......


hal2 orang lain along tak nak fikir....

Baru lah ada mood nak balik raya tahun ni 


IAM HAPPY ME





weekend punya story


diri ku dah mula tak lena tido ni. hehehehe. kerisauan. moga dipermudahkan semuanya. Ready on time. This week masih ada Order for Liza' s Kitchen. Sabtu, Ahad dan hari ni Isnin. Syukur dengan rezeki yang kecil ini. On sunday gigih menyalai 12kg daging. 10kg dah lock date next week - 11 Julai 2015. Catering for 100 pax. Pecah Rekod, menyalai paling banyak this week. Dup Dap Dup Dap tangkai hati jantung limpa semua ada lah. hehehehe. kipidap. You can do it Mama. 






Wednesday, July 1, 2015

dapur ku berasap..

hehehe, kan seronok kalau hari-hari macam ni balik awal. banyak cantik muka kau. kekekeke. Semalam 5.30ptg dah sampai rumah. Ke kedai berdekatan rumah beli barang2 sikit. Dan Terus bersilat at my small little kitchen. Semua ready on time. Jom jamu mata. 


#sambalciliapiikanbilisranggupkentang

#gulaiayamkentang

#airlaicinatadecoco











Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...