Tuesday, December 30, 2014

LAST entries for 2014

hari ni last day keje for this year 2014. esok dah mula cuti until 5th January 2015. walaupun Kementerian Pelajaran announce that school holiday extended for 1 week sebab Banjir di Pantai Timur, cuti totap den cuti. asyik buat silap jer kek opis haaa. hadoi, rosliza...rosliza.... apo kono kau milah. i need a rest. Bagi ku rehat. Please. rehat dari kerja-kerja opis sekejap. 

And cheq nak pikiaq hal sekolah anak-anak jer. Nak siapkan mana yang tak siap-siap lagi. Uniform settled. Hantar taylor Alteration and jahit nametag & badge. Esok baru nak cari kasut, bag and stationary bagai. Yang girls 2 orang tu sebok nak watch movie. ermmm.. last movie mama tengok pun "Ombak Rindu" on 2011. Daku bukan kaki wayang. Dok umah membuta lagi bagus. Leh jimat2 duit. hahaha. jimat duit ke tak berduit. kah kah kah. 


Esok hari melayan anak-anak. Thursday NEW YEAR, public holiday. Friday in shaa allah ada tempahan for Liza's Kitchen. Itu pun belum confirm lagi, customer baru tanya2 quotation. Kalau tak Isnin jer la beli buku-buku sekolah anak3 tu. Kalau tak sempat jugak 12hb jer la baru beli. Buzy eh ngalahkan mentori. ontah apo yang sebok bona tuan tanah ni. hadoi. macam2 nak dipikior kan. pikir jangan tak pikir. semua atas my bahu, tak mengeluh malah bersyukur dapat penuhi pemintaan anak-anak walaupun semuanya sederhana. "B0-$$" banyak membantu. Alhamdullillah. SYUKUR


Impian tahun baru ni, reduce debt and do not owe anyone. tapi ada orang nak menambahkan nya jua, moga tuhan menghalangnya. Nak buat camner. berserah padaNYA. Tumpuan hanya pada anak-anak yang nak exam besar, PT3 abang. Just concentrate on anak-anak jer 2015 ni. Mak Bapak x lupa jugak. For me buat mana yang termampu. Dan moga kehidupan bertambah, tambah baik dan kerja-kerja di opis makin teliti, kurangkan KESILAPAN ya ROSLIZA. Ok rosliza. yang lain2 serahkan pada ALLAH. amin

Happy NEW YEAR 2015 guys. Panjang Umor jumpo lai. 

MOHON KEMAAFAN dari kalian....Hamba insan hina lagi kerdil yang banyak KELEMAHAN and KEKURANGAN.








KAKI "Selfie" hahaha



Monday, December 29, 2014

Always THANKFUL

walau SESUSAH mana pun hidup ....
Jangan sampai MENIPU dan 
AMBIL KESEMPATAN pada orang yang SUSAH....
Dan jangan juga beri apa-apa HARAPAN pun....

Renung2kan ....
BerSYUKUR dengan REZEKI hari ini.....

AND the most IMPORTANT
Jangan Tipu DUIT orang lain

berSYUKURRRRRRRR



Happy BELATED Birthday - AKKIE

SUPRISE for you dear friend... a small celebration for you "AKKIE"














SchoolMATE..gila-gila...happening

Kalau dah berkumpul camni la. yang ni je la yang sporting and happening :D. 
SABRINA
AKKIE
ANUM
ROSSE
SALINA









Weekend - Jalan2 - Birthday - Part B

Sporting kan keluarga Birthday Boy. Thanx Akkie and en azman for the invitation. my kids really had fun....Happy 3rd Birthday Arish Aryan





Weekend - Jalan2 - Birthday - Part A

SabtuDay cuti, kena bangun awal jugak. Ke Pasar, alhamdullillah ada tempahan bagi minggu2 akhir sebelum melangkah ke Tahun Baru. Ke Pasar, memasak dan delivery. SIAP. Settled cooking for Liza's Kitchen. Lega.

Then, siap2 nak melayan anak-anak pulak. Moh kita ke Jalan TAR and Petaling Street. Esok ada 'Birthday Party' Army Theme, moh-moh shopping sikit. Top Up barang-barang 'Back To School' yang belum2  complete and shopping toiletries for the house. Boleh la follow theme, mana2 yang termampu, semua ala' Kadar. Alhamdullillah. 

AhadDay, moh kiter ke 'PARTY". Damia Dina paling excited. Abang monyok sebab tak der geng dia. Sorry abang, sekali sekala kena la ikut mama k. Kawan-kawan jugak. Apa mama kata "Family come 1st". Understand. Mama super happy sebab dapat jumpa my my schoolmate. A smal RE-UNION for SMB Badge 1995'. Happening, Gila2 dan menggila, memekak, kalahkan anak-anak. hahahaha.


And Now let's the picture TALK on my behalf...







Friday, December 26, 2014

Rapat x semestinya closed

apa tajuk aku ni hahaha. kawan boleh berkawan, kawan jer seramai mana yang kita mahukan. tak der saper nak melarang. kalau dah berkawan dan orang nampak rapat. itu satu hal lah. tapi tak semua rahsia kita boleh kongsi bersama-sama  kan. kalau nak cerita aku sudi dengar and share apa2 pun and i will keep the secret. kalau x sudi nak cerita, tak kan nak paksa2. aku jenis tak suka nak korek2 rahsia orang lain. sooo people out there, jangan tanya-tanya cerita aku kalau aku tak nak share :D. ok understand. hehehe





menjongkit jer...

senyap sunyi rumah. tekak mama pun berehat hehehe. kalau x asyik mengamukkan my 2 girls tu jer. ada jer akal nak sepahkan rumah tu. dapur pun x berasap. mama jadi malas nak masak. kemas rumah bersih2 dan tido jer semalam. :D. seronok la Damia Dina, duduk ngan Bam, Bam bawak menjongkit jer. semalam ke kajang and today lepas BSC pulak. tq Bam. Have FUN kids. seronok la zaidan and zakuan, kakak-kakak ada sana.





SYUKUR, tu jer yang terLUAH


alhamdullillah, tu sajer yang terbit dari benak hati ini. rezeki anak-anak. tuhan dah berikan sedikit demi sedikit siar pelangi. bukan nya ribut, hujan dan taufan yang berpanjangan. alhamdullillah, syukur dan syukur. terima kasih ya allah. i will work harder after and less less mistake, in shaa allah. berikan aku kekuatan itu ya allah dan moga berpanjangan amin. syukur. "B".Pekerjaan di AminKarlos, kurang kan mistake, kurangkan mistake ya rosliza. :D. Baru happy nak keje. Jangan stress, stresssss... :D

beberapa hari lagi 2014 akan melabuhkan tirainya. It's been a great great year! Thanks everyone for being a part of it. rezeki bertambah. Rezeki Liza's Kitchen pun bertambah. Alhamdullillah. syukur. Tahun kegembiraan, kesedihan dah berkurangan. dikelilingi keluarga dan sahabat2 tersayang serta pekerjaan yang selesa. Alhamdullillah. Semoga kegembiraan ini berpanjangan dan berterusan pada tahun 2015 dan pada tahun-tahun yang akan datang.

2015 adalah tahun yang sangat-sangat tough buat mama. Abang akan menduduki exam PT3 untuk Form 3. Kejap jer abang dah seDEWASA ini. Cepat betul masa berlalu dan mama dah makin TUA. hehehe. Nilah exam penentu. Harapan mama moga Abang berjaya. Kakak tahun 5, bersedia untuk UPSR 2016. Adik still happy in her honeymoon. Mama doakan yang baik2 buat kalian ya.

DEBT banyak jugak yang dapat diselesaikan. Alhamdullillah. Home sweet home, dapat B tahun ni, dapatlah make over rumah sikit2. seronok tengok rumah kemas teratur. Pagi tadi dok lah membelek living room yang dah di make over sikit. syukur. rumahku syurgaku :D. hehehe

Sekarang buzy dengan task "back to school" anak-anak. 50% dah siap. uniform, alteration, taylor utk jahitkan nametag and badge. Next week dah start cuti. Tinggal nak shopping kasut and beg sekolah and stationeries. 5hb hari pertama persekolah baru nak beli buku and bayar yuran. Alhamdullillah dapat laksanakan tugas seorang mama dengan sempurna. in shaa allah. terima kasih ya allah.


2014, left all the sadness behind and dont turning back, apa pun yang berlaku dalam kehidupan, life goes on kan. mak sekian, bapak sekian, adik2 sekian, biarlah terlipat dalam sanubari. Hanya DIA yang tahu isi hati ini...... full stop. And me jalankan jer tanggungjawap yang telah diamanatkan dan moga kau terus TABAH dan KUAT. 

2015, more concentrate on my small bizz, Liza's Kitchen. Ini rezeki anak-anak. moga diberikan kesihatan yang baik-baik untuk mama sentiasa bahagiakan anak-anak. amin

Salam tahun baru reader sekalian. in shaa allah, panjang umur jumpa lagi tahun depan. in shaa allah....












Monday, December 22, 2014

Rombongan KRT Pantai Ria

Seharian mengikuti ROMBONGAN last weekend, 20th December 2014, Saturday. Last minute plan, dalam tak berduit mama gagahkan jua, cari sana sini dulukan nak ke rombongan. Kerana Abang, mama kakak adik turutkan. Kehendak anak-anak memang selalu mama dahulukan. Janji Abang happy dapat bersama-sama kawan-kawan. Dianjurkan percuma pengangkutan dari Komuniti Rukun Tetangga Pantai Ria. Sarapan dan Makan tengahari disediakan. Siapkan duit shopping anak-anak jer. 






Anak-anak happy, Sukaneka diadakan di Pantai Tanjong Bidara, seronok anak-anak termasuk lah mama. We all joint the SUKANEKA dan menang hadiah. Tak perla  yang penting anak-anak ENJOY.














Petangnya pula setelah penat di pantai, ke Bandar Hilir, jalan-jalan shopping2. Melayan anak3 lagi. Around 10.30pm sampai ke sarang. Penat sangat and the most most important, KIDS had FUN. Ni jer yang mama termampu. Ya allah murahkan rezeki anak3 ku. Hope will get a very GOOD GOOD NEWS soon... amin . in shaa allah. Alhamdullillah selamat pergi dan balik. aminnnnn






moga kehidupan anak3 mama secantik PELANGI ini






Friday, December 19, 2014

Back to SCHOOL 2015...

"MAMA" please take note

:D

Happy Weekend

this week nak bawak anak-anak 
ke Rombongan KRT [Kawasan Rukun Tetangga] Pantai Ria. 
Destinasi nya Pantai
Tanjong
Bidara, Melaka.

Doakan kami semua selamat pergi 
dan selamat pulang ya. TK



mama masak :D

sejak atok razak dah balik ni, mama jadi malas sikit. hehehe. jaga atok mama rajin sangat. pepagi buta at 4am mama dah bangun masak. jaga anak sendiri pun tak rajin macam ni. mama lagi rajin tido. sorry anak3. tapi mama tetap gagahkan diri ya bangun memasak as simple as i can. janji anak-anak makan. lauk hari ni.



ISNIN - nasi ayam gerai pak teh [mama malas bangun masak]

SELASA - goreng bendi bercili & daging goreng kunyit kacang panjang



RABU - Rebus Bayam Kentang & Telur Dadar

KHAMIS - Mee Goreng jeee....


JUMAAT - Sambal ikan kembung cili api



SELAMAT MENJAMU SELERA
* mama gi keje dulu yaa :D



Thursday, December 18, 2014

Proud MAMA



biarlah apa pun tanggapan mereka pada aku
biarlah apa pun fikiran mereka pada aku
aku tetap aku
hidup tetap diteruskan
tiada siapa impiakan penderitaan
tiada siapa impikan kehidupan yang buruk
tiada siapa yang mahukan kehidupan tidak sepertinya ini
tapi aku bahagia dikurniakan 3 permata
3 permata.. itulah kegembiraan bagi ku di dunia ini
yang lain-lain aku tolak ketepi
gembira 
derita
itu kehendak dan takdir dari NYA
Hidup aku simple

Aku tak kacau orang, orang jangan kacau hidup aku
Tapi kenapa hidup aku sering diganggu
Tiada apa yang hendak aku banggakan

Tiada apa yang hendak aku riakkan
Aku bukan begitu.....

Hidup sangat mudah
Jangan ganggu hidup orang dan
Jaga rumahtangga sendiri... itu lebih bagus


Buruk Baik semua dihadapi dengan tenang
walau hati bergelombang mengharung badai
Itulah kehidupan namanya


1st FINAL - AFF Suzuki Cup

Wira Malaysia + Wira Thailand 
Adakah Harimau Malaya 

akan mengulangi Kejayaan 2010
sama2lah kita saksikan Sabtu ini...



 SAFIQ RAHIM

Charyl Chappuis

Monday, December 15, 2014

YES, it True


Good Job - MU

wah bertuah my bro in law 
dapat tengok live di Old Trafford malam tadi.


My son, Shafiq Akmal favourite team and 
favourite player "Van Persie"




MU THE RED DEVILS




MU belasah Liverpool 3 - 0




sumber picture google

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...