Tuesday, September 30, 2014

x suka la rasa macam ni

berperang dengan perasaan
oh tuhan aku sendiri tidak suka dengan semua ini....

ampun kannnn aku...
*menangis dlm hati sendiri

....
....

ikhlaskanlah hati ini, seperti aku menjaganya sebelum ini
sangat2 ikhlas dan gembira...
gembira dan bahagia menjaga nya
walaupun aku tidak diberi apa2

maafkan aku ya allah
perasaan jahat tolong pergi jauh
aku tidak mahu menyesali apa2

ya allah aku tahu setiap ujianmu
ada hikmah nya.. ada sesuatu buat ku
satu hari nanti

iaitu kegembiraan dan
kebahagian.....

usia emas nya
sudah senja....
bila2 saja ENGKAU akan menjemputnya
ampun kan segala dosa2nya
biarlah dia bahagia di hari2 tuanya

ampun kan aku
aku cuma berperang dengan perasaan jahat ini.....

AMPUN kan aku
dia dah banyak korbankan usia mudanya
demi membesarkan aku menjadi MANUSIA

YA ALLAH

AMPUNKAN AKU HAMBAMU YANG HINA

hati ikhlaslah seperti sebelum2 nya
ku mohon duhai sekeping hati
tolonglah memahami jiwa luka ini

.....

Monday, September 29, 2014

AHADday, lepak day

relax-relax, santai-santai, makan simple2 jer. petang teman kan other half, other half la sangat service kereta di bawah pokok dengan angin ribut-ribut bahasa dan kadang-kadang sepoi-sepoi bahasa. uhuk uhuk. sambil terlelap dan tertido buat taik mata. selesai service kereta, terus layan DD main layang-layang di tepi sungai. layang-layang hadiah masa bercuti di Morib Gold Coast aritu. Puaskan hati anak dara 2 orang ni kalau tidak dok la berzikir tepi telinga mama ni. ada ker dalam hujan pun diajak main layang-layang. ishhhhh. Malam dinner at my sis house. :D. baik tido esok isnin keje ... sekolah ... rutin biasa :D







haru biru dikerjakan ZZ

sabtuday jugak kena jadi babysitter to this 2 baby monster. zaidan and zakuan. anak2 bam yang notty2, manja dan buat mama liza geram sangat-sangat. padan muka mama n babah dating jap, tinggal la korang dua. habis tunggang laggang rumah dibuat nya. poning mama liza. hadoi tetiba teringat cam ni lah nenek jaga korang hari-hari + byan. huhuhuhu pitam mama liza dibuat nya. nasib baik mama liza dah belajar bahasa-bahasa zz ni. 







cunek = susu

pacuk = bantal busuk

ottei = ok mama

mama jija = mama liza

ok ZZ, seronok layan korang, nanti datang lagi k.



hehehehe kena kelentong :D


ZZ: mama work, babah work

mama jija : ahaa work la sangat, mama babah dating jap... kekekeke




SABTUday Special

as working mother, weekdays masak memang yang simple-simple jer. most important anak3 n bapak makan. perut terisi. kadang-kadang geram jugak ngan kids ni, penat2 mama memasak, bangun awal2 pagi, bila balik nasi langsung tak terusik pun. dok makan roti, biksut jer. geram mama. tapi mama masak jugak. sabtu cuti, so masak special sikit ler for bapak n kids. also invite my sis linda datang umah dinner. seronok semua puji me masak sedap dan bertambah2 nasi. lega and syukur. 



* sambal udang petai

*kari udang rebung jeruk

*baby kailan goreng bawang putih sos tiram

*ikan kembung goreng

*ulam petas + sambal belacan









dah lama rasa macam tu

baru nak rasa sebab ke?. Ermmm tak terkata apa. Perasaan dah tak berapa penting sekarang ni. yang paling penting ada rasa tanggunjawap. Tanggungjawap perlu dilaksanakan. nak tak nak kena buat. sesaiap yang nak elak tanggungjawap lantak la. penat nak fikir. sebab semua yang diberi telah diungkit. ermm. Nasib baik tak mintak dan ambik $$$$. ME dah lama dah rasa macam tu. rasa disisih didouble standard, diperkecilkan. kalau bagi pun barang2 2nd hand. Tapi untuk si B, renovation, barang2 baru. ME dah rasa Tidak dibantu bagai. semua ME dah rasa. tapi alhamdullillah ME tak ambik apa2 pun dari $$$. hutang dilahirkan dibesarkan, diberikan pendidikan pun tak terbalas sampai badan ini kembali ke tanah semula. semua yang ME ada sekarang ni hasil titik peluh yang tak seberapa ni.

Tapi kan ME dah kata. tak nak tahu berapa ada , bagi kat sape berapa. ME tak nak tahu. Tapi bila si B ambik, si C ambik, ci D pinjam tak bayar balik dan si E ayik mintak-mintak tak nak bayar balik. kenapa nak mengadu pada si A. Tak suka la rasa macam ni. ME sendiri pun tak gema rasa dan perasaan macam ni. ME tak pernah baca duit $$$$ ni semua.

pasal kan benda ni. adik beradik bergaduh, laki bini berperang. sedara mara putus sedara. hadoi. poning. sebab tu kalau ME kaya. ME nak kaya raya. semua orang ME nak bantu. ermm. tapi apakan daya. ME tak kaya. hidup pun kais-kais jer. tapi syukur ada rumah tempat berlindung untuk anak3.



  

Thursday, September 25, 2014

apa nak jadi la...

kenapa lah hang pi tunjuk bodoh bangang hang dekat orang. awat la hang ni. moga anak-anak aku tidak berkelakuan macam ni, mintak lah dijauhkan. anak-anak mama mama doakan akhlak anak-anak mama elok dan baik-baik dunia akhirat. semua yang elok-elok untuk anak-anak mama. biar kurang makan, jangan kurang ajar dan jangan buruk akhlak lagu tu naaa anak-anak mama. ya allah hidupku matiku aku berserah semuanya pada MU. sedih la hati cheq ni bila jadi lagu ni. tak dak daya dah. surrender bab yang satu tu. mengucap panjang dengan perangai yang sorang ni. :(



selfish la sangat2 korang ni

persefahaman, tolak ansur dan kerjasama serta belas kasihan dan tidak lupa tolong menolong memang amat sukar dicapai dan digapai, walaupun ada banyak pihak yang terlibat. Moga ada pihak yg buka mata dan buka minda. Dah jom kerja. Kalau tak keje mana nak datangnya duit. Jangan jadi manusia yang asyik baca duit orang dan asyik mintak duit orang.



Tuesday, September 23, 2014

[S][A][B][A][R]

dimanakah terjumpa dan terkutipnya KESABARAN dan tersimpan rapi ini ya. semua nak rasa diri MEREKA tu betul walaupun salah kan. TAK SEDAR yang kesalahan sendiri. masih nak cakap besar. bak kato orang negori, masih lai nak gelogah eh. tak nak mengaku salah langsung tu. heran  aku ngan orang macam ni. hadoi. hidup aku ni nak kena jumpa orang-orang yang macam ni jer ker. aku tak kata aku betul. ya kalau aku salah aku mengaku. aku mintak maaf. berkali-kali aku mintak maaf. eh sapa yang dah berak tengah jalan nak mengaku. sampai mampus tak nak mengaku punya. ini lah yang selalu aku dapat. tolong orang bantu orang. buat baik dengan semua orang. inilah yang aku dapat. penghinaan, penggulingan, pengkhianatan, makian. hebat, satu tamparan hebat. Hidup ini sangat-sangat hebat. Moga semua kesabaran ini tuhan berikan pada aku dan moga ada sesuatu untuk aku kelak. aku akan tunggu waktu itu. sabar dan terus sabar. soba yo lah. felling blessed :D


adakah KEPANDAIAN "kamu" hanya MEMAKI HAMUN orang. huhuhu




Monday, September 22, 2014

ermm, aku sendiri tak suka rasa macam ni





errm. me dapat tahu sesuatu. before this me memang tak pernah ambik tahu hal-hal duit ni. from the bottom of my heart. me tak suka baca pun duit tu, atau ambik peduli hal-hal duit ni semua. sebab apa me tak pernah nak peduli sebab selama hidup 36 tahun ni pun me tak pernah bagi apa-apa pada pun, sebab me tak mampu. hajat cita-cita tu memang besar, kalau boleh nak bagi macam-macam. Tapi Tujan belum nak murahkan rezeki me lagi. "ya allah murahkan lah rezeki ku, moga aku dapat balas jasa-jasa mereka" . :( nangis dalam hati sorang-sorang. kalau boleh semua nya me nak beri. Semua yang me ada sekarang ni pun hasil usaha sendiri. Start from zero, nothing. susah sangat-sangat. Sekarang ni tak lah senang mana pun. Dan bukan juga bantuan dari sesiapa. semua sendiri, walau hakikat nya ber2. Tapi bila dapat tahu sipolan ambik 10k, si polan dapat 35k. si polan pinjam 10k. si polan dapat 16k. Si polan itu si polan ni. myself tiba-tiba jadi tak ikhlas. tiba-tiba jadi tak best la. ermmm. kan me dah kata jangan sampai me dapat tahu. oh bila dah habis baru nak bagitahu untuk apa. Walaupun me tak layak nak terima apa-apa pun. its ok. Jangan bagitahu langsung me tak kesah. Untuk apa cerita sekarang, Untuk mengadu sekarang. end up kain buruk ni jugak yang dicari bila semua dah habis. ermmm. apa me rasa. tak marah. cuma sedih. sedih. ermm....ya allah ikhlaskan lah hati ini. ya allah redhokanlah hati ini dalam apa jua yang dilakukan dan yang dilalui. ya allah murahkan lah rezeki anak-anak ku. tidak mintak kaya raya, cuma kesenangan sedikit demi meneruskan hidup ini.



Bapak oh Bapak, Bapak ku di KOLUMPO

dah 6 hari bapak di KL. mak ikut adik ke Terengganu, Fariz ada job photog di sana. Bapak ada ni rutin berubah ler. 4am hari bekerja dan bangun masak untuk bapak. on weekend plak 7am dah bangun. Bapak makan memang kena on time. Breakfeast, Lunch, Hi Tea & Dinner memang kena complete. Pening me nak masak apo. Hehehe. Time-time free tu asyik la mengoogle. Last weekend masak special sikit la sebab bapak ada. And me terover RAJIN. hehehehe. Sila jamu mata di bawah ya



Sabtu

Bekpes - Cekodok Tepong BerBawang + Air Teh 'O

Lunch -  Nasi Putih + Ikan Bakar + Kangkung Goreng Belacan

Hi Tea - Cornish Pastry + Air Teh 'O

Dinner - Nugget + Roti Bakar


Ahad

Bekpes - Roti Kaya + Air Teh 'O

Lunch -  Nasi Putih + Ikan Kembong Goreng + Masak Lemak Ikan Selar Timun + Tempoyak

Hi Tea - Cornish Pastry [buat banyak semalam] + Air Teh 'O

Dinner - Ulang Lunch semula :D


And now sila layan my picture ok





1st time buat cornish pastry ni, alhamdullillah menjadi. janji boleh di makan
hehehehe.... rajin my 2 loyal helper..Damia N Dina ni....
suruh jer buat apa pun, laju jerrr... :D









Thursday, September 18, 2014

oh [S] [T] [A] [L] [K] [E] [R]

siapa nak mengaku dia stalker ? CEHHH macam retis la pulak
ada orang nak stalker2 gua. 

asyik asyik stalker. ngok gak la aku. apa la maksud STALKER. so after search meaning stalker. now aku dah tahu *lembap nya aku ni*

hahahaha


someone who follows you and makes you feel scared.
seseorang yang mengikuti anda dan membuat anda berasa takut.

someone who prowls or sneaks about, usually with unlawful intentions

seseorang yang berkeliaran mencari mangsa atau curi-curi kira-kira; biasanya dengan niatyang menyalahi undang-undang


someone who intrudes on the privacy or property of another without permission

seseorang yang mengganggu privasi atau harta orang lain tanpa kebenaran


ini antara meaning nya.so semua maksud tu memberi satu ERTI. stalker tu orang yang tidak diperlukan dalam hidup kita. senang cerita SI PENYIBUK :) 

Wednesday, September 17, 2014

Citer Public Holiday semalam

wake up at 9.00am. terus kemas rumah, tukar cadar, tukar langsir. kemas bilik anak-anak. menglaundry kain baju kotor, cadar2 and kain langsir. Sambil-sambil tu memasak for brunchner. sekali haruk breakfeast lunch and dinner. siap mendobi at 3.00pm. rehat2 jap petang bapak sampai from KP. :D








nasi lemak

sambal ikan bilis bawang byk2 [style N9]

telur rebus

timun

ayam goreng 

hotdog goreng 

Monday, September 15, 2014

esok hari MALAYSIA

esok public holiday ya. tapi keje ya hari ni. this morning rushing balik dari Morib Gold Coast and reach office at 7.30am. Gila awal hehehe. Bawak anak3 bekpes. Then dok tercanggok kat office sorang-sorang. Esok public holiday Malaysia Day. Esok leh la rehat setelah weekend kepenatan melayan kerenah anak-anak :D. Happy Holiday. Esok agenda nak mendobi, kemas rumah and rehat puas2 :D

sabar banyak2


treat my loved one during school holiday









last minute plan with my sis bam rar roslinda. setelah di bising-bisingkan oleh my 2 princess. ma, cuti sekolah tak jalan-jalan ker. boring la ma duk umah jer. ok mama ketepikan tentang yang mama x berduit. ada saving sikit2 tu gunakanlah untuk gembirakan anak-anak yang tiga orang ni. Duit tu ada la rezeki lain nanti. Fikirkan anak-anak ni mama ketepikan semua. In shaa Allah ada rezeki DIA berikan dan gantikan dengan yang lain. Masa ni hanya fikirkan nak happy-happykan anak-anak mama. Abang, Kakak and Adik. Hope all of you enjoy ok. Sebenarnya last minute plan gak, menumpang my sis yang dah awal 2 bulan plan nak bercuti ngan bff dia kak gee. Thanx ngah bagi along n anak3 selit tido dalam studio room korang. 

Yang paling penting anak-anak seronok ada Taman Tema macam Desa Waterpark tu. Berendam tak hengat ler they all. Petang ada plak game pantai for the kids. Limbo Rock and Musical Chairs. Ermmm rezeki anak-anak, abang kakak dapat 1st prize. Hadiah layang-layang and play with "flying foak". Tapi sayang mama tak dapat nak snap gambar abang kakak adik masa naik benda ni. Mama yang cuak takut gayat tinggi-tinggi. 
pic from mr google....



Mama harap abang kakak adik happy ya. have fun semalam. ini jer yang mama termampu beri pada kamu semua. please dont request more than what can i give to all of you. Ada rezeki lebih lain kali kita pergi lagi ya anak-anak mama. SYABAS anak-anak ku. Kalian semua berani


Hidup zaman sekarang memang kena BERANI dan KUAT. Dugaan tu macam2. Kalau penakut dan pengecut susah nak hidup di kemudian hari. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anak-anak mama. Berdikari dan JANGAN HARAP hak orang lain dan JANGAN HARAP orang lain nak bantu ok. BERDIKARI dan USAHA SENDIRI. Hidup kena RAJIN. Jangan jadi penakut dan jangan jadi PENGECUT.

Malam nya pulak kami ke Badan Lalang, ambik masa dalam 30 minute gak perjalanan dari Morib, nak makan seafood yang fresh-fresh katanya. Memang best. Terbaek, habis licin. And The best part kami dah dapat jumpa tapak camping. Sangat menarik dan sudah mula pasang angan2 nak bercamping pulak one day kat situ one day. In Sha allah. Balik makan jalan2 tepi pantai. Then naik tido. Esok subuh2 dah nak balik KL. Mama keje ya sayang. Penat dan Happy. Ok thats the end of our short vacation at Morib Gold Coast, Selangor. SYUKUR terima kasih ya allah dengan rezeki-rezeki ini. Alhamdullillah.











muak asyik nasi jer..tukar plak sekali sekala...

tiap-tiap hari makan nasi. apa salah sekali sekala kita tukar makan benda lain plak. yang pasti halal dan penting home made. kadanag-kadang malas makan jer kat kedai. homemade burger and mini pizza untuk anak-anak semua ;)





diri ku x sempurna

tidak pernah rasa diri ni betul
tidak pernah rasa diri ni sempurna

terpulanglah kamu nak rasa betul
terpulanglah kamu nak rasa sempurna

tapi jangan jadi tuhan nak hisab
dosa2 manusia lain....

*semak diri, semak amalan sendiri
muhasabah diri sendiri



Friday, September 12, 2014

x der rezeki this week

satu order pun tak masuk for this week. tak elok mengeluhkan. tak mengeluh. salah sendiri  jugak. moga ada tempahan next week for Liza's Kitchen. Alhamdullillah. apa-apa pun kena bersyukur. masih bernafas di bumi allah ini. amin

4th

apa lagi yang x kena...
ermmmmmmm
dah dah lah tu



this is what i call LIFE
berrrrrSYUKUR ... walaupun perit
HIDUP memang sangat2 menCABAR skrg ni..




Monday, September 8, 2014

tahniah lah ko....


syok sangat baca NOVEL ni weiiiii,
sampai tersalah bas nak gi kerja.....

*kesah seorg kakak yg bercita2 
untuk menjahanamkan keluarga adiknya*
sangat2 menarik.......

<<<<<<<< novel ni merosakkan 
kesihatan betul la bila baca>>>>>>>

I LOVE MY SISTERS

Roslinda
Rosfazilah
Rosmima

tak der niat nak khianat darah daging sendiri

aku kata jangan tanya...


Jangan tanya kenapa saya marah sangat2

Jangan tanya kenapa saya benci sangat2
Saya pun byk kelemahan dan kekurangan, 
Kalau orang tak buat pasal..
Kenapa saya perlu marah.. DAN
Kenapa saya perlu BENCI. 
Hidup ni bukannya lama mana, 
bila2 pun DIA boleh jemput kita balik ke tanah..
Kalau x makan cili...
Kenapa pula perlu rasa pedasnya...
<<<<FULL STOP>>>>



Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...