Wednesday, November 16, 2016

Standard 6 - Graduation Day (olok-olok)



Nur Sarah Damia 
Primary School Graduation Day...
SKBF2KL - 2009/2016






SARAH DAMIA 

Ini hanya permulaan...
Di hadapan mu akan kau temui
Lebih Cabaran..
Lebih Rintangan Onak Duri..
Lebih Ombak Badai..
Lebih Api dan Bara ...
Inilah REALITY KEHIDUPAN .. 






nice date today


Friday, July 15, 2016

SYAWAL 2016

Salam AidilFitri guys from me puan blog. alhamdullillah dpt buat 3 hari puasa syawal, 3 days to go to complete my puasa ENAM. ermmmmm dah lama x menulis di sini. life macam biasa, sangat-sangat biasa. tahun ni giliran kami beraya di rumah mak and bapak di senaling. tak yah gaduh2, ikut jer giliran. ermmm kadang2 pening gak kena layan kerenah orang ni. malas nak fikir. 



dah 3 tahun raya kami tak meriah, tidak diraikan sangat sebab kesihatan bapak yang tidak mengizinkan. tak der raya rumah sedara mara yang cuma ada 2,3 kerat jer pun, hehehe. bukan banyak pun mana pun sedaranya. yang ada sedara pun dah x nak mengaku sedara. ermmm entahlah dunia. again me, biarlah DIA yang tentukan semua nya. bukan nak cari sapa salah sapa betul. tapi nak tengok sapa yang dulu nak mintak maaf. and honestly me belum ada kekuatan itu. pernah pergi beraya, tapi sebaliknya kedatangan kami sekeluarga tidak dipedulikan tidak diraikan. that's it. sebab tu, lepas apa yang jadi, me just duduk ontok-ontok. hehehehe. and my other half pun memang x suka jalan2, for him FRIENDS is more important. REDHO je. BIARLAH DIA YANG TENTUKAN.

Biarlah apa orang lain nak kata. Mulut lidah depa punya, suka depa la nak cakap apakannnnn.yg penting me jaga my family.

Kesian anak-anak mama. sorry guys. tak per yang penting kami berkumpul yang tak berapa nak berkumpul ni. just follow the flow. serahkan semua padaNYA. DIA maha mengetahui.


Alhamdullillah dapat balik awal. dapat berbuka puasa 2 hari dengan mak bapak, walaupun bapak x dapat nak puasa sebab masalah kesihatannya. janji aku sebagai anak balik dan jalankan tangungjawap. masak sedap2 bg mak bapak makan. lega dpt tunaikan permintaan mak yang nak makan gulai daging salai rebung and bapak sup tulang. hehuuuu....


Terima kasih TUHAN masih berikan aku kesempatan walaupun tak dapat nak buat selalu. maaf mak maaf bapak. along cuba cari masa untuk bersama kalian berdua. along cuba buat mana yang termampu in shaa allah...





Friday, July 1, 2016

SALAM AIDILFITRI 2016








11 bln banyak kata sudah di ucapkan
dan dilontarkan tak semua menyejukkan
11 bln banyak prilaku yang sudah dibuat
dan diciptakan tak semua menyenangkan
11 bln banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bahagian dari diri
Mari kita memaafkan, mohon maaf zahir dan batin

Di bulan Ramadhan tahun ini,
saya mengucapkan,
mohon maaf zahir dan batin...

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu KEMAAFAN masih terbuka.

SELAMAT HARI RAYA 
&
MAAF ZAHIR BATIN semua....

Monday, May 16, 2016

16.5.16 - kehilangan.. cantik tarikh hari ni

erm...lepas satu satu. caturan tuhan yang tidak pernah kita tahu dan duga. oh macam rupanya. kena redho. ermm. entahlah. just follow the flow of life. biarlah, hanya dia yang maha mengetahui siapa betul siapa salah. tapi hidup bukan untuk tahu siapa betul siapa salah. hidup adalah lebih kepada siapa ada hati, siapa ada akal dan siapa ada otak serta siapa yang ada perasaan. tak kira siapa tua siapa muda. siapa salah siapa benar. entahlah apa yang aku merapu ni. 

hidup kena lebih kepada bertimbang rasa, hormat menghormati, inilah yang akan aku cuba terapkan dalam diri anak3. kalau nak cakap dan luahkan yang tidak baik, semua manusia boleh lakukannya. tapi cuma perlu fikir, haruskah mengamuk, meroyan, memaki hamun manusia lain sesuka hati, WALAUPUN untuk kamu dia benar-benar salah. dia sangat3 bersalah. 

Adilkan kita manusia menjatuhkan hukuman dan mengadili manusia lain sesuka hati. Perasaan tidak puas hati, rasa marah, rasa iri hati, rasa benci...semua perasaan ini milik setiap insan. cuma kita sendiri perlu tahu cara dan bagaimana dan asalkan kena gaya dan kena tempatnya. 

tapi manusia berakal tidak akan memaki hamun orang sesuka hati kannnn. ermmm biarlah. yang penting aku tidak begitu, sebab orang yang suka memaki hamun sesuka hati lawannya aku hanya akan berdiam diri. sejak aku diberikan akal dan fikiran, dah banyak pengalaman yang aku lalui selama 38 tahun ini. dah macam-macam kerenah manusia aku temui. 

aku pernah dimalukan, aku pernah diaibkan dan macam-macam lagi. tapi aku cuma akan diamkan diri, senyap seribu bahasa. selalu nya aku akan lepas apa yang aku rasa (rasa sedih, rasa marah, rasa benci, rasa terkilan dan pelbagai rasa) pada seseorang yang aku rasa dapat menjadi pendengar setia. terima kasih pendengar setia. terima kasih kerana sudi mendengar. and that's it. life goes on and on. lama2 si penyalak akan diam. jangan dilayan. ini memang resmi aku.

tapi lagi kita berdiam, lagi kita senyap kadang-kadang sesuatu perkara makin menjadi-jadi. dan seperti biasa kan, lantak la. lama-lama penyalak memang akan DIAM . :) hehehehe.

Terima Kasih TUHAN kerana kurniakan aku hati yang SABAR. bukan sabar sikit, bukan sabar yang dibuat-buat. Tapi hati keras aku memang sesabar sabarnya. Bukan nak puji diri sendiri. semakin aku tua, semakin aku mengawal emosi marah ini. tapi sebenarnya terlalu banyak yang hendah diluah dengan kata-kata.....

HIDUP aku selalu dipertemukan dengan manusia-manusia pelik = pelik. Inilah asam garam kehidupan.....






Sunday, May 8, 2016

HAPPY 10th BIRTHDAY - my black sweet - SAHIRA DINA


UCAPAN MAMA sama jer dengan tahun2 lepas sayang...

HAPPY 10th BIRTHDAY SAYANG....

(pejam celik2x dah 10thn mama besarkan kamu sayang... 
ucapan thn lepas ;)
Alhamdullillah syukur padaNYA adik dah genap 9 tahun hari ni. genap 3287 hari dan 4 jam adik telah bersama-sama mama. U still my black sweet baby as always. Dengar kat kakak ni, jealous dia. no worries kakak, you, abang and adik will always be my baby forever. seorang anak yang tak banyak kerenah dan selalu kena beralah dengan kakak nya. Sikap ni yang selalu mama puji adik tau. Kadang-kadang mengeluh jugak "kenapa adik kena selalu beralah dengan kakak". cam ni la kerenah anak-anak kan. lagi2 kalau jarak umur dekat sangat. semalam masa prepare goodies bag adik pun kakak merajuk. (kenapa kakak punya tak der doily paper) hadoi, pening mama. Kakak always macam tu, cemburu tak tentu pasal. Dah berkali-kali mama pesan. Semua anak-anak mama akan dapat apa2 pun dari mama sama rata dan sama banyak. in shaa allah. Mama buat mana yang termampu.


Adik, happy birthday sayang. doa mama sama jer macam tahun-tahun lepas. berjaya dunia akhirat. berjaya dalam pelajaran. jadi manusia berguna. jadi manusia yang rajin, jangan malas-malas, kalau nak berjaya. hormat orang tua, rajin dan ringan tulang serta tolong orang keliling yang di dalam kesusahan. ya anak3 mama. mama bukan mama yang sempurna. tapi mama berusaha jadi mama yang terbaik buat adik, kakak and abang ya. semoga diberikan kesihatan yang baik-baik. jangan buat mama risau selalu ok. jauhi perkara-perkara yang hanya akan merugikan adik ya. mama always doakan yang baik-baik untuk adik. Nakal mama tetap rotan ok. 

pejam celik pejam celik, mama sangat2 rindukan zaman masa adik baby dulu. cepat masa berlalu, menandakan mama semakin tua. semoga kita semua sama-sama sihat dan dapat bersama-sama, dengan izin NYA, menangis, ketawa, sedih bersama-sama. dapat peluk adik {kakak n abang juga} hari-hari setiap pagi sebelum ke sekolah dah cukup buat mama BAHAGIA dan TENANG, hilang segala DUKA.



Mama tak harapkan yang banyak-banyak dari adik {kakak n abang}, cuma membesar sehat dan berjaya, mama sentiasa berdoa untuk adik {kakak n abang jugak} 

.
Semoga adik {kakak n abang} kekalkan kelakuan yang baik ini sampai bila-bila, nescaya senang lah hidup kalian. Tapi ingat adik {kakak n abang} dunia ini amat mencabar, baik dan eloknya kita terkadang diuji. Diuji dengan ujian dan dugaan. Tidak semua orang dikeliling kita ini baik. Hidup penuh pancaroba. Mama nak pesan hati2 dengan manusia-manusia jahat yang sentiasa ada dikeliling kita dan terkadang sukar kita lihat.
ALL of YOU always in MAMA DOA... always.....
NUR SAHIRA DINA
8.5.2006
5.55 a.m.
Hosp Bersalin [HKL]
LOTS OF LOVE
always....
MAMA

Wednesday, April 13, 2016

saya juga punya mulut yang sangat jahat

alhamdullilah baru hari ni free sikit kat opis. kerja pun di AK semakin banyak. at home dah tak der masa nak menulis dah. jadual mingguan sentiasa padat. kerja-kerja rumah, melayan anak-anak and so on. 

alhamdullilah rezeki tak putus setiap minggu.  syukur dan syukur. ingatkan dah berkubur Liza's Kitchen ni. 2 monts no sale, 2 months no customer and 2 months no profit and also for 2 months no saving. 

sejak si bujang tu dapat asrama KV on January 2016, baru la me tetiba ada target. 1st time rasanya ada target dalam hidup. selalu nya myself just follow the flow and just follow my destiny yang DIA dah tentukan. bersyukur dan bersyukur, akan sentiasa BERSYUKUR. walaupun kadang2 myself termengeluh.  maaf kan myself YA ALLAH. Alhamdullillah hidup sedikit OK dari 15 tahun yang lepas. Walaupun masih dikelilingi hutang-hutang bank. hehehe. lupa segala susah payah yang 15 tahun dulu. syukur sentiasa.

hidup semakin buzy dengan Liza's Kitchen. Alhamdullilah. Keluarga juga keutamaan myself. But a little bit feeling lonely (no friends) dan feeling disisihkan. but its ok, everything still in my control. biarlah yang penting ada keluarga yang akan sentiasa ada di sisi myself no matter what happen. and one more DIA sentiasa ada bersamaKu. syukur dan syukur. itu jer yg terluah dari hati ini.

Life is just like a rainbow, full of colour. Indeed. myself hanya manusia biasa yang ada mulut dan lidah untuk berkata-kata.  I also have verses evil thing to say. Tapi buat apa kan. Let me act like an adult and as a mature hambaNYA. I will keep those word deep inside my heart and muhasabah diri sendiri.

bila ada kenalan kamu yang seronok nak bershopping sana sini, sedangkan ahli keluarga nya yang lain sedang menyusahkan hidup orang lain dengan permintaan yang pelik2. geram la jugak. please wake up and open your mind. selama ni kesusahan aku, kepayahan aku tidak ada siapa yang ambil peduli. bukan nak  berkira, but please la ya, JANGAN DITAMBAH BEBAN AKU INI

anak-anak ku SHAFIQ AKMAL, SARAH DAMIA and SAHIRA DINA, mereka bukan beban. MEREKA adalah ANUGERAH TERINDAH dariNYA buat AKU. Hamba yang hina dan serba serbi kekurangan. Anak3ku, mama akan cuba jadi mama yang terbaik buat kalian.




  

Monday, March 28, 2016

UPSR-Sarah Damia

seronok anak-anak pagi ni mama hantar ke sekolah. baru2 ni Mia ada mengadu beg sekolah kena selongkar. jadi sebelum duit RM130.00 tu lesap. baiklah mama serahkan sendiri pada cikgu. mungkin pada orang lain nilai duit tu kecik tapi tidak bagi mama yang menyara semuanya, nilai duit itu adalah sangat2 BESAR, huhuhu. Lega dah serahkan pada GURU tadi. belajar rajin2 ya kakak... mama doakan kakak cemerlang dalam UPSR nanti... LOVE YOU SAYANG


anak dara mama kaki selfie

Kesah - SAHIRA DINA


last minute sorry sayang, 
mama sebok masak, masak sebok itu ini. 
mama sebok dengan Liza's Kitchen... 
soooo sorry
akhirnya mama dah pun siapkan kerja sekolah adik untuk 
4 bestari english theatre today. 
hope you like it sayang. 



Sunday, March 27, 2016

Cooking for Birthday BOY - Shafiq Akmal



semalaman mama x lena tido, this morning sunday bangun awal dan terus  ke pasar. hal yang sepatutnya diselesaikan, belum dapat diselesaikan lagi. dan selagi itulah mama tak akan gembira. nampak jer mama senyum, nampak je mama macam happy. hati mama ni hanya DIA yang tahu. Moga DIA permudahkan apa-apa yang kusut. Hanya DOA yang mampu mama berikan setiap hari buat kamu anak ku SHAFIQ AKMAL. Hari ni bujang mama nak balik asrama. Alhamdullilah selepas perdebatan, perbualan dan perbincangan, abang setuju dengan cadangan mama and abah. Pagi ni mama masakkan favourite abang, makan sama-sama before abang balik asrama petang nanti. Mama tak mampu nak belikan hadiah mahal-mahal untuk abang. Ni jer yang mama termampu. And this is your present for this year. hope you enjoy eating #mamaalwaysloveyou.


#ayammasakmerah
#supketam
#ayamgoreng
#sambalbelacanlesung







Saturday, March 26, 2016

Happy 16th Birthday ABANG - Shafiq Akmal

HAPPY 16th BIRTHDAY ANAK MAMA 

– SHAFIQ AKMAL-




Birthday 16th Birthday Abang. Tahun ni tahun menguji mama sebagai seorang mama. Akhir nya, apa yang perlu dibuat harus dilaksanakan. Moga DIA beri mama kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini.  Allahu Akbar. Putaran ke belakang semestinya MUSTAHIL dilakukan. MUSTAHIL kan abang. Tapi Hidup harus diteruskan. Ini bukan pengakhiran kehidupan mu anakku – SHAFIQ AKMAL.

Doa mama tahun ni, hanya yang baik-baik buat abang. Semuanya mama mahukan yang terbaik buat kamu. This is not the end of life. 4 tahun kehadapan ini mama berdoa agar abang kuatkan semangat, kuatkan hati,  kuatkan minda abang. Selesaikan apa yang telah abang mulakan. Selesaikan apa yang menjadi pilihan abang. Tolong ketepikan kawan-kawan sementara ni. Ketepikan kawan-kawan hanya untuk 4 tahu ini. Untuk 4 tahun ini sahaja mama merayu pada abang. Selesai PELAJARAN ya, abang 4 tahun akan datang ni mama mohon. Abang berhak buat apa saja keputusan asalkan ianya terbaik buat abang, tapi dengan syarat SELESAIKAN hanya untuk 4 TAHUN ni ya anak mama. Anak LELAKI mama yang satu. Mama merayu. Apa saya yang akan abang lakukan selepas mendapat DIPLOMA KV ni, mama izinkan, mama doakan yang terbaik sahaja, asalkan ianya tidak memudaratkan kehidupan abang. Kita keluarga susah abang. Jangan harapkan yang lebih dari MAMA. Mama sediakan apa yang termampu sahaja buat abang, begitu juga buat kakak dan adik. Maaf mama serba kekurangan, mama bukan mama yang perfect buat abang. Maafkan mama. Maafkan mama. Maafkan mama abang.

ABANG, dunia ni bulat, apa jua yang berlaku semua nya ketentuan dariNYA, kehendaknya. Takdir dalam kehidupan memang macam-macam. Macam-macam yang tidak pernah kita duga yang ianya akan berlaku. Dengan izinNYA ianya TETAP AKAN BERLAKU. Macam tu jugak mama, kita semua. Apa yang berlaku semua nya adalah KEHENDAKNYA. Tidak siapa yang inginkan benda buruk dalam hidup mereka. Ini dugaan buat kita semua sebagai satu keluarga.

MAMA doa agar abang akan sentiasa ada di sisi mama walau apa pun yang terjadi. Mama sayang abang. Mama dah BERUSAHA menjadi mama yang baik utk 16 tahun ni. Maafkan mama jika ada kekurangan. 







Friday, March 18, 2016

i LOVE my part time job...


saat yang paling menggembirakan. ese tak mampu nak shopping2 macam orang kayo berduit. tapi ni pun dah buek ese gembira bona ha... hehehe. tak sabar nak shopping weekend ni.. #cheftakbertauliah at Liza's Kitchen









Wednesday, March 16, 2016

last weekend story....


al kesah last  week mama ija hehehe bersama company mama ija. demi anak-anak demi ZZ and demi DD. mama ija gagahkan diri ya nonton movie last week with you all. tak per mama bukan la seorang yang hantu movie. bukanlah seorang yang harus nonton movie tika setiap cerita baru dipamerkan. apo lak bunyik indon ni. hehehe. mama ija bukan penonton movie tegar. mama dah latih diri mama ketepikan semua kehendak dan keinginan mama demi anak-anak ya. mama ija bukan lah sorang yang jeleous dengan kelebihan dan keagungan orang lain. hidup ala kadar ikut periuk kerak nasi mama ija sendiri. TQ embam belanja we alls. biarlah orang nak kata mama ija memerlukan simpati orang lain menumpang kesenangan orang lain untuk menggembirakan anak-anak mama. ya itulah mama ija. tapi tetap REDHO. biarlah apa orang nak kata, biarkan kan biarkan. boleh jer mama ija masuk panggung sebelah nonton munafik kah, nonton london has fallen kah atau ola bola kah. kan kan kannnnnn. tapi tak mama ija nonton sama2 anak-anak semua. hehehe 1 jam mama ija tertido ya, sorry. hehehehe



tak per untuk anak-anak apa saja. last nonton movie adalah tahun lepas juga bersama anak-anak yang 5 itu. afiq damia dina and zaidan zakuan. masa tu kita nonton penguin madagascar the movie kannnn anak-anak semua. kali ni memang abang afiq tidak ikut serta la kan. al maklum abang afiq dah bujang dah remaja memang tak layan lah citer-citer korang. hehehehe. 





ke mana lagi panggung yang terhampir. gsc mid valley. manusia jangan cakap la, ya ampun macam semut nasib baik embam aka ongah dah boli siap2 tiket movie online. 2 setengah jam bermovie, dan kesah kali ini adalah "BOBOIBOY". layannnnn. Memang jalan sakan anak-anak last week. 12.00 pm to 12.00 am lah. lepas bermovie makan, makan dan makan, then heading ke Subang Bestari sebab embam and ayah nizam nak upgrade hp baru kat umah acu mima. biasalah la dah berkumpul. hiruk pikuk jadi eh. zz and ff biasalah kan bercakau



 and last biarlah gambar2 ini berbicara










16.3.16

i lost one shoulder to cry on


Happy Birthday my 2 little monster

pinjam pic ni from the google
HAPPY BIRTHDAY... boys. no special celebration, no holiday celebration this year as usual. but anyway today is their special day. ARIQ ZAIDAN 5th and ARIQ ZAKUAN 4th. They a fanatic of Ultramen, berbakul2 dah mama n babah belikan ultramen sebagai koleksi. Nak kek acah2 dari ma ija..hehehehe. 



membesar sehat dan kuat bagai JOHAN...
lots of LOVE from mama ija :D






Thursday, March 3, 2016

AL- FATIHAH




muhasabah diri aku pagi ini, semoga aku sempat melakukan sesuatu yang baik buat diriku, suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, seluruh ahli keluarga ku. amin in shaa allah. sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA jua lah kita akan kembali. AL FATIHAH buat ahli keluarga, jiran2 serta semua umat ISLAM yang telah tiada. 

sekali lagi aku menerima berita kematian. janji ALLAH itu pasti. Hukum aku, aku sendiri tidak tahu bila. entah esok lusa. al fatihah dan takziah buat sepupu ku kak long natrah, arwah abg norman suami beliau telah kembali ke rahmahtullah. pagi ni jiran satu blok, Arwah Mashitah. Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman aminnnnn.....

Wednesday, March 2, 2016

SKBF2KL - Tunas Kadet Remaja Sekolah

again Mia left kan school uniform kat sekolah. sebelum cleaner lesapkan or campakkan ke dalam tong sampah, jadi haruslah mama bergegas ke sekolah awal - awal pagi ya. nah ambik 6.30 reach SKBF2KL. nasib baik masih ada uniform tu. kalau tak memang amukan ablasa la mama kat sekolah hari ni. before this dah 4 kali tertinggal uniform, dan empat2 kali lah uniform tu semua lesap. terima kasih lah cleaner sekolah ya. botol air jangan cakap la ya. sekarang anak-anak nak bawak air, guna ajer botol mineral ya yang harga RM0.70 tu, kalau hilang mama tak sakit hati sangat. heheheh. Ragam anak-anak. Tak perlah, korang kakak adik take care ya kat sekolah love you all.




Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...