Thursday, August 29, 2019

Salam... knock knock (bapak pergi selamanya)


Salam and hi semua... ada ke yang sudi baca...
 
Allahu Akbar almost 2 years I tak menulis apa2 disini. Ermm apalah yang I sebokkan ya, sampai tiada masa menulis di lantai kosong ini. Buzy dengan duniawi ya duniawi. 

Buzy dengan family anak3 yang 3 orang tu NGO, PIBG. Ya Allah dalam 2 tahun ni jugak bapak pergi, pergi jauh dan tidak akan kembali.

Tanggal 24.11.2017 selepas 16 hari Bapak menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke - 65 Bapak pergi selamanya. Kesihatan bapak dah 4 tahun kebelakangan memang sangat-sangat merosot.  

Kejap I kejap aku kejap saya.... hehehehe

3 bulan sebelum Bapak pergi, kesihatan semakin merosot, tiada sepatah kata lagi yang keluar dari mulut nya. Hanya Renungan mata dan airmata yang diberikan setiap kali aku berikan susu dan ubat. Ya, Makanan Bapak hanya susu yang disalurkan ke tiub yang di pasang dihidung. Beberapa kali juga tiub itu dicabut mungkin tak selesa. Kelang Kabut aku dan satu2nya adik lelaki aku angkat arwah bawak ke Klinik berdekatan untuk pasangkan balik tiub tu. Kalau x nanti Bapak Kelaparan.

August 2017 - Bergegas aku balik bila mak call bagitahu bapak admitted Hospital Kuala Pilah. Seminggu aku menjaga nya. Hanya renungan mata nya tanpa kata. Tiada lagi jeritan, tiada lagi kata-kata. Tiada lagi suara. Long buat cekodok, Long masak itu ini setiap kali nak masak kalau aku ada pasti akan aku tanya (hari ni Bapak nak makan apa).  Senyap sunyi dah rumah peninggalan arwah.

Maaf bapak seminggu je along dapat jaga bapak, along terpaksa balik KL sebab kerja bapak. Tu lah renungan  dan titisan air mata terakhir Bapak buat aku. 
November 2017, Setelah 2 minggu bedridden, ya bapak koma 2 minggu tu. Doctor suruh bawak balik sebab dah tak der apa lagi yang pihak Hospital boleh buat. Bapak Pergi selamanya. 

Bapak si sulong ini terlalu rindukan mu BAPAK
My Last RAYA wif BAPAK

Bapak Dalam Kenangan
8.11.52 - 24.11.2017 (65 years old)
miss you so much

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...