Wednesday, February 22, 2017

luahan perasaan hari...

12.45pm - salam guys..hari ni rasa nak meluahkan perasaan. kenapa di sini. di sini lebih selesa. tiada komen, tiada bantahan, tiada dakwa dakwi dari sesiapa. hehehe. nak luahkan apa tu puan tanah. amboi you so free today haaaa. hahahaha. tetiba ada keje, stop jap sambung keje. nak citer apa sebenarnya ni. hahaha. entah

2.00pm - mula merapu kan. ni baru nak sambung. lunch time td ada keje sikit. buzy hari ni. 7.45 pagi tadi dah terpacak kat opis dan dah mula kan tugas-tugas di AK.  



Friday, February 17, 2017

SULONG its me..


17.2.17 - Moga doa2 dihari Jumaat ini dimakbulkan olehNYA.aminnnn




Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu  serta berdikari.
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.
Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. 

Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. 

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti. Tetapi tidak aku, aku hanya belajar setakat SPM sahaja...sebab itu hidup aku banyak kepayahan,  KESUSAHAN....aku tidak cemerlang di dalam akademik... :(

Moga titipan ini mungkin boleh membantu AKU menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian
Belajar tentang apapun yang kamu sukai
Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka
Belajar untuk tetap tegar
Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu
ROSLIZA a.k.a SULONG

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...