Wednesday, March 26, 2014

Abang 14th today - 26.3.2000




my first baby. my first son, the one and only son. first and first. You always the first in my heart until my last breath. Happy 14th Birthday abang. Macam tahun-tahun sebelumnya. Doa mama. Semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Itu jer the most important. Jadi abang yang terbaik pada adik-adik. Jaga adik2 bila mama dah tak der nanti. Sayangi keluarga. Remember no matter what, family is no. 1. Remember abang. Eeermmmm pejam celik, pejam celik, nah dah 14 tahun mama besarkan abang. Tahniah buat mama. Terima Kasih padaNYA kerana berikan mama kekuatan yang luar biasa, sangat-sangat luar biasa untuk besarkan abang sehingga hari ini dan sebesar ini. Alhamdullillah abang anak yang tak banyak kerenah. Maafkan mama banyak kekurangan mama dalam membesarkan abang. Banyak perkara yang tidak dapat mama tunaikan. Nakal abang pun nakal-nakal anak remaja biasa. Semoga kehidupan sekeliling memberikan pengajaran yang TERBAIK untuk abang mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. 

Dunia hari ini memang Sangat-sangat-sangat mencabar. Abang kena kuat sekuatnya. Ikut mana yang baik dan buang mana yang buruk. Kekalkan kelakuan sekarang In Shaa Allah, TUHAN permudahkan perjalanan hidup abang dunia akhirat. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki ya anak ku. Semakin abang dewasa semakin mama rindukan abang yang baby dulu. Kalau boleh mama nak abang yang umor 4..5 tahun jer. Mama masih boleh mama gomol, abang masih boleh mama lambung2. cepat sangat abang besar. Abang akan ikut mana mama pergi, dok bawah ketiak mama. Mama itu mama ini. Mama miss that moment so much sayang. Sekarang abang dah makin remaja. Abang sebok dengan aktiviti abang. Masa terluang abang banyakkan abang habiskan dengan futsal, hoki, bola sepak. Banyak yang kurang bersama Mama. In Shaa Allah mama akan cuba luangkan sebanyak mana masa untuk abang. Semakin abang dewasa semakin kita renggang. sob sob sob. huhuhuhu. But u always my baby. uhuk uhuk. 

Last but not least. mama always love you, no matter what. your journey is till far far to go. Remember each step you make ingat pada ALLAH yang satu. Semoga DIA mempermudahkan dan sentiasa melindungi abang where ever you go. Terima Kasih padaMU kerana meminjamkan anugerah ini buat ku. Selamat Ulangtahun Kelahiran anak mama. 26 Mac 2000, tepat jam 5.55am selari dengan berkumandangnya azan subuh lahirlah kamu putera ku yang satu, alhdullillah sehat dan chomel. chomel ke? hehehe     
    

No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...