Tuesday, June 17, 2014

Demam #WorldCup

bola, bola, bola dan bola. masa sekolah dulu aku memang seorang yang aktif. pemain hoki dan pemain besball wakil sekolah. bola jaring pompuan sangat. memang tak dinafikan masa sekolah dulu aku comot, blacksweet (sila muntah) hahaha kasar dan ganas. Ya aku Tomboy dulu. Masuk sukan pun yang keras-keras punya hahaha. sekeras kayu hoki dan sekeras bola besball huhuhuhu. Bola.. apa itu bola, bola sepak, bola baling, bola jaring. And masa sekolah dulu masa abang2 senior main bola sepak, berlonggok la we all tepi padang jadi penonton yang tak berapa nak setia Hahaha.  Hahaha. And sekarang musin worldcup sudah bermula dan semua orang  sedang bercerita mengenai nya. Dari budak kecik sampai la ke orang tua oppsss, orang-orang veteran. Aku boleh la menonton Bola Sepak tapi tak lah fanatik sangat sampai semua perlawanan aku nak kena tengok. Terjerit terpekik terlolong la masing2 menonton bola. 

Kalau dulu masa kecik-kecik nonton bola dirumah dengan Bapak. Kami tak lah lepak di kedai kopi. Bapak sangat-sangat family man, apa yang Bapak buat semua mesti dengan isteri dan anak-anak. Terjerit jerit lah aku ngan Bapak nonton Bola. Kenal la aku siapa Mokhtar Dahari, Dollah Salleh, Azman Adnan suami Haleeda, suami Salwa Abdul Rahman Subadron Aziz, Fandi Ahmad dan ramai lagi. Tak der la aku ngok sangat pasal bola ni kan. hahaha. Bila dah getting married en suami bukan kaki bola. Dan dah lama jugak aku tidak menonton apa-apa perlawanan bola sepak di rumah. 

Tapi semua nya berakhir bila satu-satunya anak lelaki, si bujang yang memang hantu bola, kaki bola. Bola Bola dan Bola. Afiq boleh tahu setiap pemain Malaysia dan Pemain Bola seluruh Dunia. Wah mama sangat kagum dengan abang. Sekarang ni bila worldcup 2014 dah mula so far ada lah 3, 4 perlawanan yang me accompany him and jadi tukang masak maggie kul 3, 4 pagi. Terjerit-jerit la 2 beranak ni awal-awal pagi. Ada jugak si bujang ajak tengok di kedai kopi. Ishh abang malu la mama, nanti mama sorang jer perempuan kat situ. On weekend me lepaskan la sibujang ngan kawan2 nonton di kedai kopi. "suasan nya lain mama", ok pergilah janji jaga diri. Bukan jauh mana pun, bawah rumah jer. 

Ok bagi peminat2 bola yang keje tu jangan sampai MC, jangan asyik datang keje lewat jer. hehehe. And now me so sleepy pasal game Germany vs Portugal pagi tadi. huhuhuhuhu. Ni semua anak bujang punya pasal. hehehe. Selamat Menonton #WorldCup ya korang2 semua. Jangan asyik nak gelakkan yang kalah jer. Sokong lah apa yang korang rasa nak sokong. Kalau tanya myself, mesti lah sokong Negara yang menang hahahah. Play safe :D. ok till meet again. :D 











No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...