Thursday, January 23, 2014

syukur dengan apa yang ada

saya tak pergi holiday ya, tiada dalam kamus hidup kami. jangan mimpi. dulu ada la sekali 2 sebab company tempat keje tu bawak. cuma kena bayar 100/- 200/- jer. saya tak pakai kereta mewah. cukup dengan kancil kecik tu. sekarang dah banyak sangat meragamnya si kancil tu. yelah dah 9 tahun kot. dah bertahun tahun saya tak buat majlis hari jadi untuk anak3 tersayang. walaupun setiap kali tarikh harijadi tiba, setiap kali tu lah anak3 meminta diadakan majlis untuk mereka. iam sorry sayang. mama tak mampu. shopping raya untuk anak3 pun kadang2 ada, kadang tak der. anak3 kecik akan selalu bertanya. mujur yg sulung dah cukup dewasa. banyak bertolak ansur dan memahami mamanya. saya tak ada family photoshoot yang harga ribu2 tu. walau sebenarnya saya memang kaki bergambar. hahaha kadang2 teringin juga. tapi kena la tengok kerak nasi tu dulu. ikut kemampuan bak kata orang. shopping untuk sessi persekolahan yang baru pun kadang2 kena berhutang sana-sini. kami hanya kenal kfc. makan kfc pun sebulan sekali. kfc pun dah makin mahal wooooo. kadang2 McDonald. Pizza Hut pun setahun sekali dan yang selebihnya adik beradik belanja. setiap hujung minggu tempat riadah anak3 adalah diumah. 3 bulan atau 6 bulan sekali ada lah bawak kids mandi manda kat air terjun. itu pun dah cukup buat anak3 bahagia dan gembira. selalu pesan pada anak3. sentiada apa anak3. bersyukur. bersyukur dengan apa yang allah dah beri pada kita. kami tak makan di chilli's, nando's, tony romas, old towm white coffe, TGI Friday atau minum di Starbucks mahupun San Francisso. sebulan sekali adalah la gi riadah kat Taman Jaya and breakfeast di Mamak. Kadang2 tak der pun. Almost every day me and kids skip our breakfeast. Lunch pun ala-ala kadar. Maggi tu selalu sangat. pakaian harian anak3 pun saya kena menagih daripada orang lain. anak3 semakin membesar. banyak permintaan perlu dilunaskan. dengan desakan hidup sekarang ni. semua nya naik harga. tapi saya sangat2 bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Terima kasih ya allah. sangat2 bersyukur. 

cuma saya pelik dengan manusia yang tidak mampu, tapi buat-buat mampu hingga menyusahkan dan membebankan orang lain. tak mampu buat cara tak mampu la. berhutang sana sini. tipu sana sini. kikis sana sini. ermmm. orang nak holiday dia nak holiday. orang shopping sana sini. dia pun nak. tapi sebenarnya tak mampu pun. hidup nak bermewah mewah. kesian kesian. kisah benar depan mata. saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. walaupun rumah flat yang kecil, janji ada tempat berlindung untuk anak3. walaupun terskip bayar sewa. huhuhuhu. ikut kemampuan la. jangan nak gelogah bona. sampai membebankan orang lain. ada yang nak berlagak pakai itu ini, tapi orang lain yang kena berhutang. ni lagi sedih. sedih. ermmmmm

ni lagi satu hal. dah disepak dibuang macam kain buruk macam sampah. nasi bungkus kuah asing. tiba-tba nak pujuk-pujuk pulak. tak perlu semua tu ya. tak perlu buang masa. dah dibuang, buang jer terus. korang yang senang, korang yang kenyang. orang susah kau tak kesah pun. dah dah lah. jangan dipujuk pujuk lagi. bantuan yang sepatutnya korang tak nak bagi. dah lah. hina betul cara korang memujuk. sangat hina. aku tahu aku manusia hina. tapi jangan korang menghina dengan cara yang macam ni. terima kasih banyak-banyak. 

Semoga DIA akan murahkan rezeki anak-anak ku selepas ini. amin 

No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...