Friday, July 10, 2015

ME dan terBIASA dengan semua ini....

Camner nak mula kan ya. dah penghujung Ramadhan untuk tahun 2015. Sedih sebab banyak yang tak dapat dilaksanakan di bulan Ramadhan tahun ni. Entah kan bersua lagi dengan Ramadhan  untuk tahun depan. Hanya DIA yang tahu. Terlalu singkat dirasakan Ramadhan kali ini. Semoga kami semua yang 5 ini diberikan hidayahNYA. Semoga kami diberi keberkatan untuk lebih dekat denganNYA. 6 day left. Syawal pula akan menjenguk tiba. Syawal just around the corner. Memang tak terasa langsung Ramadhan tahun ni. Sebab me memang dah terbiasa berlapar disiang hari. memang hari2 camtu, balik rumah baru bekfes, lunch and dinner. Tahun lepas memang melayan segala kehendak anak-anak beriya-iya. Tahun ni mama tak der mood. Tahun ni mood berjimat cermat. Tahun ni no shopping. Tahun ni no and no Raya. Sorry anak-anak. Lagipun atok and wan tak berapa sehat. Dan tahun ni juga di BULAN RAMADHAN yang mulia ini, me juga tak berkesempatan nak balik berbuka puasa dengan mak and bapak. Maafkan along. Panjang umur kita jumpa Raya nanti ya MAK ... BAPAK. Lagipun Jun aritu along dah balik sama2 kita semua buat kenduri kesyukuran dan aqiqah AB RAZAK family. Syukur semua selesai dengan baik. 

Kerja-kerja di pejabat bulan puasa ni makin bertambah-tambah. Adakalanya dapatlah balik sharp 4.30pm and reach home at 5.30pm. Sempatlah memasak untuk anak-anak juadah berbuka. Kadang-kadang terlajak, sampai rumah dah 6.30pm atau 7.00pm. Memang tak sempatlah me nak memasak. Kadang2 balik awal pun me tak memasak jugak, terlalu kepenatan. Sekali sekala ke Bangsar, Bazar Ramadhan tempat En. Suami berniaga. Rezeki dia bulan Ramadhan ni. Alhamdullillah syukur, walaupun hanya untuk dia. Tak kesah la tu. Me dah TERBIASA dengan semua ni. Redho. 

Kawan-kawan pun sebuk bertanya tak organize berbuka puasa. Me diamkan ajer dalam group tu. Sorry ladies and guys. Ermm cerita pasal kawan. Sekali lagi ME terkena lagi. Dengan manusia bernama KAWAN. Apa punya lah NASIB me ni kan. Semua atas izinNYA. ME Redho. Mula-mula jumpa dulu, dia mua2kan anak-anak me. Setelah 20thn terpisah sejak 1995 selepas SPM. Asal jumpa macam-macam dibelikan untuk anak-anak. Sebagai anak-anak yang serba kurang, seronok la kan. Ada orang belikan itu ini. Mana anak-anak ME tak seronok. Asal jumpa ada jer jajan2 dibelikan dan duit poket sekali. Yer lah me kan tak berapa nak mampu nak ikutkan sentiasa kehendak anak-anak. Bila lepak2, anak3 paling seronok sebab akan dapat banyakkkkk buah tangan. Tapi lately entah mana silap salah ME. Bila lepak2 dah tak bertegur sapa. Tertanya-tanya apa salah ME. Biarlah tekaan ni salah. Apa pun tanggapan kawan-kawan di luar sana. Hidup me ni menagih simpati orang. DIA lebih TAHU. DIA lebih mengetahui. Yelah hidup me ni kan terlalu banyak harap "BELAS EHSAN" orang keliling. Mungkin macam ni lah layanan ORANG MISKIN HINA macam me kena terima. ME REDHO jer. Just follow the flow. Ikut KETENTUAN DIA. Biar lah semua DIA yang tentukan. Biarlah ME telan semua walaupun pahit. Hina lah me banyak mana pun. Tapi JANGAN HINA anak3 me yang 3 orang tu. Diaorang tak salah apa-apa.



SELAMAT BERPUASA

dan 



SELAMAT HARI RAYA





No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...