Thursday, February 5, 2015

kecik hati...

Kami berkawan dari tahun 1991 sampai la sekarang. setiap inci masalah dari zaman sekolah hingga lah ke alam perkahwinan, sampai dah  beranak pinak, semuanya dikongsi bersama-sama. Pertolongan yang aku hulurkan dengan kudrat tulang 4 kerat ni tak pernah dihargai. aku bukan nak menggungkit. Di mulut bff konon. betapa aku susah payah membantu dia pindah randah bila ada masalah dengan en sominya dulu. Aku tidak mengharapkan balasan. sehingga lah 2,3 kejadian yang berlaku membuat kan aku makan hati sangat2 dengan seorang sahabat yang di mata nya konon bff. best friend forever. 

kejadi pertama, kami satu sekolah, tapi setiap re-union dan potluck yang aku anjurkan tidak pernah sekali pun dia hadiri. Dengan pelbagai alasan yang diberi oleh nya. sehingga lah beliau pindah ke Perak atas sebab menjaga orang tua yang telah uzur. 

kejadian kedua, apabila aku mintak tolong hantar kan ke suatu tempat, alasan nya nak habiskan masa dengan seorang kawan yang dikenali hanya setahun dua dari putrajaya sehari sebelum dia berpindah ke perak. ok fine

kejadian ke3, membuat kan aku betul2 tersedar sekarang ni. Setelah hampir 4 bulan berpindah ke Perak, beliau ada bagitahu nak order lauk untuk potluck pada 14 Feb ni. What sanggup kau datang jauh2 dari Perak semata2 nak hadiri potluck sekolah rendah. ok fine. sekarang aku dah sedar. Sedar sangat-sangat. You are sooo SELFISH. Padahal masa duduk KL dulu satu re-union, satu potluck pun yang aku anjurkan kau tak nak attend. Siap inform aku, datang awal nak lepak di rumah kawan beliau. ok lagi la aku terasa. Kawan2 kau ni semua ker yang tolong kau masa kau pindah randah dulu. ok tak per lah. aku bukan nak menggukit. Cuma KECIL HATI dengan sikap kau.

Ingatkan aku pada seorang lagi kawan yang sangat rapat. Habis AIB aku dijaja. Seorang lagi berkawan dari kecil, entah mana silapnya. Padahal tiada apa yang aku ada untuk diGAH-GAH kan. Aku manusia biasa lagi hina. Banyak kelemahan kekurangan. Kalau aku silap dalam PERSAHABATAN ni, MAAFkan aku. Aku insan biasa yang tidak lari dari melakukan KESILAPAN.

Terima Kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini. 
Aku doakan kau bahagia. 
Terima Kasih TUHAN berikan aku sahabat-sahabat seperti ini. 
Terima Kasih  TUHAN berikan aku PENGAJARAN HIDUP....

Ameen....

Aku Redho dengan DUGAAN ini YA ALLAH......

ini lah pengajaran HIDUP buat aku :D

No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...