Monday, February 24, 2014

1 bulan sudah ... 15 tahun sudah.....

dah hampir 18 tahun umur lesen memandu saya tu. selama ni simpan jer dalam dompet buat sejarah diri sendiri. tak bangga apa-apa pun. nama jer ada lesen. memandunya hampeh. penakut. lepas 9  bulan modified to auto dan submit to JPJ dan tukar 4x4 tayar baru. baru la berani nak drive. semua nya dah hampir sebulan lebih. semoga tuhan permudahkan segalanya. sudah berani drive my small little kancil. paling jauh pun arena rakan muda, petaling jaya near assuntha hospital. sambil temankan anak bujang berfutsal, my gegirls play pingpong.congkak.chess and dam aji and me jogging2 for buang lelemak sikit-sikit. so far ok lah dah hilang 3kg. yang terbaru belum pi timbang lagi. then ke pasar. temankan anak3 beli barang-barang sekolah di Desa Aman 2 dan ke Pusat Komuniti Lembah Pantai for a swimming. hehehe semalam kena hon kereta belakang me dek kelang kabut nya masuk ke kiri. ampun saya pemandu baru. maafkan saya. orang dah lama memandu aku baru hegeh-hegeh. semoga semakin mahir memandu lah hendaknya saya ini. bukan nak kemana pun. nak senangkan diri sendiri dan anak3, sedang kan orang tu sebok ngan kawan2 dia. ermmmm. 

dan dah genap sebulan juga ambik upah memasak #gulaidagingsalairebung and #gulaikelisalaibelimbing. semoga semua rezeki lebih ini berpanjangan. dengan izinNYA. ya semua dengan izinNYA jua. Dapatlah menabung sikit-sikit. tapi ada orang suka-suka mintak itu ini. ermmm apa yang di fikirkan ya. sampai bila ya. ermmm. bukan nak mengeluh. fikir lah. kenapa semua duit yang ada dihabiskan di top2. :( sedih. sangat-sangat sedih due to what happen. aku bertungkus lumus untuk siapkan semuanya untuk anak3 a to z. yang dia. ?. apa yang dia fikirkan ya. tak boleh berfikirkah. dah hilang akalkah. ermmmmm. kawan2 hang ke top2 pun untuk family they all dah sediakan semuanya. tak kesah la nak berhibur tapi ingat tanggunjawap. dah banyakkkk sangat aku tolong hang ni. ermmm entah. hanya berserah semuanya, ya semua pada yang ESA. hanya dia yang maha mengetahui semuanya. hanya mampu berdoa dan redho.




No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...