Monday, March 28, 2016

UPSR-Sarah Damia

seronok anak-anak pagi ni mama hantar ke sekolah. baru2 ni Mia ada mengadu beg sekolah kena selongkar. jadi sebelum duit RM130.00 tu lesap. baiklah mama serahkan sendiri pada cikgu. mungkin pada orang lain nilai duit tu kecik tapi tidak bagi mama yang menyara semuanya, nilai duit itu adalah sangat2 BESAR, huhuhu. Lega dah serahkan pada GURU tadi. belajar rajin2 ya kakak... mama doakan kakak cemerlang dalam UPSR nanti... LOVE YOU SAYANG


anak dara mama kaki selfie

Kesah - SAHIRA DINA


last minute sorry sayang, 
mama sebok masak, masak sebok itu ini. 
mama sebok dengan Liza's Kitchen... 
soooo sorry
akhirnya mama dah pun siapkan kerja sekolah adik untuk 
4 bestari english theatre today. 
hope you like it sayang. 



Sunday, March 27, 2016

Cooking for Birthday BOY - Shafiq Akmal



semalaman mama x lena tido, this morning sunday bangun awal dan terus  ke pasar. hal yang sepatutnya diselesaikan, belum dapat diselesaikan lagi. dan selagi itulah mama tak akan gembira. nampak jer mama senyum, nampak je mama macam happy. hati mama ni hanya DIA yang tahu. Moga DIA permudahkan apa-apa yang kusut. Hanya DOA yang mampu mama berikan setiap hari buat kamu anak ku SHAFIQ AKMAL. Hari ni bujang mama nak balik asrama. Alhamdullilah selepas perdebatan, perbualan dan perbincangan, abang setuju dengan cadangan mama and abah. Pagi ni mama masakkan favourite abang, makan sama-sama before abang balik asrama petang nanti. Mama tak mampu nak belikan hadiah mahal-mahal untuk abang. Ni jer yang mama termampu. And this is your present for this year. hope you enjoy eating #mamaalwaysloveyou.


#ayammasakmerah
#supketam
#ayamgoreng
#sambalbelacanlesung







Saturday, March 26, 2016

Happy 16th Birthday ABANG - Shafiq Akmal

HAPPY 16th BIRTHDAY ANAK MAMA 

– SHAFIQ AKMAL-




Birthday 16th Birthday Abang. Tahun ni tahun menguji mama sebagai seorang mama. Akhir nya, apa yang perlu dibuat harus dilaksanakan. Moga DIA beri mama kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini.  Allahu Akbar. Putaran ke belakang semestinya MUSTAHIL dilakukan. MUSTAHIL kan abang. Tapi Hidup harus diteruskan. Ini bukan pengakhiran kehidupan mu anakku – SHAFIQ AKMAL.

Doa mama tahun ni, hanya yang baik-baik buat abang. Semuanya mama mahukan yang terbaik buat kamu. This is not the end of life. 4 tahun kehadapan ini mama berdoa agar abang kuatkan semangat, kuatkan hati,  kuatkan minda abang. Selesaikan apa yang telah abang mulakan. Selesaikan apa yang menjadi pilihan abang. Tolong ketepikan kawan-kawan sementara ni. Ketepikan kawan-kawan hanya untuk 4 tahu ini. Untuk 4 tahun ini sahaja mama merayu pada abang. Selesai PELAJARAN ya, abang 4 tahun akan datang ni mama mohon. Abang berhak buat apa saja keputusan asalkan ianya terbaik buat abang, tapi dengan syarat SELESAIKAN hanya untuk 4 TAHUN ni ya anak mama. Anak LELAKI mama yang satu. Mama merayu. Apa saya yang akan abang lakukan selepas mendapat DIPLOMA KV ni, mama izinkan, mama doakan yang terbaik sahaja, asalkan ianya tidak memudaratkan kehidupan abang. Kita keluarga susah abang. Jangan harapkan yang lebih dari MAMA. Mama sediakan apa yang termampu sahaja buat abang, begitu juga buat kakak dan adik. Maaf mama serba kekurangan, mama bukan mama yang perfect buat abang. Maafkan mama. Maafkan mama. Maafkan mama abang.

ABANG, dunia ni bulat, apa jua yang berlaku semua nya ketentuan dariNYA, kehendaknya. Takdir dalam kehidupan memang macam-macam. Macam-macam yang tidak pernah kita duga yang ianya akan berlaku. Dengan izinNYA ianya TETAP AKAN BERLAKU. Macam tu jugak mama, kita semua. Apa yang berlaku semua nya adalah KEHENDAKNYA. Tidak siapa yang inginkan benda buruk dalam hidup mereka. Ini dugaan buat kita semua sebagai satu keluarga.

MAMA doa agar abang akan sentiasa ada di sisi mama walau apa pun yang terjadi. Mama sayang abang. Mama dah BERUSAHA menjadi mama yang baik utk 16 tahun ni. Maafkan mama jika ada kekurangan. 







Friday, March 18, 2016

i LOVE my part time job...


saat yang paling menggembirakan. ese tak mampu nak shopping2 macam orang kayo berduit. tapi ni pun dah buek ese gembira bona ha... hehehe. tak sabar nak shopping weekend ni.. #cheftakbertauliah at Liza's Kitchen









Wednesday, March 16, 2016

last weekend story....


al kesah last  week mama ija hehehe bersama company mama ija. demi anak-anak demi ZZ and demi DD. mama ija gagahkan diri ya nonton movie last week with you all. tak per mama bukan la seorang yang hantu movie. bukanlah seorang yang harus nonton movie tika setiap cerita baru dipamerkan. apo lak bunyik indon ni. hehehe. mama ija bukan penonton movie tegar. mama dah latih diri mama ketepikan semua kehendak dan keinginan mama demi anak-anak ya. mama ija bukan lah sorang yang jeleous dengan kelebihan dan keagungan orang lain. hidup ala kadar ikut periuk kerak nasi mama ija sendiri. TQ embam belanja we alls. biarlah orang nak kata mama ija memerlukan simpati orang lain menumpang kesenangan orang lain untuk menggembirakan anak-anak mama. ya itulah mama ija. tapi tetap REDHO. biarlah apa orang nak kata, biarkan kan biarkan. boleh jer mama ija masuk panggung sebelah nonton munafik kah, nonton london has fallen kah atau ola bola kah. kan kan kannnnnn. tapi tak mama ija nonton sama2 anak-anak semua. hehehe 1 jam mama ija tertido ya, sorry. hehehehe



tak per untuk anak-anak apa saja. last nonton movie adalah tahun lepas juga bersama anak-anak yang 5 itu. afiq damia dina and zaidan zakuan. masa tu kita nonton penguin madagascar the movie kannnn anak-anak semua. kali ni memang abang afiq tidak ikut serta la kan. al maklum abang afiq dah bujang dah remaja memang tak layan lah citer-citer korang. hehehehe. 





ke mana lagi panggung yang terhampir. gsc mid valley. manusia jangan cakap la, ya ampun macam semut nasib baik embam aka ongah dah boli siap2 tiket movie online. 2 setengah jam bermovie, dan kesah kali ini adalah "BOBOIBOY". layannnnn. Memang jalan sakan anak-anak last week. 12.00 pm to 12.00 am lah. lepas bermovie makan, makan dan makan, then heading ke Subang Bestari sebab embam and ayah nizam nak upgrade hp baru kat umah acu mima. biasalah la dah berkumpul. hiruk pikuk jadi eh. zz and ff biasalah kan bercakau



 and last biarlah gambar2 ini berbicara










16.3.16

i lost one shoulder to cry on


Happy Birthday my 2 little monster

pinjam pic ni from the google
HAPPY BIRTHDAY... boys. no special celebration, no holiday celebration this year as usual. but anyway today is their special day. ARIQ ZAIDAN 5th and ARIQ ZAKUAN 4th. They a fanatic of Ultramen, berbakul2 dah mama n babah belikan ultramen sebagai koleksi. Nak kek acah2 dari ma ija..hehehehe. 



membesar sehat dan kuat bagai JOHAN...
lots of LOVE from mama ija :D






Thursday, March 3, 2016

AL- FATIHAH




muhasabah diri aku pagi ini, semoga aku sempat melakukan sesuatu yang baik buat diriku, suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, seluruh ahli keluarga ku. amin in shaa allah. sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA jua lah kita akan kembali. AL FATIHAH buat ahli keluarga, jiran2 serta semua umat ISLAM yang telah tiada. 

sekali lagi aku menerima berita kematian. janji ALLAH itu pasti. Hukum aku, aku sendiri tidak tahu bila. entah esok lusa. al fatihah dan takziah buat sepupu ku kak long natrah, arwah abg norman suami beliau telah kembali ke rahmahtullah. pagi ni jiran satu blok, Arwah Mashitah. Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman aminnnnn.....

Wednesday, March 2, 2016

SKBF2KL - Tunas Kadet Remaja Sekolah

again Mia left kan school uniform kat sekolah. sebelum cleaner lesapkan or campakkan ke dalam tong sampah, jadi haruslah mama bergegas ke sekolah awal - awal pagi ya. nah ambik 6.30 reach SKBF2KL. nasib baik masih ada uniform tu. kalau tak memang amukan ablasa la mama kat sekolah hari ni. before this dah 4 kali tertinggal uniform, dan empat2 kali lah uniform tu semua lesap. terima kasih lah cleaner sekolah ya. botol air jangan cakap la ya. sekarang anak-anak nak bawak air, guna ajer botol mineral ya yang harga RM0.70 tu, kalau hilang mama tak sakit hati sangat. heheheh. Ragam anak-anak. Tak perlah, korang kakak adik take care ya kat sekolah love you all.




Tuesday, March 1, 2016

Its my 38th Bornday.. 1.3.78





Alhamdullillah....after 2 days my 1st baby girl Damia celebrate her 12th birthday and today its my turn. 1 March its my 38th Birthday. TQ ALLAH to give me a change until today. ahhhh cakap melayu la. hehehe. Alhamdulillah DIA masih meminjankan ME nyawa dan nafas untuk terus bernyawa di muka bumi NYA yang luas lagi indah. YES I'am still alive amin. SYUKUR padaNYA. Terima Kasih tidak terhingga YA ALLAH engkau permudahkan perjalanan hidup ku. Kau berikan aku kesihatan yang baik-baik serta anak-anak yang sehat amin syukur padaMU.

YA ALLAH please forgiving my sins. Give me strength and patience. Menghadapi apa jua rintangan mendatang dari MU in shaa allah.

KAU limpahkan lah KEBAHAGIAN dalam keluarga ku. Kesihatan yang baik buat kami semua. 

Terangilah hati anak-anak ku untuk menerima pelajaran. Permudahkan urusan mereka. Dekatkan lah hati2 kami kepada MU YA ALLAH.

Permudahkanlah apa jua urusan ku selepas ini YA ALLAH... amin amin ya rabbal alamin....







Saturday, February 27, 2016

DAMIA is 12th today







anak dara mama dah 12th hari ni. 27 FEBRUARI 2004. Hari Jumaat, Penghulu segala hari, pada pagi yang sangat indah lahir lah kami NUR SARAH DAMIA puteri sulong mama. cahaya nama isteri nabi ibrahim AS kebijakan. inilah makna nama mu di dalam ISLAMoh TUHAN semakin kamu membesar semakin mama jadi takut. takut dengan keadaan sekeliling. betul kata orang menjaga seorang anak perempuan memang berat dugaan dan cabaran. semoga DIA sentiasa melindungi kamu. 

No matter how many birthdays come and go, kali ni dah 12x mama celebrate birthday kakak. walaupun tidak semeriah mana. walaupun tiada majlis harijadi buat kamu. tarikh keramat ini akan sentiasa terpahat di hati mama. selagi mama bernyawa. mama akan sentiasa ingat sampai bila-bila. 

ucapan macam tahun2 sebelum nya. jadi anak yang baik. jangan kuat memberontak. mama marah, mama larang tu semua untuk kebaikan kakak. tiada seorang ibu pun di dunia ni yang mahu anaknya jadi tidak baik. semua yang baik-baik sahaja DOA mama buat kakak. kalau mama naik hantu tu, tandanya mama marah dan lepas tu mama akan peluk cium kakak semula tanda mama mintak maaf dan sayang pada kamu. 

mama cuba jadi mama yang sempurna. mama cuba jadi mama yang baik. mama cuba tunaikan permintaan dan kehendak kamu anak ku, janji tidak melampaui batas. dan semampu mama. alhamdullilah kamu membesar dengan sehat, ini sudah cukup buat mama. kamu sehat sudah memadai buat mama. Macam selalu, yang lain-lain biarkan DIA yang tentukan. dunia ini milik hak mutlak NYA. apa yang berlaku semua atas kehendak nya. kita sebagai hamba kena redho. walaupun keluarga kita tak sempurna macam keluarga orang lain. tapi keluarga kita penuh dengan kasih sayang. kalau mama marah2 tu bukan nya mama tak sayang, mama mengamuk2 tu bukan mama benci. semua untuk kebaikan kita semua. mama akan berikan semuanya sama rata pada kamu bertiga. in shaa allah....











MAMA ALWAYS LOVE YOU SAYANG ...

MY 1st DAUGHTER - NUR SARAH DAMIA a.k.a KAKAK




Friday, February 26, 2016

MAK ..AMPUNkan ALONG..

Tajuk : Mak
Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau pasni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Amek peluang terakhir ni..
Usap rambut mak...mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan taik aku..
Mak dukung aku.. mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau takleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita semayang..
Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata ðŸ˜¢ ðŸ˜¢ SHARE FROM FACEBOOK😢 ðŸ˜¢

Thursday, February 25, 2016

KALAH DALAM MENANG - MAWI FT. SYAMSUL YUSOF

Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan 
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis 
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang





Wednesday, February 24, 2016

just follow the FLOW


i don't have high expectation in my life, my life is a very simple life. sejak 17 tahun dulu, aku dah tanam kan benda ni dalam hidup aku. just follow the flow. apa yang terjadi semua nya tidak pernah aku rancang dalam hidup. biarlah orang kata aku hidup tak der cita-cita, tak da pendirian. sebab hidup ini tidak sesempurna seperti orang lain. aku selalu bersyukur dengan apa yang aku ada. kalau tak mampu duduk diam-diam. aku faham dan ingat "kalau aku susah, ada orang lain lagiiiiiii susah susah dari hidup aku". ada lebih bersyukur.


tipu lah kalau tak der rasa nak, teringin kan. aku manusia biasa. manusia yang tidak sempurna, selalunya aku akan pujuk hati sendiri. selalu pujuk hati bersyukur, bersyukur dan bersyukur. kata-kata keramat ini jugalah yang selalu aku sebutkan pada anak-anak. kita kena selalu apa? BERSYUKUR......

Berniaga memang dah macam-macam cuba, dan tak pernah terfikir nak meniaga makanan/catering. alhamdullilah bersyukur dengan rezeki yang kecik ini. Moga Liza's Kitchen terus mendapat sambutan. amin










 

sosek barek mama

anak bertuah, langsung tak call2 mama. pagi ahad tu mama bangun awal ke pasar. Nak masak cepat-cepat dan terus pergi KV nak menjamu anak bertuah tu. sampai sosek barek mama haaaa. alhamdullilah DIA permudahkan. tepat jam 10.15 pagi mama dah sampai ke asrama putera 2 kolej vokasional buat pertama kalinya dengan selamat.

sampai2 jer si bujang tengah mendobi. 1/2 jam jugak mama tunggu nak makan sama-sama. habislah nasi 4 pot. bukan main banyak abang makan. berborak-borak la kami 4 beranak sampai ke tengahari. 3 beradik ni 2 minggu sekali berjumpa pun, nak jugak beramok.... 

lega hati mama dapat tatap wajah kesayangan yang mama rindui. dan alhamdullillah mama selamat pulang ke sarang. 

lain kali mama datang lagi ya abang. satu lagi kawasan jelajahan berjaya di tawan. alhamdulllilah. syukur dan syukur.


Friday, February 19, 2016

save the DATE

alhamdullillah setelah 2 bulan tiada tempahan, 
kini rezeki NYA kembali. SYUKUR dengan REZEKI yang kecil ini. amin



kami di Liza's Kitchen yang beroperasi di Pantai Dalam Kuala Lumpur, menerima tempahan catering kecil - kecilan

INFO LANJUT:


hidup KENA ikut KERAK PERIUK NASI

alhamdullilah aku hidup tidak terlalu mengikut nafsu kehendak. ya terkadang ada juga iri. tapi muhasabah diri. dok sonyap-sonyap yo ha. 

hidup aku terlalu banyak dikeliling oleh manusia pelik. pelik bukan sikit-sikit tapi pelik banyak. banyak manusia yang tidak berSYUKUR. entahlah, tuhan menguji aku dengan cara begini. aku bukan jenis manusia yang suka cari pasal. kalau tetiba aku senyap tetiba aku sentap itu maknanya hati aku telah diusik, hidup aku telah diusik, jiwa aku telah diusik.

dunia dunia, makin lama makin banyak manusia pelik. itu tak kena ini tak kena. macam yang aku selalu cakap dengan diri aku sendiri. tak mampu buat cara tak mampu. yang lain-lain biar DIA yang tentukan. 


my life simple, kau ok dengan aku, aku sejuta kali boleh ok dengan kau. aku banyak bersabar dan bertolerani dengan manusia pelik pelik ni. ikut dan hadap jer perangai manusia pelik  ni. SABAR jer. walaupun berkali kali aku disakiti. 

entahlah, move on dan biarlah DIA yang tentukan walau apa pun yang bakal berlaku.








Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...