Showing posts with label Birthday - SHAFIQ AKMAL. Show all posts
Showing posts with label Birthday - SHAFIQ AKMAL. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

Happy 16th Birthday ABANG - Shafiq Akmal

HAPPY 16th BIRTHDAY ANAK MAMA 

– SHAFIQ AKMAL-




Birthday 16th Birthday Abang. Tahun ni tahun menguji mama sebagai seorang mama. Akhir nya, apa yang perlu dibuat harus dilaksanakan. Moga DIA beri mama kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini.  Allahu Akbar. Putaran ke belakang semestinya MUSTAHIL dilakukan. MUSTAHIL kan abang. Tapi Hidup harus diteruskan. Ini bukan pengakhiran kehidupan mu anakku – SHAFIQ AKMAL.

Doa mama tahun ni, hanya yang baik-baik buat abang. Semuanya mama mahukan yang terbaik buat kamu. This is not the end of life. 4 tahun kehadapan ini mama berdoa agar abang kuatkan semangat, kuatkan hati,  kuatkan minda abang. Selesaikan apa yang telah abang mulakan. Selesaikan apa yang menjadi pilihan abang. Tolong ketepikan kawan-kawan sementara ni. Ketepikan kawan-kawan hanya untuk 4 tahu ini. Untuk 4 tahun ini sahaja mama merayu pada abang. Selesai PELAJARAN ya, abang 4 tahun akan datang ni mama mohon. Abang berhak buat apa saja keputusan asalkan ianya terbaik buat abang, tapi dengan syarat SELESAIKAN hanya untuk 4 TAHUN ni ya anak mama. Anak LELAKI mama yang satu. Mama merayu. Apa saya yang akan abang lakukan selepas mendapat DIPLOMA KV ni, mama izinkan, mama doakan yang terbaik sahaja, asalkan ianya tidak memudaratkan kehidupan abang. Kita keluarga susah abang. Jangan harapkan yang lebih dari MAMA. Mama sediakan apa yang termampu sahaja buat abang, begitu juga buat kakak dan adik. Maaf mama serba kekurangan, mama bukan mama yang perfect buat abang. Maafkan mama. Maafkan mama. Maafkan mama abang.

ABANG, dunia ni bulat, apa jua yang berlaku semua nya ketentuan dariNYA, kehendaknya. Takdir dalam kehidupan memang macam-macam. Macam-macam yang tidak pernah kita duga yang ianya akan berlaku. Dengan izinNYA ianya TETAP AKAN BERLAKU. Macam tu jugak mama, kita semua. Apa yang berlaku semua nya adalah KEHENDAKNYA. Tidak siapa yang inginkan benda buruk dalam hidup mereka. Ini dugaan buat kita semua sebagai satu keluarga.

MAMA doa agar abang akan sentiasa ada di sisi mama walau apa pun yang terjadi. Mama sayang abang. Mama dah BERUSAHA menjadi mama yang baik utk 16 tahun ni. Maafkan mama jika ada kekurangan. 







Thursday, March 26, 2015

Abang 15th today... Kesah si bujang

alhamdullilah hari ni 26 march, 15 tahun dulu pada tarikh ini, lahir lah anak sulong mama. shafiq akmal. Si bujang yang kuat bergaya. Kerja nak melaram jer. Kalau gi sekolah nak melawa jer. cuba belajar pun lawa boleh tak abang. baju uniform semua nak otter ikut badan. semua pakaian nak perfect. boleh tak belajar pun PERFECT abang. 

Alhamdullillah hari ni genap 15 tahun mama membesarkan abang. Memang abang dah sangat besar dan tinggi dari MAMA :D. Biar MAMA yg mendongak nak pandang muka abang. Jangan abang kelak mendongak ke langit ya...sentiasa hormat Orang Tua......


Abang yang tak  banyak kerenah. Tapi banyak permintaan itu ini. Kekalkan Kelakuan yang baik ini di sekolah ya anak bujang mama yang satu. Ponteng sekolah sekali sekali tu biasa la kan, mama pun ponteng sekolah jugak dulu. hahaha. Dah nak masuk 3 tahun di SMB (Integ). Alhamdullillah buat pekara2 yang berfaedah ya. Ingat kelakuan yang buruk hanya akan memudaratkan kehidupan abang sendiri. Berkawan lah walau seribu, yang tak baik dijauhi ya. Keluarga adalah yang No 1.  

Mama tahu, Iam not a perfect mama for you Abang. But i try my best untuk berikan yang terbaik dan termampu buat mu anakku. Shafiq mama berharap, dan memang HARAPAN, mama akan sentiasa ada di dalam setiap doa abang, walau mama sudah tiada didunia nanti ya. Abang harapan mama. Buat mana yang Abang mampu ok. Mama akan sentiasa sokong abang. Kalau abang jadi "CIKGU PJK" jer pun dah buat mama gembira. Abang kan minat sukan. :D. Mama tahu akademik abang tak memberangsangkan. mama tahu tu. Apa2 pun mama doakan abang berjaya dunia akhirat and alway sayang mama ok. Lots of LOVE mama.... 






Wednesday, March 26, 2014

Abang 14th today - 26.3.2000




my first baby. my first son, the one and only son. first and first. You always the first in my heart until my last breath. Happy 14th Birthday abang. Macam tahun-tahun sebelumnya. Doa mama. Semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Itu jer the most important. Jadi abang yang terbaik pada adik-adik. Jaga adik2 bila mama dah tak der nanti. Sayangi keluarga. Remember no matter what, family is no. 1. Remember abang. Eeermmmm pejam celik, pejam celik, nah dah 14 tahun mama besarkan abang. Tahniah buat mama. Terima Kasih padaNYA kerana berikan mama kekuatan yang luar biasa, sangat-sangat luar biasa untuk besarkan abang sehingga hari ini dan sebesar ini. Alhamdullillah abang anak yang tak banyak kerenah. Maafkan mama banyak kekurangan mama dalam membesarkan abang. Banyak perkara yang tidak dapat mama tunaikan. Nakal abang pun nakal-nakal anak remaja biasa. Semoga kehidupan sekeliling memberikan pengajaran yang TERBAIK untuk abang mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. 

Dunia hari ini memang Sangat-sangat-sangat mencabar. Abang kena kuat sekuatnya. Ikut mana yang baik dan buang mana yang buruk. Kekalkan kelakuan sekarang In Shaa Allah, TUHAN permudahkan perjalanan hidup abang dunia akhirat. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki ya anak ku. Semakin abang dewasa semakin mama rindukan abang yang baby dulu. Kalau boleh mama nak abang yang umor 4..5 tahun jer. Mama masih boleh mama gomol, abang masih boleh mama lambung2. cepat sangat abang besar. Abang akan ikut mana mama pergi, dok bawah ketiak mama. Mama itu mama ini. Mama miss that moment so much sayang. Sekarang abang dah makin remaja. Abang sebok dengan aktiviti abang. Masa terluang abang banyakkan abang habiskan dengan futsal, hoki, bola sepak. Banyak yang kurang bersama Mama. In Shaa Allah mama akan cuba luangkan sebanyak mana masa untuk abang. Semakin abang dewasa semakin kita renggang. sob sob sob. huhuhuhu. But u always my baby. uhuk uhuk. 

Last but not least. mama always love you, no matter what. your journey is till far far to go. Remember each step you make ingat pada ALLAH yang satu. Semoga DIA mempermudahkan dan sentiasa melindungi abang where ever you go. Terima Kasih padaMU kerana meminjamkan anugerah ini buat ku. Selamat Ulangtahun Kelahiran anak mama. 26 Mac 2000, tepat jam 5.55am selari dengan berkumandangnya azan subuh lahirlah kamu putera ku yang satu, alhdullillah sehat dan chomel. chomel ke? hehehe     
    

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...