Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Friday, February 17, 2017

SULONG its me..


17.2.17 - Moga doa2 dihari Jumaat ini dimakbulkan olehNYA.aminnnn




Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu  serta berdikari.
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.
Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. 

Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. 

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti. Tetapi tidak aku, aku hanya belajar setakat SPM sahaja...sebab itu hidup aku banyak kepayahan,  KESUSAHAN....aku tidak cemerlang di dalam akademik... :(

Moga titipan ini mungkin boleh membantu AKU menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian
Belajar tentang apapun yang kamu sukai
Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka
Belajar untuk tetap tegar
Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu
ROSLIZA a.k.a SULONG

Wednesday, April 13, 2016

saya juga punya mulut yang sangat jahat

alhamdullilah baru hari ni free sikit kat opis. kerja pun di AK semakin banyak. at home dah tak der masa nak menulis dah. jadual mingguan sentiasa padat. kerja-kerja rumah, melayan anak-anak and so on. 

alhamdullilah rezeki tak putus setiap minggu.  syukur dan syukur. ingatkan dah berkubur Liza's Kitchen ni. 2 monts no sale, 2 months no customer and 2 months no profit and also for 2 months no saving. 

sejak si bujang tu dapat asrama KV on January 2016, baru la me tetiba ada target. 1st time rasanya ada target dalam hidup. selalu nya myself just follow the flow and just follow my destiny yang DIA dah tentukan. bersyukur dan bersyukur, akan sentiasa BERSYUKUR. walaupun kadang2 myself termengeluh.  maaf kan myself YA ALLAH. Alhamdullillah hidup sedikit OK dari 15 tahun yang lepas. Walaupun masih dikelilingi hutang-hutang bank. hehehe. lupa segala susah payah yang 15 tahun dulu. syukur sentiasa.

hidup semakin buzy dengan Liza's Kitchen. Alhamdullilah. Keluarga juga keutamaan myself. But a little bit feeling lonely (no friends) dan feeling disisihkan. but its ok, everything still in my control. biarlah yang penting ada keluarga yang akan sentiasa ada di sisi myself no matter what happen. and one more DIA sentiasa ada bersamaKu. syukur dan syukur. itu jer yg terluah dari hati ini.

Life is just like a rainbow, full of colour. Indeed. myself hanya manusia biasa yang ada mulut dan lidah untuk berkata-kata.  I also have verses evil thing to say. Tapi buat apa kan. Let me act like an adult and as a mature hambaNYA. I will keep those word deep inside my heart and muhasabah diri sendiri.

bila ada kenalan kamu yang seronok nak bershopping sana sini, sedangkan ahli keluarga nya yang lain sedang menyusahkan hidup orang lain dengan permintaan yang pelik2. geram la jugak. please wake up and open your mind. selama ni kesusahan aku, kepayahan aku tidak ada siapa yang ambil peduli. bukan nak  berkira, but please la ya, JANGAN DITAMBAH BEBAN AKU INI

anak-anak ku SHAFIQ AKMAL, SARAH DAMIA and SAHIRA DINA, mereka bukan beban. MEREKA adalah ANUGERAH TERINDAH dariNYA buat AKU. Hamba yang hina dan serba serbi kekurangan. Anak3ku, mama akan cuba jadi mama yang terbaik buat kalian.




  

Tuesday, February 16, 2016

16.2.16


Yang hilang biarkan hilang. yang ada ni kita teruskan. huhuhu sejak gambar-gambar blog ni hilang ontah ke mano, pueh den repair, pueh den bega, tak maun eh jugak. jadi den tuan tanah kedaong meneruskan jugalah apo yg ado ni ha yo.

merajuk la hati ni kojap..haaaa
tak po hati sendiri ekau pujuk la sendiri.....

Tahun 2016 almost 2 months. Macam-macam hal, macam cerito den nak koba an kek senia ha.
hehehe


kesah den, kesah anak3 den, kesah keluargo den
semua eh lah. kok ado yang nak baco
tak sudi pun x po do. den buek blog ni sebagai roto ompok anak cucu den. sok sok den dah tak do, buleh yo la baco-baco diary alam maya den ni ha. 

amin




MUHASABAH DIRI SENDIRI


Friday, November 20, 2015

saya tak suka cari pasal

alhamdullilah ini hidup saya dan saya terima semuanya. ini takdir saya dariNYA. saya bersyukur dan redho. alhamdullillah saya bersyukur. apa yang berlaku semua kehendakNYA. semakin hari dan semakin matang hidup ini saya belajar untuk terima apa saja UJIAN dariNYA. semakin hari dan semakin matang jiwa dan hati ini, saya belajar untuk REDHO. Terima semua dengan hati terbuka dan berlapang dada. 

Saya tidak berdendam jauh sekali untuk membalas apa yang mereka telah lakukan kepada saya. kehidupan saya masih sama, sama seperti dulu. 

Walaupun seteruk mana saya dimalukan, seteruk mana saya dikhianti, seteruk mana pun saya diperlakukan kehidupan harus diteruskan.peringatan untuk diri sendiri juga. 

YA ALLAH jika aku yang bersalah, aku mohon kemaafan. aku insan mu yg kerdil lagi hina serba serbi kekurangan. DIA memang maha adil. Tapi aku tidak mengatakan aku betul dalam segala hal, aku juga tidak mengatakan setiap langkah aku itu tetap lurus tanpa lekuk. Aku ada kelemahan diri sendiri dan aku mengaku itu semua.  Banyak sangat KEKURANGAN aku ini. Seribu, sejuta kekurangan aku, aku terima dengan berlapang dada. Ini kehendakNYA. Dan doa aku, Semoga DIA memberikan hidayah dan menghalakan hati aku, jiwa aku kejalan yang diredhoiNYA. Semoga seluruh keluarga aku, terutama mak dan bapak, suami dan anak-anak diberikan hidayah supaya semakin dekattttttt denganNYA.......amin

Satu demi satu DIA berikan saya peluang untuk lihat, satu persatu. Saya tidak berbangga diri atau jauh sekali untuk riak. DIA telah tunjukkan semuanya. Saya dapat lihat itu semua. Biarlah DIA dan saya yang tahu.......


YA ALLAH BERIKANLAH AKU HIDAYAH MU....











Thursday, October 15, 2015

this is LIFE



Learned it from life
Keep going straight.....Even though it's hurt 










* human being 
keep hurting each other

Tuesday, September 15, 2015

Alhamdullillah - TUHAN sedang MENGUJI aku

syukur, ini saja perkataan yang terlahir dari mulut ku ini. syukur. biarlah apa pun pandangan dan tanggapan mereka (family) mereka (kawan-kawan) mereka (jiran tetangga) pada aku. aku terima. aku terima semuanya dengan berlapang dada. amin syukur dan syukur. aku berusaha untuk bergaul dengan mereka dengan seIKHLAS nya. sepenuh hati. apa apa pun senyum jer. dengan keadaan sekarang, satu persatu DIA tunjukkan pada aku. aku melihat dengan 2 biji mata aku sendiri. 


jika selama ini aku yang tersilap tanpa aku sedari, ya allah kau ampunkan lah aku. maafkan segala keikhlafan diri ku. aku manusia hina serba serbi kekurangan. cuba memberi yang terbaik dan penuh keihlasan. amin.

semoga DIA beri kan aku hidayahnya. ampun kan aku, maafkan aku ya allah. berilah aku hidayahmu ya allah. amin amin ya rabbal alamin. ada mata pandang jer. semoga hati ini semakin tenang. rosliza lupakan semuanya perlahan-lahan ya. Lapangkan dada. Tumpukan perhatian pada kehidupan sendiri, keluarga sendiri, perasaan sendiri dan diri sendiri dan anak-anak,  tak lupa mak dan bapak. buat untuk mereka seikhlasnya. :D
senyum jer....









Thursday, August 13, 2015

hi semua

Dah lama kan, dah lamaaaaa, hehehe teringat video my black sweet, dok mengulang tengok di fb dan masa tu usia nya baru 3 tahun.  Dah lamaaaaa tak update blog kesayangan ni. Alhamdullilah syukur dan terus bersyukur dengan kehidupan hari ini. alhamdullillah syukur padaNYA. Syukur, syukur, syukur selalu. Pagi ni delivery lauk ke pasar pj, jalan othman dengan si bujang. Dan kemudian terus memecut ke SMK Bangsar dengan si kancil ku. Hehehe kagum tengok wanita kiri kanan drive kereta mewah. Tidak sama sekali hati ini rasa iri. Cuma kagum melihat mereka drive kereta mewah dan besar. Sedangan aku baru terkial-kial dengan sang kancil ku ni. Lepas raya aritu aku dah mula berani kan diri drive ke pejabat. Walaupun tidak dibenarkan setiap hari oleh en suami. Alhamdullillah. Hehehe. Usia lesen dah nak masuk 20 tahun, cuma dalam setahun ni jer berani berani nak drive. Syukur boleh delivery lauk pauk, boleh hantar anak ke sekolah. Boleh ke sana ke mari tanpa perlu mengharapkan en.suami yang kadang2 ada hal nya sendiri. Syukur. Dah lama nak memandu tapi baru sekarang ada keberanian. Semoga dijauhkan daripada bahaya. In shaa allah dengan izinNYA. 





Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita sedih. seorang lagi kenalan kehilangan suami tercinta sekelip mata. walaupun tidak kenal rapat, cuma bersua di FB diri ini amat terasa kesedihan nya. Couple yang sentiasa happy, loving and a very a responsible husband. Takziah Shidah dan al-fatihah buat suami mu Cik Lee. Moga Shidah terus tabah demi anak-anak. "bergenang ayaq mata bila dok baca status FB Shidah". Be Strong Babe. Take Care.

Dah bersawang sangat blog ni tak berupdate. Buzy sangat lately. Lepas2 raya ni, eh masih dalam bulan syawal. Bukan BZ beraya. This year 1 open house pun me tak attend. Tetiba jer eh, dah nak habis dah bulan syawal. So buzy bee with my Liza's Kitchen. Alhamdullilah rezeki yang kecil ini tidak putus-putus. Ada job baru, hehehe dah lama rasanya jari2 ini tidak beraksi. Bz dengan menyiapkan tempahan hantaran seorang kenalan. Haa dan satu lagi in charge for tarian kanak-kanak for KRT. Program Sejahtera on 5th September ni. Bz Bee like a Bee.. hehehehe

Pernah dulu kawan2 tanya, weekend buat apa. Tak der apa. Kemas rumah, layan anak3 dan rehat. Bosan jugak kan. DIA sentiasa mendengar keluh kesah hamba nya. Dan nah sekarang setiap weekend ada jer kerja. Dan yang paling banyak adalah aktiviti memasak. Satu tugas yang selalu me akan elak on weekend. hehehehe. Alhamdullillah me semakin suka memasak kerana dapat menjana extra income. Alhamdullillah, syukur, syukur, syukur selalu (nyanyi versi TV3 raya).. hehehehe

Ermmm semalam, tragedi. Dah dah dah lah, kalau dia nak terasa. me is penat nak jaga hati orang. And kebanyakkan mereka2 sekeliling saya adalah mereka2 yang suka sangat show off. yer la me sedar, saya tidak punya apa2. Tapi saya bersyukur dengan kehidupan dan rezeki saya. Saya percaya rezeki saya ada di mana-mana dengan izinNYA. Telah stop follow kawan2 yang buat kecik hati di FB. Saya gembira dengan apa yang saya ada. Dan happy. Tension tension dengan diri sendiri sudah. Biar x der mereka2, dari punya ramai mereka2 yang menyakitkan. huhuhuhu. Penat dah kena khianat dengan manusia bernama MEREKA. dah dah lah. and its time to jaga hati sendiri. 

Oklah penat bebek2 sorang2 kat cni. hehehehe. moga kehidupan seterusnya dipermudahkan amin. syukur, syukur, syukur selalu ;)















Friday, July 10, 2015

ME dan terBIASA dengan semua ini....

Camner nak mula kan ya. dah penghujung Ramadhan untuk tahun 2015. Sedih sebab banyak yang tak dapat dilaksanakan di bulan Ramadhan tahun ni. Entah kan bersua lagi dengan Ramadhan  untuk tahun depan. Hanya DIA yang tahu. Terlalu singkat dirasakan Ramadhan kali ini. Semoga kami semua yang 5 ini diberikan hidayahNYA. Semoga kami diberi keberkatan untuk lebih dekat denganNYA. 6 day left. Syawal pula akan menjenguk tiba. Syawal just around the corner. Memang tak terasa langsung Ramadhan tahun ni. Sebab me memang dah terbiasa berlapar disiang hari. memang hari2 camtu, balik rumah baru bekfes, lunch and dinner. Tahun lepas memang melayan segala kehendak anak-anak beriya-iya. Tahun ni mama tak der mood. Tahun ni mood berjimat cermat. Tahun ni no shopping. Tahun ni no and no Raya. Sorry anak-anak. Lagipun atok and wan tak berapa sehat. Dan tahun ni juga di BULAN RAMADHAN yang mulia ini, me juga tak berkesempatan nak balik berbuka puasa dengan mak and bapak. Maafkan along. Panjang umur kita jumpa Raya nanti ya MAK ... BAPAK. Lagipun Jun aritu along dah balik sama2 kita semua buat kenduri kesyukuran dan aqiqah AB RAZAK family. Syukur semua selesai dengan baik. 

Kerja-kerja di pejabat bulan puasa ni makin bertambah-tambah. Adakalanya dapatlah balik sharp 4.30pm and reach home at 5.30pm. Sempatlah memasak untuk anak-anak juadah berbuka. Kadang-kadang terlajak, sampai rumah dah 6.30pm atau 7.00pm. Memang tak sempatlah me nak memasak. Kadang2 balik awal pun me tak memasak jugak, terlalu kepenatan. Sekali sekala ke Bangsar, Bazar Ramadhan tempat En. Suami berniaga. Rezeki dia bulan Ramadhan ni. Alhamdullillah syukur, walaupun hanya untuk dia. Tak kesah la tu. Me dah TERBIASA dengan semua ni. Redho. 

Kawan-kawan pun sebuk bertanya tak organize berbuka puasa. Me diamkan ajer dalam group tu. Sorry ladies and guys. Ermm cerita pasal kawan. Sekali lagi ME terkena lagi. Dengan manusia bernama KAWAN. Apa punya lah NASIB me ni kan. Semua atas izinNYA. ME Redho. Mula-mula jumpa dulu, dia mua2kan anak-anak me. Setelah 20thn terpisah sejak 1995 selepas SPM. Asal jumpa macam-macam dibelikan untuk anak-anak. Sebagai anak-anak yang serba kurang, seronok la kan. Ada orang belikan itu ini. Mana anak-anak ME tak seronok. Asal jumpa ada jer jajan2 dibelikan dan duit poket sekali. Yer lah me kan tak berapa nak mampu nak ikutkan sentiasa kehendak anak-anak. Bila lepak2, anak3 paling seronok sebab akan dapat banyakkkkk buah tangan. Tapi lately entah mana silap salah ME. Bila lepak2 dah tak bertegur sapa. Tertanya-tanya apa salah ME. Biarlah tekaan ni salah. Apa pun tanggapan kawan-kawan di luar sana. Hidup me ni menagih simpati orang. DIA lebih TAHU. DIA lebih mengetahui. Yelah hidup me ni kan terlalu banyak harap "BELAS EHSAN" orang keliling. Mungkin macam ni lah layanan ORANG MISKIN HINA macam me kena terima. ME REDHO jer. Just follow the flow. Ikut KETENTUAN DIA. Biar lah semua DIA yang tentukan. Biarlah ME telan semua walaupun pahit. Hina lah me banyak mana pun. Tapi JANGAN HINA anak3 me yang 3 orang tu. Diaorang tak salah apa-apa.



SELAMAT BERPUASA

dan 



SELAMAT HARI RAYA





Monday, June 29, 2015

hai lah... kenapa ya ?

jangan bagi terlalu banyak alasan
jangan nak main campak2 jer
jangan nak putuskan silaturrahim
jangan ada hati yang busuk
jangan dan jangan dan jangan

TERLALU SANGAT MENJAGA
Perasaan Orang Lain.....


Friday, May 15, 2015

15.5.15

kalau ikutkan perasaan marah ni, memang dah lama lah bergaduh. dari dulu lagi. cakap susah, tak cakap lagi sakit hati. cuba buat seikhlas ikhlas nya. ya allah ikhlaskan lah hati ini. kuatkan hati untuk terima kerenah-kerenah manusia yang ada dalam hati ni semampunya. berikan lah kesihatan yang baik. macam ni ke layanan yang perlu diterima sebab diri ini tidak berkemampuan. hanya berserah padaNYA. 

bukan nak mengeluh. hadoi. banyak sangat yang selfish.   

Thursday, May 7, 2015

dah 5 bulan..

since dapat BONUS dari AK aritu memang dah berangan-rangan nak belikan handbag for me. nak merewardkan diri sendiri. 5 bulan ya bertangguh-tangguh. padahal bukan mahal mana pun. tu lah hati seorang mama. anak-anak dan yang lain-lain keperluan di rumah HARUS mama dahulukan semuanya. mama selalu jer ketepikan kehendak dan permintaan hati mama ni. lega dah beli handbag baru for myself. yang penting besar dan boleh isi banyak barang :D... Happy ME

Wednesday, April 15, 2015

15 hari yg MURUNG

masih x der mood. duit duit adalah masalah utama. Liza's Kitchen pun menyepi. Tapi kalau dah rezeki tak kemana kan. Syukur padamu ya allah. Ada tempahan catering 30 pax this saturday. Better than tak der lansung kan. syukur, apa-apa pun tetap bersyukur. masalah air kat rumah pun dah selesai. tapi yang tak best nya. kena pinjam duit dari MAK. ya dari MAK. dah lah bagi tiap-tiap bulan belanja pun tak pernah. beri bukan tak pernah  bagi langsung pada mak. beri bila aku ada wang lebih. Hujung tahun bonus bayar balik ya mak.... 

Friday, April 3, 2015

berrrr..... syukur

alhamdullillah masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi MU ini...

ingat kalau aku susah, ada orang lain lagiiiiiii susah dari aku ....





Tuesday, March 17, 2015

YA ALLAH, bukan aku tidak bersyukur...



AKU SANGAT-SANGAT BERSYUKUR....


Rasa jenuh pada keadaan buat ku lelah tuk melangkah
Warna hari yang sama buat mata ini tak kuasa menahan air mata

Ku tak sanggup lagi jika harus ada dalam lingkar hidup yang seperti ini


Ya Tuhan...
Ku tahu rencana ku indah, tapi ku juga tahu jika rencana Mu lebih indah
Namun kurasa hari-hari ku bergerak dalam ruang yang sama

Tuhan...
Berilah warna lain untuk ku
Aku ingin merasakan hari seperti yang mereka jalani

Hari yang indah dan berwarna tiap harinya
Maaf Tuhan bukan ku tak bersyukur
Jujur aku akui aku bosan dengan kehidupan ini

Aku seperti terkekang dalam ruang tak berpenghuni
Tuhan, berilah aku kekuatan untuk pergi dari kebosanan ini
Tuhan maafkan aku ya... 
frown emoticon
~sulaiman alghifari~

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...