Showing posts with label al fatihah. Show all posts
Showing posts with label al fatihah. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

AL- FATIHAH




muhasabah diri aku pagi ini, semoga aku sempat melakukan sesuatu yang baik buat diriku, suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, seluruh ahli keluarga ku. amin in shaa allah. sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA jua lah kita akan kembali. AL FATIHAH buat ahli keluarga, jiran2 serta semua umat ISLAM yang telah tiada. 

sekali lagi aku menerima berita kematian. janji ALLAH itu pasti. Hukum aku, aku sendiri tidak tahu bila. entah esok lusa. al fatihah dan takziah buat sepupu ku kak long natrah, arwah abg norman suami beliau telah kembali ke rahmahtullah. pagi ni jiran satu blok, Arwah Mashitah. Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman aminnnnn.....

Monday, December 15, 2014

AL- FATIHAH

15/12/2014 9:15am

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.Arwah yang juga bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. - sumber KOSMO!


AL- FATIHAH
- Industri Perfileman sekali kehilangan insan seni yang berbakat serta disayangi semua...



Wednesday, November 12, 2014

al fatihah...

ONLY THE GOOD DIE YOUNG....ni perpatah bahasa inggeris jer, wallahualam, ni semua kerja TUHAN... tidak siapa tahu bila seseorang itu akan sampai ajalnya.... entah esok lusa, kejap lagi ke, turn aku.. huhuhu.

sebagai seorang yang telah 36 tahun bernafas di bumi allah. Less 15 years menjadi seorang MAMA. Ini dinamakan hidup. Macam-macam yang telah dilihat dengan dua biji mata ni. 36 tahun ini banyak memberi pengalaman hidup. sangat2 banyak. dikelilingi manusia-manusia pelik, pentingkan diri, egois, bangga diri, very show off dan macam-macam lagi. 

Sebenarnya nak cerita pasal beberapa kenalan yang kehilangan suami sejak beberapa tahu kebelakangan ini, lebih senang disebut dijemput ilahi, dijemput sang pencipta. tidak kurang juga mereka2 yang diluar sana. berita terpampang di dada-dada akhbar. wanita-wanita menjadi janda, hilang kasih sayang seorang suami. anak-anak menjadi anak yatim. hilang kasih sayang seorang ayah, bapa, papa, daddy. dari apa yang dapat aku lihat semuanya manusia2, suami2, ayah2 yang sangat2 bertangungjawap pada keluarga yang ditinggalkan. AL-FATIHAH buat yang islam and REST IN PEACE buat yang bukan islam. Anak2 yatim tabah lah dengan dugaan ini. tidak semestinya tiada ayah itu hidup kamu gagal. yang banyak ada ayah pun terkadang terabai hidup mereka. anak2 yatim kalian moga membesar jadi anak3 yang soleh dan solehah. berjaya dunia dan akhirat.

Terbaru subuh tadi, takziah buat adik Che Mah, seorang kenalan yang kehilangan suami. Be strong ya dik for Media. Sedih, siapa yang tidak sedih. baru 2 tahun melayari bahtera rumahtangga suami beliau dijemput sang pencipta. Baru minggu lepas calebarate 1st birthday puteri tercinta yang lahir dari benih kasih sayang itu, Princess Medina. Take care Che Mah. AL FATIHAH Buat arwah suami Nizal. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Friday, October 17, 2014

serahkan hidup ku kepada TAKDIR ku.....

dari dia kita datang dan kepada dia jua kita akan kembali. 



pak cik jenal bapak mertua balang bob telah kembali ke rahmatullah selasa lalu. heart attack. orang nya nampak sehat jer. last meet him was on saturday sehari sebelum raya for berbuka puasa. tuhan lebih sayang kan dia. we all agak close ngan parents in law balang bob, sebab dulu kami berjiran di Taman Pilah Senaling. selalu bertandang ke rumah nya walaupun dia dah berpindah ke Kg Peraku. Aku juga rapat dengan anak sulong beliau. siapa tahu, bff mak, isteri kepada pak cik jenal yang dulu berjiran dan sekarang dah berbesan dengan my mak bapak. 

di saat isteri, anak3 dan cucu yang 2 orang tu masih memerlukan kasih sayang beliau, beliau telah dijemput Ilahi. Al-fatihah buat arwah pak cik jenal. moga digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.  

di zaman teknology canggih kini, berita kematian senang jer di baca dan diketahui. Lately ader jer insan yang dijemput ilahi. samaada dikenali atau tidak dikenali. DIA menjemput tidak kira masa, waktu dan ketikanya. tidak siapa akan tahu bila nyawa akan dicabut oleh malaikat maut. seksa sangat diri ini bila terlalu memikirkannya.  ya aku selalu berfikir bila waktu itu akan tiba untuk aku. :(

dan sebab itu juga aku sentiasa dan selalu berfikir dan kerap memikirkannya. macam mana jika DIA tiba-tiba menjemput aku. di saat anak-anak amat-amat memerlukan aku, amat-amat memerlukan MAMA. kerana selama ini semua keperluan mereka aku yang sediakan. jika tu takdir aku dan itu takdir anak-anak aku, aku memang tidak bisa mengelak lagi. walau sesaat, walau seinci, walaupun sehari. 

AKU TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "MAUT", 
TIDAK BISA MENGELAKKANNYA "KEMATIAN"

teringat 3 kejadian lampau yang berlaku dalam hidup ini, pada umur aku 12 tahun, arwah mama Leha (Adik Mak) pergi tidak kembali lagi akibat brain tumor. Dan Saat umur ku 28 tahun, sepupu aku arwah adik marziana juga meninggal akibat brain tumor dan pada umur aku 30an, aku kehilangan mak teh {sebelah suami} akibat demam panas. di saat anak-anak masih kecil, di saat anak-anak amat memerlukan kasih sayang seorang MAMA. ya allah, kuatlah hati ku. 

Bagaimanalah TAKDIR kehidupan aku ya?. itulah yang selalu berlegar2 di kotak fikiran aku. Jika tidak hari ini, esok, lusa, sebulan lagi atau tahun depan dan jika pada tahun-tahun akan datang yang entah bila?  aku akan berhenti bernafas. Aku mohon pada semua yang mengenali aku, MAAFKAN lah aku dan HALALkan lah semuanya ya. :(


picture from google

wahai jiwa, wahai hati
ya allah
kau bimbing lah aku
jalan yang ENGKAU redhoi...


AMIN



Friday, July 11, 2014

Al-Fatihah

me kenal aida since 1991. Sekolah at SMBangsar sama2, kelas pun sama2 and from that time jugak kenal Bapak dia, Arwah Pak Cik Hj Ismail Pandak Udin. Seorang Bapak yang setiap hati akan hantar dan ambil anak daranya balik sekolah dengan motor kapcainya. Me and Aida memang rapat. Sangat rapat until now. Arwah Pak Cik Ismail pun seorang yang sangat2 baik hati. Tapi sejak beliau berpindah ke Batu Gajah memang dah tak jumpa2 lagi arwah. Dengar khabar pun dari Aida jer. Semalam selepas hampir 2 minggu Aida pindah duduk sama-sama dengan keluarganya yang ada Mak and Bapak jer, me dikejutkan dengar berita sedih. Bapak kesayangan Pak Cik Hj Ismail Pandak Udin telah kembali kepada penciptanya. Setelah seminggu bertarung nyawa di Hospital Tuanku Bainun Ipoh, Perak akibat serangan jantung. Al- Fatihah buat Pak Cik. Arwah banyak kali jugak bantu me untuk dapatkan rumah DBKL dulu. Macam2 idea yang dia beri. Arwah sangat aktif dalam politik dan sangat rajin membantu masyarakat. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Arwah Pak Cik yang sangat2 baik. AL - FATIHAH.



Tuesday, May 20, 2014

Al - Fatihah Buat Sahabat ku - Deq Nor

Semadilah dengan tenang di sana...
Sahabat yang terlalu mengambil berat 
akan sabahat-sahabat yang ada disekeliling nya
tiada lagi senyum tawa, gurau senda mu sahabat ku
tiada lagi 'SUPRISE' dari mu....
Kami semua akan selalu merinduimu {LADIES SMB'95}
You always in our heart .....
Gonna MISS you..... sob sob
thanx for being such a very good friend to me... 
(*sape nak tolong aku call kawan2 bila kita nak re-union lagi)
sob sob sob
Ku Iringimu dengan AL-FATIHAH ...


{16.9.78 - 19.5.14}


You always in our heart .....






Monday, March 10, 2014

kau pergi jua...

al fatihah buat adik sepupuku yazid. anak lelaki bongsu umi nani melang. Tepat pada jam 10.45 malam, 8 Mac 2014, bersamaan hari Sabtu belau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sunday at 6.00am rushing back to my hometown. Kg Melang, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Selesai bacaan yasin dan sembahyang jenazah, prepare for pengkebumian . Tepat jam 12.30tgh selesai pengkebumian.  Takziah buat umi dan ayah mat sekeluarga. Dari NYA kita datang dan kepada NYA jua kita kembali. Tenang lah kamu di sana adik ku 'Arwah Yazid'.

Singgah rumah mak bapak sekejap for rehat and mandi2  and masak-masak for lunch then runshing balik KL semula, esok kids dah mula sekolah. At 6.00pm reach Pantai Ria. Last week 2 hari kids ponteng, sebab damia n dina x berapa sehat and abang joint sekali memonteng. Ponteng kat rumah tak per yer abang. Dan catuan air telah melanda Lembah Klang, uniform sekolah tak bercuci. Susah nya tak dak air ni. 

Pagi ni, sudahnya anak3 ke sekolah dan mama ke tempat kerja, kami hanya basuh muka dan gosok gigi jer. Tak mandi woooo. Spray minyak wangi banyak-banyak kat badan. Air simpanan pun habis licin kering kontang. Hope petang ni akan ada air di Pantai Ria. In Shaa Allah. 




Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...