Showing posts with label NEW YEAR. Show all posts
Showing posts with label NEW YEAR. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

LAST entries for 2014

hari ni last day keje for this year 2014. esok dah mula cuti until 5th January 2015. walaupun Kementerian Pelajaran announce that school holiday extended for 1 week sebab Banjir di Pantai Timur, cuti totap den cuti. asyik buat silap jer kek opis haaa. hadoi, rosliza...rosliza.... apo kono kau milah. i need a rest. Bagi ku rehat. Please. rehat dari kerja-kerja opis sekejap. 

And cheq nak pikiaq hal sekolah anak-anak jer. Nak siapkan mana yang tak siap-siap lagi. Uniform settled. Hantar taylor Alteration and jahit nametag & badge. Esok baru nak cari kasut, bag and stationary bagai. Yang girls 2 orang tu sebok nak watch movie. ermmm.. last movie mama tengok pun "Ombak Rindu" on 2011. Daku bukan kaki wayang. Dok umah membuta lagi bagus. Leh jimat2 duit. hahaha. jimat duit ke tak berduit. kah kah kah. 


Esok hari melayan anak-anak. Thursday NEW YEAR, public holiday. Friday in shaa allah ada tempahan for Liza's Kitchen. Itu pun belum confirm lagi, customer baru tanya2 quotation. Kalau tak Isnin jer la beli buku-buku sekolah anak3 tu. Kalau tak sempat jugak 12hb jer la baru beli. Buzy eh ngalahkan mentori. ontah apo yang sebok bona tuan tanah ni. hadoi. macam2 nak dipikior kan. pikir jangan tak pikir. semua atas my bahu, tak mengeluh malah bersyukur dapat penuhi pemintaan anak-anak walaupun semuanya sederhana. "B0-$$" banyak membantu. Alhamdullillah. SYUKUR


Impian tahun baru ni, reduce debt and do not owe anyone. tapi ada orang nak menambahkan nya jua, moga tuhan menghalangnya. Nak buat camner. berserah padaNYA. Tumpuan hanya pada anak-anak yang nak exam besar, PT3 abang. Just concentrate on anak-anak jer 2015 ni. Mak Bapak x lupa jugak. For me buat mana yang termampu. Dan moga kehidupan bertambah, tambah baik dan kerja-kerja di opis makin teliti, kurangkan KESILAPAN ya ROSLIZA. Ok rosliza. yang lain2 serahkan pada ALLAH. amin

Happy NEW YEAR 2015 guys. Panjang Umor jumpo lai. 

MOHON KEMAAFAN dari kalian....Hamba insan hina lagi kerdil yang banyak KELEMAHAN and KEKURANGAN.








Friday, December 26, 2014

SYUKUR, tu jer yang terLUAH


alhamdullillah, tu sajer yang terbit dari benak hati ini. rezeki anak-anak. tuhan dah berikan sedikit demi sedikit siar pelangi. bukan nya ribut, hujan dan taufan yang berpanjangan. alhamdullillah, syukur dan syukur. terima kasih ya allah. i will work harder after and less less mistake, in shaa allah. berikan aku kekuatan itu ya allah dan moga berpanjangan amin. syukur. "B".Pekerjaan di AminKarlos, kurang kan mistake, kurangkan mistake ya rosliza. :D. Baru happy nak keje. Jangan stress, stresssss... :D

beberapa hari lagi 2014 akan melabuhkan tirainya. It's been a great great year! Thanks everyone for being a part of it. rezeki bertambah. Rezeki Liza's Kitchen pun bertambah. Alhamdullillah. syukur. Tahun kegembiraan, kesedihan dah berkurangan. dikelilingi keluarga dan sahabat2 tersayang serta pekerjaan yang selesa. Alhamdullillah. Semoga kegembiraan ini berpanjangan dan berterusan pada tahun 2015 dan pada tahun-tahun yang akan datang.

2015 adalah tahun yang sangat-sangat tough buat mama. Abang akan menduduki exam PT3 untuk Form 3. Kejap jer abang dah seDEWASA ini. Cepat betul masa berlalu dan mama dah makin TUA. hehehe. Nilah exam penentu. Harapan mama moga Abang berjaya. Kakak tahun 5, bersedia untuk UPSR 2016. Adik still happy in her honeymoon. Mama doakan yang baik2 buat kalian ya.

DEBT banyak jugak yang dapat diselesaikan. Alhamdullillah. Home sweet home, dapat B tahun ni, dapatlah make over rumah sikit2. seronok tengok rumah kemas teratur. Pagi tadi dok lah membelek living room yang dah di make over sikit. syukur. rumahku syurgaku :D. hehehe

Sekarang buzy dengan task "back to school" anak-anak. 50% dah siap. uniform, alteration, taylor utk jahitkan nametag and badge. Next week dah start cuti. Tinggal nak shopping kasut and beg sekolah and stationeries. 5hb hari pertama persekolah baru nak beli buku and bayar yuran. Alhamdullillah dapat laksanakan tugas seorang mama dengan sempurna. in shaa allah. terima kasih ya allah.


2014, left all the sadness behind and dont turning back, apa pun yang berlaku dalam kehidupan, life goes on kan. mak sekian, bapak sekian, adik2 sekian, biarlah terlipat dalam sanubari. Hanya DIA yang tahu isi hati ini...... full stop. And me jalankan jer tanggungjawap yang telah diamanatkan dan moga kau terus TABAH dan KUAT. 

2015, more concentrate on my small bizz, Liza's Kitchen. Ini rezeki anak-anak. moga diberikan kesihatan yang baik-baik untuk mama sentiasa bahagiakan anak-anak. amin

Salam tahun baru reader sekalian. in shaa allah, panjang umur jumpa lagi tahun depan. in shaa allah....












Friday, January 3, 2014

Wealth....Good Health

May 2014 brings you 
success
joy
wealth
good health
.... and most importantly
happiness


Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...