Showing posts with label Birthday - ME. Show all posts
Showing posts with label Birthday - ME. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Its my 38th Bornday.. 1.3.78





Alhamdullillah....after 2 days my 1st baby girl Damia celebrate her 12th birthday and today its my turn. 1 March its my 38th Birthday. TQ ALLAH to give me a change until today. ahhhh cakap melayu la. hehehe. Alhamdulillah DIA masih meminjankan ME nyawa dan nafas untuk terus bernyawa di muka bumi NYA yang luas lagi indah. YES I'am still alive amin. SYUKUR padaNYA. Terima Kasih tidak terhingga YA ALLAH engkau permudahkan perjalanan hidup ku. Kau berikan aku kesihatan yang baik-baik serta anak-anak yang sehat amin syukur padaMU.

YA ALLAH please forgiving my sins. Give me strength and patience. Menghadapi apa jua rintangan mendatang dari MU in shaa allah.

KAU limpahkan lah KEBAHAGIAN dalam keluarga ku. Kesihatan yang baik buat kami semua. 

Terangilah hati anak-anak ku untuk menerima pelajaran. Permudahkan urusan mereka. Dekatkan lah hati2 kami kepada MU YA ALLAH.

Permudahkanlah apa jua urusan ku selepas ini YA ALLAH... amin amin ya rabbal alamin....







Sunday, March 1, 2015

Happy 37th to ME






alhamdullilah hari ni 1.3.2015 dah genap umur ku 37 tahun di bumi mu ini ya allah. alhamdullilah masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan mencari rezeki dengan tulang 4 kerat ni untuk membesarkan anak-anak tersayang Shafiq Akmal, Sarah Damia dan Sahira Dina. Anugerah dan amanah TUHAN pada ku sejak 15 tahun ini.

Alhamdullilah pada sang pencinta. Tiada apa yang diinginkan dalam hidup ini, cuma kesihatan yang baik, anak-anak yang baik, rezeki yang baik-baik dan keluarga yang baik-baik. Moga anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Serta Taufik dan Hidayah supaya diri ini lebih dekat denganNYA. Terlalu nipis ilmu ini. entahkan ada ilmu akhirat walau sebesar kuman. Ya allah ampun kan dosa-dosaku. Maafkan aku. Yang lain-lain hanya berserah padaNYA yang lebih maha mengetahui. 

Cuma lately diri ini terlalu ingatkan kematian. Istifar banyak-banyak dalam hati. Tanggungjawap pada mak bapak, pada anak-anak masih banyak belum selesai. Tapi andai ini kehendak NYA, andai dijemput oleh NYA. Tidak akan dapat aku menidakkan ketentuanNYA. Aku Redho. Tapi ilmu akhirat memang belum penuh ilmu didada. 


1 MARCH 1978.....

my MAK 1st daughter.....
my BAPAK 1st daughter.....

syukur alhamdullillah dengan REZEKI hari ini. semoga Liza's Kitchen akan terus maju.  amin











Saturday, March 1, 2014

ME - 36th - 1.3.78 today




Selamat hari kelahiran for me. syukur masih dipinjamkan jasad yang masih bernafas olehNYA. Alhamdullillah. Sudah 36 tahun hidup bersamaan 13,150 hari  . Dah 36 tahun jadi anak pada Mak dan Bapak. Kakak pada adik-adik Roslinda, Rafizi, Rosfazilah dan Rosmima. 1081 hari jadi mama liza pada zaidan, zakuan, arwah zara, al-falah, omar and firash. Macam-macam yang telah ditempuhi dan dilalui. Macam-macam cabaran yang getir. Hidup tidak semudah yang disangka.

Bermula hari pertama 1 Mac 1978 hingga 1 Jan 1984, 2133 hari, 5 tahun 10 bulan dan 1 hari. Hidup hanya tahu makan, main dan tido jer. Dunia bayi yang indah dan disayangi semua orang. Zaman kanak-kanak yang comot dan hingusan. Tidak mengerti apa-apa. Maklumlah iam the 1st baby. hehuuuu. Terima kasih mak lahirkan along ke dunia, sakit melahirkan tu along dah rasa 3 kali. Terima kasih bapak kerja keras cari rezeki nak bagi along susu, makan dan pakai serta pelajaran. Sampai dapat lesen kereta dan sijil computer untuk bekalan kerja sebagai kerani sampai hari ni.
Tapi tangga bas jugak yg ku panjat. segan nak driving bapak. segan ker penakut. hahaha. Cukup sempurna semuanya. Bapak laksanakan tanggungjawap sebagai Bapak dengan sangat-sangat baik tiada celanya. Tiada yang terkurang walaupun seinci atau sebesar kuman pun. Iam proud to have MAK and BAPAK like both of you. Tinggi dan agungnya darjat seorang MAK dan BAPAK tu. Mak Bapak sentiasa doakan along ya. Terima Kasih juga arwah2 wan jarah, wan katek dan atok rasip [atok hussin tak sempat jumpa] yang ulang alik tengok along kat hospital kolo pilah masa lahir tak cukup bulan dulu. Hidup sampai sekarang budak tak cukup bulan ni ha. 
* airmata dah berjurai-jurai ni. syukur, syukur dan syukur. 

Kemudian 4382 hari bersamaan 11 tahun, 11 bulan dan 30 hari menjadi manusia bernama pelajar. Dari tadika ke sekolah rendah dan kemudiannya menengah sampai saat last paper SPM tahun 1995. Hidup hanya perlu makan, tido, sekolah, belajar, bermain. Zaman yang terindah. Sangat-sangat indah. Bila menengah dah belajar bercinta sikit2 hahahaha. Bapak suh sekolah ko bercinta ya rosliza. Hahaha. Cinta monyet yang ngok ngek sangat. Tiada masalah. Minta jer kat bapak kalau nak apa-apa. Bapak akan sediakan. Terima Kasih Bapak. Terima Kasih. Mak garang. tak banyak yang dikongsikan sebab mak sebuk jaga adik2 yang masih kecil. Anak sulong kena pandai berdikarikan. Sampai sekarang aku sangat2 BERDIKARI orang nya. :D. hehehe. Tapi apa jer masalah mesti cari mak. Mesti cerita kat mak. Kena rotan tu biasa kalau nakal. Mak memang garang. Bapak garang sikit. Tapi masih hormat mereka berdua. Lots of LOVE mak bapak. 

Lepas SPM dah terus keje. 2133 hari, bersamaan 5 tahun 10 bulan dan 11 hari . Keje, hidup single. Dah mula pegang duit sendiri. Hidup masa tu keje dan keje. Start hiking ngan kawan2. Aku memang suka aktiviti lasak. Happy. Masalah belum serabut lagi. Bahagia jer masa tu. 

5089 hari, bersamaan 13 tahun 11 bulan dan 4 hari dah aku jadi MAMA. Bermula lah hidup yang sebenar. Pengalaman yang mendewasakan. Liku2 yang berliku. Gembira, Tawa, Riang. Kehidupan dikelilingi anak-anak yang sehat. Buat mama gembira. Dugaan hidup dan tekanan bertambah. Tekanan jadi berkurangan bila lihat wajah-wajah kesayangan mama. Shafiq Akmal, Nur Sarah Damia dan Nur Sahira Dina. Sudah cukup buat mama bahagia sebahagianya. Terima Kasih anak-anak mama. Kamu pelengkap kehidupan. Anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Anugerah yang perlu dijaga dan dibelai. Mama akan cuba jadi MAMA yang terbaik dan sebaik mungkin. Sayang korang ketat-ketat. Wajah kalian buat semua masalah hilang di bawa angin.  

Terima Kasih tuhan 36 tahun benarkan aku hidup di bumi mu ni. Semoga masih terus dipinjamkan nyawa ini untuk aku membesarkan zuriatku anugerah mu yang TERINDAH. Alhamdullillah. Ini saja matlamat hidup ku dan murahkan rezeki ku, supaya aku tidak perlu menadah tangan meminta2 pada sesiapa. Berikan aku kesihatan yang baik supaya dapat terus bekerja dan bekerja mencari rezeki utk anak3 dan dpt membahagiakan mak bapak sementara mereka masih ada. Buat semua sahabat2 sekalian. thanx for all the support. really appreciate it. AMIN. Alhamdullillah. SYUKUR. Kisah 36 tahun rosliza ab.razak. :D . Hingga ke akhir tulisan juraian airmata ini tidak juga berhenti. :D
  

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...