Showing posts with label Shafiq Akmal. Show all posts
Showing posts with label Shafiq Akmal. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

Cooking for Birthday BOY - Shafiq Akmal



semalaman mama x lena tido, this morning sunday bangun awal dan terus  ke pasar. hal yang sepatutnya diselesaikan, belum dapat diselesaikan lagi. dan selagi itulah mama tak akan gembira. nampak jer mama senyum, nampak je mama macam happy. hati mama ni hanya DIA yang tahu. Moga DIA permudahkan apa-apa yang kusut. Hanya DOA yang mampu mama berikan setiap hari buat kamu anak ku SHAFIQ AKMAL. Hari ni bujang mama nak balik asrama. Alhamdullilah selepas perdebatan, perbualan dan perbincangan, abang setuju dengan cadangan mama and abah. Pagi ni mama masakkan favourite abang, makan sama-sama before abang balik asrama petang nanti. Mama tak mampu nak belikan hadiah mahal-mahal untuk abang. Ni jer yang mama termampu. And this is your present for this year. hope you enjoy eating #mamaalwaysloveyou.


#ayammasakmerah
#supketam
#ayamgoreng
#sambalbelacanlesung







Wednesday, February 24, 2016

sosek barek mama

anak bertuah, langsung tak call2 mama. pagi ahad tu mama bangun awal ke pasar. Nak masak cepat-cepat dan terus pergi KV nak menjamu anak bertuah tu. sampai sosek barek mama haaaa. alhamdullilah DIA permudahkan. tepat jam 10.15 pagi mama dah sampai ke asrama putera 2 kolej vokasional buat pertama kalinya dengan selamat.

sampai2 jer si bujang tengah mendobi. 1/2 jam jugak mama tunggu nak makan sama-sama. habislah nasi 4 pot. bukan main banyak abang makan. berborak-borak la kami 4 beranak sampai ke tengahari. 3 beradik ni 2 minggu sekali berjumpa pun, nak jugak beramok.... 

lega hati mama dapat tatap wajah kesayangan yang mama rindui. dan alhamdullillah mama selamat pulang ke sarang. 

lain kali mama datang lagi ya abang. satu lagi kawasan jelajahan berjaya di tawan. alhamdulllilah. syukur dan syukur.


Monday, February 15, 2016

Alhamdullilah, Abang diterima ke Kolej Vokasional

almost 2 months anak bujang mama dah tinggal di asrama. alhamdullillah DIA permudahkan segala urusan anak mama. bermula dari temuduga pada 12.1.2016 dan seterusnya keputusan pada 18.12016. bermula lah tugasan mama mengisi borang2 yang sangat banyak untuk kamu. ke hulu ke hilir selesaikan hal-hal berhenti sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ), Lorong Maarof. Syukur dan hanya syukur yang mampu mama panjatkan pada NYA. DIA yang mengizinkan semua ini. 

26.1.2016 Mama hantar abang ke hari taklimat dan pendaftaran. Sebak mama, menangis mama dalam hati. Walaupun hanya Kolej Vokasional, mama tetap bangga dengan anak mama. Belajar rajin-rajin ya abang. 

ABANG, ini hanyalah permulaan bagi kamu ya, maafkan mama atas segalanya. Abang tunjukkan yang abang boleh berjaya ya... (berjurai airmata mama)


Mama sentiasa doakan yang baik-baik untuk abang dan adik-adik. Terima Kasih YA ALLAH. Berilah petunjuk mu pada anak3 ku. Letak dan landaskan lah mereka ke jalan yang ENGKAU redhoi. amin




Monday, October 12, 2015

PT3 - 2015 - SHAFIQ AKMAL


No matter what people talk about you, MAMA ALWAYS PROUD OF YOU AS MY SON. Walaupun akademik abang tidak sehebat anak-anak orang lain, when look at you mama always proud of you my dear. Mama always doa yang terbaik buat abang. 


Goof Luck for your PT3 today. MAAF kan MAMA, kerana mengabaikan abang kali ini. Satu seminar pun mama tak sediakan utk abang attend tahun ni apatah lagi tuition kan. Walhal PT3 exam yg sangat penting. Tak macam masa abang exam UPSR in 2012. Tuition mama hantar, search for UPSR SEMINAR dalam newpaper. Sana Sini mama hantar seminar for UPSR. Maafkan mama. Bad and Good thing happen this year at the same time and I lost my concentration on you. I am sorry. I know iam not a good mama for you. Banyak kekurangan, banyak sangat-sangat.



But my DOA is always with you. Semoga SUCCESS ya sayang. Berjaya DUNIA & AKHIRAT. amin. 




Friday, August 28, 2015

my baby boy 4ever


GOD please give me strength



i have to face the fact that,
my baby boy was not a baby anymore, 
yg boleh dikendong sana sini....... 
hukhukhuk.. 

cry emoticon

*mama sentiasa b'doa agar setiap langkahmu sentiasa dilindungi olehNYA, 
take care of urself ya abang
I have to let you go 
and explore the whole WORLD...




Lots of LOVE .. mama





Friday, July 10, 2015

mama DOA always be with U sayang

Semalam Abang Shafiq Akmal bagitahu semua Kajian Kes (subjek Sejarah & Geografi) dah siap dihantar utk Penilaian PT3, boleh Beraya dengan happy katanya. Mama doakan hanya yg baik2 utk kamu. (walaupun hari2 mama membebel marah2kan abang)- GOOD LUCK for the next Step sayang.


Saturday, May 30, 2015

mama hanya berSYUKUR pada NYA




Hanya satu pinta MAMA, kekalkanlah kelakuan 
yang baik-baik begini ya anak mama


MAMA SAYANG ABANG...

Dunia Akhirat


SHAFIQ AKMAL



Thursday, March 12, 2015

kesah si bujang - Exam PT3

Shafiq Akmal 
Please take note .... 


(*pesan mama selalu BERYUKUR ya anak3, 
walau byk kekurangan]

kamu mama hanya dapat sediakan 
tuition 1,2 subject pun masih nak merugut tak cukup..

Jangan asyik ikut kawan2, abang kena fikir kemampuan mama ok




Thursday, December 11, 2014

demi si bujang

dah lama mama tunggu benda ni. akhirnya at your age 15 years old baru la pihak berkenaan nak tubuhkan. Akhir nya tidak kira siapa pun penaung nya "Kelab Bola Sepak Lembah Pantai" telah ditubuhkan. Mama nak hantar tempat lain mama tak mampu abang. Main betul-betul dan bersungguh-sungguh ya. 

Mama tahu abang minat sangat dengan Bola Sepak. Makan tido mandi main semua bola. Kecenderungan abang terhadap Bola Sepak sangat 2mama teruja. cuma mama tak mampu nak buat lebih dari sepatutnya. Mama doakan abang berjaya dunia akhirat. Good Luck. Ingat tak pandai dalam akedemi, usaha ke arah lain ya. Jangan buat benda-benda yang akan sia-sia kan hidup abang. setiap mama impikan cuma yang baik-baik untuk anak-anak mereka. Biar mama ikat perut, biar mama ketepikan kehendak mama. Yang penting mama akan selalu dahulukan kehendak dan keperluan anak-anak mama. Make mama Proud of you ok Abanag. Good Luck...mama always Doa for you.



kaki besar gabak at this age...

Tuesday, October 28, 2014

apa saja untuk ABANG

on last saturday, bagi tidak menghampakan permintaan abang yang dah 3 bulan kerosakkan handphone. Mama pejamkan jer mata belikan Abang handphone baru. Tak per lah biar mama ikat perut demi anak-anak. Abang jaga handhone elok-elok ya. Jangan hilangkan. Walaupun mulut mama ni asyik bising, "mama x akan belikan handphone lagi" tapi hati seorang mama mana lah sanggup buat macam tu kan. Dah 2x abang hilangkan handphone abang sebabkan kecuaian sendiri. Mama tetap belikan HP baru cause ianya satu keperluan di zaman serba canggih dan moden ni. HP sangat2 perlu. Jaga baik-baik HP tu ya. Yang penting please abang jangan hilangkan ya. Bersengkang mata mama niaga lauk pauk sikit-sikit mama saving, semua untuk memnuhi keperluan dan kehendak Abang, Kakak and Adik. Lots of LOVE mama..

pic ehsan mr google

Saturday, January 4, 2014

Dalam Hujan Renyai2...

Asalnya nak ke Tesco Di Scott Garden belakang rumah jer. Maka berjalanlah kami 4 beranak dalam hujan renyai2 tu. What dah tak jual uniform sekolah. Ermmmm terus dengan comot2 tu tahan teksi tukar Destinasi ke Mid Valley Megamall. SORRY abang sebab nak cut cost mama tak belikan seluar sekolah yang baru untuk Abang aritu. 2 hari sekolah bermula after long long holiday, abang kata seluarnya dah ketat sangat. Cepat sangat Abang membesar. Mama seret anak3 jua petang tadi dalam hujan dalam misi cari seluar sekolah baru untuk Abang. Tanpa menghampakan My kids layan pulak berGame. Kupak2. Hehehe. Upah sorang 1 Ice Cream McD dah tahan teksi jom balik ya.





Just 'US' Mama, Abang, Kakak, Adik...
Full Stop


Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...