Showing posts with label MIXED FEELING. Show all posts
Showing posts with label MIXED FEELING. Show all posts

Monday, May 16, 2016

16.5.16 - kehilangan.. cantik tarikh hari ni

erm...lepas satu satu. caturan tuhan yang tidak pernah kita tahu dan duga. oh macam rupanya. kena redho. ermm. entahlah. just follow the flow of life. biarlah, hanya dia yang maha mengetahui siapa betul siapa salah. tapi hidup bukan untuk tahu siapa betul siapa salah. hidup adalah lebih kepada siapa ada hati, siapa ada akal dan siapa ada otak serta siapa yang ada perasaan. tak kira siapa tua siapa muda. siapa salah siapa benar. entahlah apa yang aku merapu ni. 

hidup kena lebih kepada bertimbang rasa, hormat menghormati, inilah yang akan aku cuba terapkan dalam diri anak3. kalau nak cakap dan luahkan yang tidak baik, semua manusia boleh lakukannya. tapi cuma perlu fikir, haruskah mengamuk, meroyan, memaki hamun manusia lain sesuka hati, WALAUPUN untuk kamu dia benar-benar salah. dia sangat3 bersalah. 

Adilkan kita manusia menjatuhkan hukuman dan mengadili manusia lain sesuka hati. Perasaan tidak puas hati, rasa marah, rasa iri hati, rasa benci...semua perasaan ini milik setiap insan. cuma kita sendiri perlu tahu cara dan bagaimana dan asalkan kena gaya dan kena tempatnya. 

tapi manusia berakal tidak akan memaki hamun orang sesuka hati kannnn. ermmm biarlah. yang penting aku tidak begitu, sebab orang yang suka memaki hamun sesuka hati lawannya aku hanya akan berdiam diri. sejak aku diberikan akal dan fikiran, dah banyak pengalaman yang aku lalui selama 38 tahun ini. dah macam-macam kerenah manusia aku temui. 

aku pernah dimalukan, aku pernah diaibkan dan macam-macam lagi. tapi aku cuma akan diamkan diri, senyap seribu bahasa. selalu nya aku akan lepas apa yang aku rasa (rasa sedih, rasa marah, rasa benci, rasa terkilan dan pelbagai rasa) pada seseorang yang aku rasa dapat menjadi pendengar setia. terima kasih pendengar setia. terima kasih kerana sudi mendengar. and that's it. life goes on and on. lama2 si penyalak akan diam. jangan dilayan. ini memang resmi aku.

tapi lagi kita berdiam, lagi kita senyap kadang-kadang sesuatu perkara makin menjadi-jadi. dan seperti biasa kan, lantak la. lama-lama penyalak memang akan DIAM . :) hehehehe.

Terima Kasih TUHAN kerana kurniakan aku hati yang SABAR. bukan sabar sikit, bukan sabar yang dibuat-buat. Tapi hati keras aku memang sesabar sabarnya. Bukan nak puji diri sendiri. semakin aku tua, semakin aku mengawal emosi marah ini. tapi sebenarnya terlalu banyak yang hendah diluah dengan kata-kata.....

HIDUP aku selalu dipertemukan dengan manusia-manusia pelik = pelik. Inilah asam garam kehidupan.....






Wednesday, May 6, 2015

baik hati sangat...padan muka aku

Baik hati sangat kan. Padan la muka. orang keliling always take advantage. Alahai geramnya. Hanya DIA yang tahu. Asyik la dikelilingi oleh orang-orang yang sangat-sangat menguji kesabaran. Orang-orang yang selfish. 

Semua benda korang NAK MUDAH kannn, nak semua ada depan mata. Semua benda korang nak gah. Nak itu ini. Yang KAYO tambah kayo. Tapi ada yang MALAS. PEMALAS. Alahai, Hidup nak demanding itu ini. Kenapa always dikelilingi oleh manusia-manusia macam ni. Alahai. Dah puas buat baik ngan orang-orang macam ni. PENAT dah haaaa.

Lantak la orang-orang bongok yang ada keliling ni. Yang penting nak buat seikhlas dan sebaik mungkin. Untuk anak-anak dan mak bapak. tu jer. Yang lain-lain2 biar DIA yang tentukan.




ehsan picture from mr. google

Tuesday, November 4, 2014

nukilan kah kah kah



perkahwinan satu perjudian
nasib baik menang
nasib tak berapa baik kalah
nasib nasib tak sangat baik.. jahanam

serahkkan diri kamu pada takdir kamu
takdir yang kita tidak ketahui macam mana
bagaimana sesuatu permulaan dan 
bagaimana pula sesuatu pengakhiran

di khianati..
penghianatan...

biasa dan banyak sangat
kali dah terkena batang hidung ni
oleh darah daging 
kawan, sahabat....

pelajaran telah diterima selama 36 tahun ini

senyum jer.....



lebih baik diam... diam dan jaga diri sendiri....
jangan harapkan sesiapa lagi...
selama ni pin memang x pernah harapkan sesiapa
apa yg ada hari ini hasil tulang empat kerat ini

berdiri di atas kaki sendiri
walaupun ada batu besar yang
menghempap kiri dan kanan bahu ini...
berat yang memang sangat3 berat.


terima semua takdirnya..

sedar diri dan bangun lah dari mimpi


Tuesday, October 28, 2014

Perasaan KUCAR KACIR baru LEGA semalam

petang semalam dapat sms dari MAK, "camner long keje-keje aritu, boss ada complaint x". hehee. last week lepas siapakan bundle-bundle on Wednesday, yang akakkkk kena kerja on Public Holiday tu. hehehe. tak kesah sebenarnya kene keje on public holiday. kan kerja tu no 1. kalau tak susahlah hidup. Sape nak bagi anak-anak ku makan dan perbelanjaan kan. memang x kesah kerja on weekend pun kalau itu perlu bagi menyiapkan task-task yang diberi kan oleh Boss. Tapi perasaan tak berapa gembira. Mixed feeling takut-takut bundle-bundle yang dibuat tu ada yang tersilap. Bercuti 4 hari pun peraasan bercampur baur. asyik mikirkan kerja-kerja. Alhamdullilah Boss tak der cakap apa-apa dan bundle-bundle dah selamat diserahkan kepada COA pada Jumaat. Semalam mixed feeling semua dah ok dan LEGA. Senyum sampai telinga dan berlapang dada. alhamdullillah.


pic ehsan dari mr google

"happy sampai nak melompat"

:D

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...