HAPPY
16th BIRTHDAY ANAK MAMA
– SHAFIQ AKMAL-
Birthday 16th Birthday Abang.
Tahun ni tahun menguji mama sebagai seorang mama. Akhir nya, apa yang perlu
dibuat harus dilaksanakan. Moga DIA beri mama kekuatan untuk berhadapan dengan
semua ini. Allahu Akbar. Putaran ke
belakang semestinya MUSTAHIL dilakukan. MUSTAHIL kan abang. Tapi Hidup harus
diteruskan. Ini bukan pengakhiran kehidupan mu anakku – SHAFIQ AKMAL.
Doa mama tahun ni, hanya yang baik-baik buat
abang. Semuanya mama mahukan yang terbaik buat kamu. This is not the end of
life. 4 tahun kehadapan ini mama berdoa agar abang kuatkan semangat, kuatkan
hati, kuatkan minda abang. Selesaikan
apa yang telah abang mulakan. Selesaikan apa yang menjadi pilihan abang. Tolong
ketepikan kawan-kawan sementara ni. Ketepikan kawan-kawan hanya untuk 4 tahu
ini. Untuk 4 tahun ini sahaja mama merayu pada abang. Selesai PELAJARAN ya, abang
4 tahun akan datang ni mama mohon. Abang berhak buat apa saja keputusan asalkan
ianya terbaik buat abang, tapi dengan syarat SELESAIKAN hanya untuk 4 TAHUN ni
ya anak mama. Anak LELAKI mama yang satu. Mama merayu. Apa saya yang akan abang
lakukan selepas mendapat DIPLOMA KV ni, mama izinkan, mama doakan yang terbaik
sahaja, asalkan ianya tidak memudaratkan kehidupan abang. Kita keluarga susah
abang. Jangan harapkan yang lebih dari MAMA. Mama sediakan apa yang termampu
sahaja buat abang, begitu juga buat kakak dan adik. Maaf mama serba kekurangan,
mama bukan mama yang perfect buat abang. Maafkan mama. Maafkan mama. Maafkan
mama abang.
ABANG, dunia ni bulat, apa jua yang berlaku
semua nya ketentuan dariNYA, kehendaknya. Takdir dalam kehidupan memang
macam-macam. Macam-macam yang tidak pernah kita duga yang ianya akan berlaku.
Dengan izinNYA ianya TETAP AKAN BERLAKU. Macam tu jugak mama, kita semua. Apa
yang berlaku semua nya adalah KEHENDAKNYA. Tidak siapa yang inginkan benda
buruk dalam hidup mereka. Ini dugaan buat kita semua sebagai satu keluarga.
MAMA doa agar abang akan sentiasa ada di sisi
mama walau apa pun yang terjadi. Mama sayang abang. Mama dah BERUSAHA menjadi
mama yang baik utk 16 tahun ni. Maafkan mama jika ada kekurangan.
No comments:
Post a Comment