Monday, May 16, 2016

16.5.16 - kehilangan.. cantik tarikh hari ni

erm...lepas satu satu. caturan tuhan yang tidak pernah kita tahu dan duga. oh macam rupanya. kena redho. ermm. entahlah. just follow the flow of life. biarlah, hanya dia yang maha mengetahui siapa betul siapa salah. tapi hidup bukan untuk tahu siapa betul siapa salah. hidup adalah lebih kepada siapa ada hati, siapa ada akal dan siapa ada otak serta siapa yang ada perasaan. tak kira siapa tua siapa muda. siapa salah siapa benar. entahlah apa yang aku merapu ni. 

hidup kena lebih kepada bertimbang rasa, hormat menghormati, inilah yang akan aku cuba terapkan dalam diri anak3. kalau nak cakap dan luahkan yang tidak baik, semua manusia boleh lakukannya. tapi cuma perlu fikir, haruskah mengamuk, meroyan, memaki hamun manusia lain sesuka hati, WALAUPUN untuk kamu dia benar-benar salah. dia sangat3 bersalah. 

Adilkan kita manusia menjatuhkan hukuman dan mengadili manusia lain sesuka hati. Perasaan tidak puas hati, rasa marah, rasa iri hati, rasa benci...semua perasaan ini milik setiap insan. cuma kita sendiri perlu tahu cara dan bagaimana dan asalkan kena gaya dan kena tempatnya. 

tapi manusia berakal tidak akan memaki hamun orang sesuka hati kannnn. ermmm biarlah. yang penting aku tidak begitu, sebab orang yang suka memaki hamun sesuka hati lawannya aku hanya akan berdiam diri. sejak aku diberikan akal dan fikiran, dah banyak pengalaman yang aku lalui selama 38 tahun ini. dah macam-macam kerenah manusia aku temui. 

aku pernah dimalukan, aku pernah diaibkan dan macam-macam lagi. tapi aku cuma akan diamkan diri, senyap seribu bahasa. selalu nya aku akan lepas apa yang aku rasa (rasa sedih, rasa marah, rasa benci, rasa terkilan dan pelbagai rasa) pada seseorang yang aku rasa dapat menjadi pendengar setia. terima kasih pendengar setia. terima kasih kerana sudi mendengar. and that's it. life goes on and on. lama2 si penyalak akan diam. jangan dilayan. ini memang resmi aku.

tapi lagi kita berdiam, lagi kita senyap kadang-kadang sesuatu perkara makin menjadi-jadi. dan seperti biasa kan, lantak la. lama-lama penyalak memang akan DIAM . :) hehehehe.

Terima Kasih TUHAN kerana kurniakan aku hati yang SABAR. bukan sabar sikit, bukan sabar yang dibuat-buat. Tapi hati keras aku memang sesabar sabarnya. Bukan nak puji diri sendiri. semakin aku tua, semakin aku mengawal emosi marah ini. tapi sebenarnya terlalu banyak yang hendah diluah dengan kata-kata.....

HIDUP aku selalu dipertemukan dengan manusia-manusia pelik = pelik. Inilah asam garam kehidupan.....






No comments:

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...