seronok anak-anak pagi ni mama hantar ke sekolah. baru2 ni Mia ada mengadu beg sekolah kena selongkar. jadi sebelum duit RM130.00 tu lesap. baiklah mama serahkan sendiri pada cikgu. mungkin pada orang lain nilai duit tu kecik tapi tidak bagi mama yang menyara semuanya, nilai duit itu adalah sangat2 BESAR, huhuhu. Lega dah serahkan pada GURU tadi. belajar rajin2 ya kakak... mama doakan kakak cemerlang dalam UPSR nanti... LOVE YOU SAYANG
An Ordinary Mama to my lovely Angels [the best Present from Allah swt]. An Ordinary Daughter to my Mom Dad. An Ordinary Sister to my siblings
Monday, March 28, 2016
Kesah - SAHIRA DINA
mama sebok masak, masak sebok itu ini.
mama sebok dengan Liza's Kitchen...
soooo sorry
akhirnya mama dah pun siapkan kerja sekolah adik untuk
4 bestari english theatre today.
hope you like it sayang.
Sunday, March 27, 2016
Cooking for Birthday BOY - Shafiq Akmal
semalaman mama x lena tido, this morning sunday bangun awal dan terus ke pasar. hal yang sepatutnya diselesaikan, belum dapat diselesaikan lagi. dan selagi itulah mama tak akan gembira. nampak jer mama senyum, nampak je mama macam happy. hati mama ni hanya DIA yang tahu. Moga DIA permudahkan apa-apa yang kusut. Hanya DOA yang mampu mama berikan setiap hari buat kamu anak ku SHAFIQ AKMAL. Hari ni bujang mama nak balik asrama. Alhamdullilah selepas perdebatan, perbualan dan perbincangan, abang setuju dengan cadangan mama and abah. Pagi ni mama masakkan favourite abang, makan sama-sama before abang balik asrama petang nanti. Mama tak mampu nak belikan hadiah mahal-mahal untuk abang. Ni jer yang mama termampu. And this is your present for this year. hope you enjoy eating #mamaalwaysloveyou.
#ayammasakmerah
#supketam
#ayamgoreng
#sambalbelacanlesung
#sambalbelacanlesung
Saturday, March 26, 2016
Happy 16th Birthday ABANG - Shafiq Akmal
HAPPY
16th BIRTHDAY ANAK MAMA
– SHAFIQ AKMAL-
Birthday 16th Birthday Abang.
Tahun ni tahun menguji mama sebagai seorang mama. Akhir nya, apa yang perlu
dibuat harus dilaksanakan. Moga DIA beri mama kekuatan untuk berhadapan dengan
semua ini. Allahu Akbar. Putaran ke
belakang semestinya MUSTAHIL dilakukan. MUSTAHIL kan abang. Tapi Hidup harus
diteruskan. Ini bukan pengakhiran kehidupan mu anakku – SHAFIQ AKMAL.
Doa mama tahun ni, hanya yang baik-baik buat
abang. Semuanya mama mahukan yang terbaik buat kamu. This is not the end of
life. 4 tahun kehadapan ini mama berdoa agar abang kuatkan semangat, kuatkan
hati, kuatkan minda abang. Selesaikan
apa yang telah abang mulakan. Selesaikan apa yang menjadi pilihan abang. Tolong
ketepikan kawan-kawan sementara ni. Ketepikan kawan-kawan hanya untuk 4 tahu
ini. Untuk 4 tahun ini sahaja mama merayu pada abang. Selesai PELAJARAN ya, abang
4 tahun akan datang ni mama mohon. Abang berhak buat apa saja keputusan asalkan
ianya terbaik buat abang, tapi dengan syarat SELESAIKAN hanya untuk 4 TAHUN ni
ya anak mama. Anak LELAKI mama yang satu. Mama merayu. Apa saya yang akan abang
lakukan selepas mendapat DIPLOMA KV ni, mama izinkan, mama doakan yang terbaik
sahaja, asalkan ianya tidak memudaratkan kehidupan abang. Kita keluarga susah
abang. Jangan harapkan yang lebih dari MAMA. Mama sediakan apa yang termampu
sahaja buat abang, begitu juga buat kakak dan adik. Maaf mama serba kekurangan,
mama bukan mama yang perfect buat abang. Maafkan mama. Maafkan mama. Maafkan
mama abang.
ABANG, dunia ni bulat, apa jua yang berlaku
semua nya ketentuan dariNYA, kehendaknya. Takdir dalam kehidupan memang
macam-macam. Macam-macam yang tidak pernah kita duga yang ianya akan berlaku.
Dengan izinNYA ianya TETAP AKAN BERLAKU. Macam tu jugak mama, kita semua. Apa
yang berlaku semua nya adalah KEHENDAKNYA. Tidak siapa yang inginkan benda
buruk dalam hidup mereka. Ini dugaan buat kita semua sebagai satu keluarga.
MAMA doa agar abang akan sentiasa ada di sisi
mama walau apa pun yang terjadi. Mama sayang abang. Mama dah BERUSAHA menjadi
mama yang baik utk 16 tahun ni. Maafkan mama jika ada kekurangan.
Friday, March 18, 2016
i LOVE my part time job...
saat yang paling menggembirakan. ese tak mampu nak shopping2 macam orang kayo berduit. tapi ni pun dah buek ese gembira bona ha... hehehe. tak sabar nak shopping weekend ni.. #cheftakbertauliah at Liza's Kitchen
Wednesday, March 16, 2016
last weekend story....
al kesah last week mama ija hehehe bersama company mama ija. demi anak-anak demi ZZ and demi DD. mama ija gagahkan diri ya nonton movie last week with you all. tak per mama bukan la seorang yang hantu movie. bukanlah seorang yang harus nonton movie tika setiap cerita baru dipamerkan. apo lak bunyik indon ni. hehehe. mama ija bukan penonton movie tegar. mama dah latih diri mama ketepikan semua kehendak dan keinginan mama demi anak-anak ya. mama ija bukan lah sorang yang jeleous dengan kelebihan dan keagungan orang lain. hidup ala kadar ikut periuk kerak nasi mama ija sendiri. TQ embam belanja we alls. biarlah orang nak kata mama ija memerlukan simpati orang lain menumpang kesenangan orang lain untuk menggembirakan anak-anak mama. ya itulah mama ija. tapi tetap REDHO. biarlah apa orang nak kata, biarkan kan biarkan. boleh jer mama ija masuk panggung sebelah nonton munafik kah, nonton london has fallen kah atau ola bola kah. kan kan kannnnnn. tapi tak mama ija nonton sama2 anak-anak semua. hehehe 1 jam mama ija tertido ya, sorry. hehehehe
tak per untuk anak-anak apa saja. last nonton movie adalah tahun lepas juga bersama anak-anak yang 5 itu. afiq damia dina and zaidan zakuan. masa tu kita nonton penguin madagascar the movie kannnn anak-anak semua. kali ni memang abang afiq tidak ikut serta la kan. al maklum abang afiq dah bujang dah remaja memang tak layan lah citer-citer korang. hehehehe.
ke mana lagi panggung yang terhampir. gsc mid valley. manusia jangan cakap la, ya ampun macam semut nasib baik embam aka ongah dah boli siap2 tiket movie online. 2 setengah jam bermovie, dan kesah kali ini adalah "BOBOIBOY". layannnnn. Memang jalan sakan anak-anak last week. 12.00 pm to 12.00 am lah. lepas bermovie makan, makan dan makan, then heading ke Subang Bestari sebab embam and ayah nizam nak upgrade hp baru kat umah acu mima. biasalah la dah berkumpul. hiruk pikuk jadi eh. zz and ff biasalah kan bercakau
and last biarlah gambar2 ini berbicara
Happy Birthday my 2 little monster
pinjam pic ni from the google |
HAPPY BIRTHDAY... boys. no special celebration, no holiday celebration this year as usual. but anyway today is their special day. ARIQ ZAIDAN 5th and ARIQ ZAKUAN 4th. They a fanatic of Ultramen, berbakul2 dah mama n babah belikan ultramen sebagai koleksi. Nak kek acah2 dari ma ija..hehehehe.
membesar sehat dan kuat bagai JOHAN...
lots of LOVE from mama ija :D
Thursday, March 3, 2016
AL- FATIHAH
muhasabah diri aku pagi ini, semoga aku sempat melakukan sesuatu yang baik buat diriku, suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, seluruh ahli keluarga ku. amin in shaa allah. sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA jua lah kita akan kembali. AL FATIHAH buat ahli keluarga, jiran2 serta semua umat ISLAM yang telah tiada.
sekali lagi aku menerima berita kematian. janji ALLAH itu pasti. Hukum aku, aku sendiri tidak tahu bila. entah esok lusa. al fatihah dan takziah buat sepupu ku kak long natrah, arwah abg norman suami beliau telah kembali ke rahmahtullah. pagi ni jiran satu blok, Arwah Mashitah. Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman aminnnnn.....
Wednesday, March 2, 2016
SKBF2KL - Tunas Kadet Remaja Sekolah
again Mia left kan school uniform kat sekolah. sebelum cleaner lesapkan or campakkan ke dalam tong sampah, jadi haruslah mama bergegas ke sekolah awal - awal pagi ya. nah ambik 6.30 reach SKBF2KL. nasib baik masih ada uniform tu. kalau tak memang amukan ablasa la mama kat sekolah hari ni. before this dah 4 kali tertinggal uniform, dan empat2 kali lah uniform tu semua lesap. terima kasih lah cleaner sekolah ya. botol air jangan cakap la ya. sekarang anak-anak nak bawak air, guna ajer botol mineral ya yang harga RM0.70 tu, kalau hilang mama tak sakit hati sangat. heheheh. Ragam anak-anak. Tak perlah, korang kakak adik take care ya kat sekolah love you all.
Tuesday, March 1, 2016
Its my 38th Bornday.. 1.3.78
Alhamdullillah....after 2 days my 1st baby girl Damia celebrate her 12th birthday and today its my turn. 1 March its my 38th Birthday. TQ ALLAH to give me a change until today. ahhhh cakap melayu la. hehehe. Alhamdulillah DIA masih meminjankan ME nyawa dan nafas untuk terus bernyawa di muka bumi NYA yang luas lagi indah. YES I'am still alive amin. SYUKUR padaNYA. Terima Kasih tidak terhingga YA ALLAH engkau permudahkan perjalanan hidup ku. Kau berikan aku kesihatan yang baik-baik serta anak-anak yang sehat amin syukur padaMU.
YA ALLAH please forgiving my sins. Give me strength and patience. Menghadapi apa jua rintangan mendatang dari MU in shaa allah.
KAU limpahkan lah KEBAHAGIAN dalam keluarga ku. Kesihatan yang baik buat kami semua.
Terangilah hati anak-anak ku untuk menerima pelajaran. Permudahkan urusan mereka. Dekatkan lah hati2 kami kepada MU YA ALLAH.
Permudahkanlah apa jua urusan ku selepas ini YA ALLAH... amin amin ya rabbal alamin....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mengigil Mama
KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...
-
Salam and hi semua... ada ke yang sudi baca... Allahu Akbar almost 2 years I tak menulis apa2 disini. Ermm apalah yang I sebokkan ya, ...
-
Sementara menunggu en suami selesai meniaga bazar Ramadhan dan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mama, Kakak and Adik di sini. Sejuk ...