Thursday, October 15, 2015

this is LIFE



Learned it from life
Keep going straight.....Even though it's hurt 










* human being 
keep hurting each other

Monday, October 12, 2015

PT3 - 2015 - SHAFIQ AKMAL


No matter what people talk about you, MAMA ALWAYS PROUD OF YOU AS MY SON. Walaupun akademik abang tidak sehebat anak-anak orang lain, when look at you mama always proud of you my dear. Mama always doa yang terbaik buat abang. 


Goof Luck for your PT3 today. MAAF kan MAMA, kerana mengabaikan abang kali ini. Satu seminar pun mama tak sediakan utk abang attend tahun ni apatah lagi tuition kan. Walhal PT3 exam yg sangat penting. Tak macam masa abang exam UPSR in 2012. Tuition mama hantar, search for UPSR SEMINAR dalam newpaper. Sana Sini mama hantar seminar for UPSR. Maafkan mama. Bad and Good thing happen this year at the same time and I lost my concentration on you. I am sorry. I know iam not a good mama for you. Banyak kekurangan, banyak sangat-sangat.



But my DOA is always with you. Semoga SUCCESS ya sayang. Berjaya DUNIA & AKHIRAT. amin. 




Thursday, October 1, 2015

Hello OCTOBER

Hello OCTOBER...please be nice nice to me. tapi hari ni 1st October dah start dengan bad bad thing kat umah. huhuhuhu.


tension, tapi senyum je kan liza. :D. air tak der. Lepas berangkut air untuk anak-anak mandi ke sekolah and Bapak yang tinggal kat rumah. ME bergegas ke opis plak untuk Mandi dan sebagainya. Alhamdulillah feeling fresh sangat-sangat pagi ni. Pagi tadi hantar jugak lah si anak bujang ke sekolah walaupun dah lambat. Time tu la dia nak membuang air besar, time tu la dia nak sakit perut. Alahai anak bujang mama. ME tak de la lambat mana pun, cuma nak awal ke opis nak mandi and bersiap2, hehehehe. 

YA ALLAH...Pagi ni nyaris-nyaris ME nak terrrrrcium bontot myvi. YA ALLAH terima kasih KAU melindungi aku. Lampu dah oren, cheq menekan minyak, rupanya MYVI menekan break. OH kancil ku, dah 11 tahun umur mu ya, break tak makan. Berderau darah ku. Rasa nak tercabut jantung tadi. Take note LIZA, please alignment and repair you KANCIL break. Please take note ya. Semalam dah terbang RM600.00 merepair Drive shaft si Kancil. Alhamdullilah bila drive and corner2 dah tak berbunyi krekk, krekk, krekk lagi. Temperature si RUSA pun meragam, buh air kering, buh air kering, nah kena RM200.00 jugak la. Merepair my beloved KANCIL and RUSA. Tak mengeluh, syukur alhamdullillah. Ada kenderaan nak kemana-mana. SYUKUR sangat-sangat dengan rezeki tak terduga ini. HABIS SELESAI duit gaji. Sekarang kena fikir-fikir mana nak meminjam duit utk perbelanjaan harian sementara nak dapat gaji OKTOBER, end of this month. Moga DIA murahkan rezeki ku, moga di beri jalan penyelesaiannya. 

Air cepatlah kembali ya. Biarkan bergelap tak der elekrik, tapi jangan kekeringan tak der air. Payah bebenor. Semerbak harum my small little toilet. huhuhuhu. Sampai kan pili bomba pun kekeringan digunakan semua warga D'Ria ni. hehehehe. 

October please please be nice to me ya. :D. Murahkan lagi rezeki untuk jaga Bapak yang kesihatan nya semakin merosot tapi selera makin menjadi-jadi. Maafkan along jika ada kekurangan semasa menjaga bapak ni ya. SAYANG BAPAK. 







BAPAK SEMASA SEHATNYA. 
MAAF KAN ALONG KALAU ADA KEKURANGAN. 
MAAFKAN ALONG...


* Along beri dan menjaga bapak mana yg termampu 














   

Tuesday, September 15, 2015

Alhamdullillah - TUHAN sedang MENGUJI aku

syukur, ini saja perkataan yang terlahir dari mulut ku ini. syukur. biarlah apa pun pandangan dan tanggapan mereka (family) mereka (kawan-kawan) mereka (jiran tetangga) pada aku. aku terima. aku terima semuanya dengan berlapang dada. amin syukur dan syukur. aku berusaha untuk bergaul dengan mereka dengan seIKHLAS nya. sepenuh hati. apa apa pun senyum jer. dengan keadaan sekarang, satu persatu DIA tunjukkan pada aku. aku melihat dengan 2 biji mata aku sendiri. 


jika selama ini aku yang tersilap tanpa aku sedari, ya allah kau ampunkan lah aku. maafkan segala keikhlafan diri ku. aku manusia hina serba serbi kekurangan. cuba memberi yang terbaik dan penuh keihlasan. amin.

semoga DIA beri kan aku hidayahnya. ampun kan aku, maafkan aku ya allah. berilah aku hidayahmu ya allah. amin amin ya rabbal alamin. ada mata pandang jer. semoga hati ini semakin tenang. rosliza lupakan semuanya perlahan-lahan ya. Lapangkan dada. Tumpukan perhatian pada kehidupan sendiri, keluarga sendiri, perasaan sendiri dan diri sendiri dan anak-anak,  tak lupa mak dan bapak. buat untuk mereka seikhlasnya. :D
senyum jer....









Wednesday, September 2, 2015

biar DIA yang MENILAI

habis semua telah diluahkan....a to z masing-masing nak memang, masing-masing nak betul. aku pun kadang-kadang rasa aku betul, eh tetiba betul ke aku. salah ke aku. end up aku mintak maaf. salah ke, betul ke, aku dah pun meminta maaf. terpulang pihak lagi satu nak maafkan atau tidak. Tapi aku dah rasa puas dapat suarakan my own opinion. terpulang pihak lagi satu nak terima atau tidak. Biarlah pihak lagi satu rasa puas tanpa rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. nak kata hati aku lega. Aku tidak pernah rasakan kelegaan selepas selesai berdebat semalam. malah aku sedih dan terkilan dengan apa yang telah berlaku ni. ya aku banyak termakan budi. orang yang tidak punya apa2 seperti aku selalu berada di dalam keadaan begini. 

terbanyak termakan budi. 
akhirnya memakan diri. 


bukan sekali dua. dah acap kali. aku dikhianati oleh manusia yang bernama sabahat. kalau betul aku yang salah, AKU MOHONkan KEMAAFAN. Aku sanggup letakkan harga diri aku dibawah tapak kaki kalian MEMOHON KEMAAFAN. Ini lah harga yang perlu aku bayar. Mengadai nilai sebuah PERSAHABATAN. The best part is, habis semua pertolongan sebelum ini diungkit semula satu persatu. Habis dicanang di FB. terima kasih. Sesungguhnya aku dah TAWAR HATI. biarlah apa pun penerima pihak lagi satu.  Aku REHDHO. Biarlah lepas ini aku bawa haluan aku sendiri. Jangan dicari lagi.

Aku tidak layak untuk bersahabat dengan sesaipa disebabkan ketidakmampuan aku. aku tidak punya apa2, aku hanya tahu meraih simpati. aku tak mampu nak joint kalian berholiday, berjimpa ke sana ke mari, sebab aku tidak berkemampuan. Aku saling kekurangan. Banyak sangat kekurangan nya aku ni. Jadi selepas ini, biarlah aku dengan dunia aku. aku tidak perlu rasa iri hati dengan kelebihan yang kalian ada. maaf aku juga manusia. manusia yang punya keinginan dan punya perasaan. cemburu tetap ada, aku manusia biasa. 



FULL STOP







Monday, August 31, 2015

penat

ya aku dah terlamput penat. terlampau penat untuk menjaga hati sesiapa pun ketika ini. sebelum ini terlalu menjaga hati manusia. terlalu menjaga kata2 sehingga aku dipijak begini. yang salah yang buruk semuanya aku. ya kerana aku sedar, aku tidak punya apa2. manusia yang punya apa2 memang sewenang wenangnya melontar kata2. habis tu kata2 aku, cerita aku hendak letak dipajak gadaikah?. 

ya orang yang tidak punya apa2 memang selalu diperlekehkan kata2nya. kalau aku yang salah kata dan laku, 
maafkan aku itupun jika salah itu bisa dimaafkan.
 tapi ingat sebarang tindakan dan kata2 kalian, tidak juga  semuanya betul........


Friday, August 28, 2015

my baby boy 4ever


GOD please give me strength



i have to face the fact that,
my baby boy was not a baby anymore, 
yg boleh dikendong sana sini....... 
hukhukhuk.. 

cry emoticon

*mama sentiasa b'doa agar setiap langkahmu sentiasa dilindungi olehNYA, 
take care of urself ya abang
I have to let you go 
and explore the whole WORLD...




Lots of LOVE .. mama





Tuesday, August 25, 2015

kali yg ke 3




sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja. biarlah aku pergi dari derita ini. hahahaha. siap nyanyi nyanyi lagi dalam hati. kekekeke. 

1st... SS

2nd.. AI

and now

3rd..SP

thats it. dah dah lah ya. aku tidak rasa terkilan dah dalam hati ni. Biarlah jadi kenangan dalam persabahatan ini. kalau aku yang salah, maafkan aku. Cukup lah aku dikhiabati 3X. Biar hilang 1000 kawan sekalipun. Aku dah tak kesah dengan semua ni. Kalau kekurangan itu datang dari aku, maafkan aku. Dah lah biar semuanya ku simpan dalam hati. Hanya DIA yang maha mengetahui.

hasil jari jemari


Thursday, August 20, 2015

hahahaha

Is wondering
Dh lama nk tanya tapi takut salah faham pulak, 
hati teringin nak tanya juga le,
tapi tolong jawab dengan jujur ye,
burung kakak tua tu kalau jantan panggil kakak juga ke atau abang?




Monday, August 17, 2015

Qislover Open House Raya

1st open house for 2015 Raya, jadilah daripada tak da kan...






Tempahan Jejari

ALHAMDULLILLAH dah selesai semua kerja-kerja. 
Costomer dah datang ambik dah pun semalam petang. 
:D
Lega hati. 
End Month ni nak ambik bapak duk KL sebulan. 
:D












Thursday, August 13, 2015

hi semua

Dah lama kan, dah lamaaaaa, hehehe teringat video my black sweet, dok mengulang tengok di fb dan masa tu usia nya baru 3 tahun.  Dah lamaaaaa tak update blog kesayangan ni. Alhamdullilah syukur dan terus bersyukur dengan kehidupan hari ini. alhamdullillah syukur padaNYA. Syukur, syukur, syukur selalu. Pagi ni delivery lauk ke pasar pj, jalan othman dengan si bujang. Dan kemudian terus memecut ke SMK Bangsar dengan si kancil ku. Hehehe kagum tengok wanita kiri kanan drive kereta mewah. Tidak sama sekali hati ini rasa iri. Cuma kagum melihat mereka drive kereta mewah dan besar. Sedangan aku baru terkial-kial dengan sang kancil ku ni. Lepas raya aritu aku dah mula berani kan diri drive ke pejabat. Walaupun tidak dibenarkan setiap hari oleh en suami. Alhamdullillah. Hehehe. Usia lesen dah nak masuk 20 tahun, cuma dalam setahun ni jer berani berani nak drive. Syukur boleh delivery lauk pauk, boleh hantar anak ke sekolah. Boleh ke sana ke mari tanpa perlu mengharapkan en.suami yang kadang2 ada hal nya sendiri. Syukur. Dah lama nak memandu tapi baru sekarang ada keberanian. Semoga dijauhkan daripada bahaya. In shaa allah dengan izinNYA. 





Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita sedih. seorang lagi kenalan kehilangan suami tercinta sekelip mata. walaupun tidak kenal rapat, cuma bersua di FB diri ini amat terasa kesedihan nya. Couple yang sentiasa happy, loving and a very a responsible husband. Takziah Shidah dan al-fatihah buat suami mu Cik Lee. Moga Shidah terus tabah demi anak-anak. "bergenang ayaq mata bila dok baca status FB Shidah". Be Strong Babe. Take Care.

Dah bersawang sangat blog ni tak berupdate. Buzy sangat lately. Lepas2 raya ni, eh masih dalam bulan syawal. Bukan BZ beraya. This year 1 open house pun me tak attend. Tetiba jer eh, dah nak habis dah bulan syawal. So buzy bee with my Liza's Kitchen. Alhamdullilah rezeki yang kecil ini tidak putus-putus. Ada job baru, hehehe dah lama rasanya jari2 ini tidak beraksi. Bz dengan menyiapkan tempahan hantaran seorang kenalan. Haa dan satu lagi in charge for tarian kanak-kanak for KRT. Program Sejahtera on 5th September ni. Bz Bee like a Bee.. hehehehe

Pernah dulu kawan2 tanya, weekend buat apa. Tak der apa. Kemas rumah, layan anak3 dan rehat. Bosan jugak kan. DIA sentiasa mendengar keluh kesah hamba nya. Dan nah sekarang setiap weekend ada jer kerja. Dan yang paling banyak adalah aktiviti memasak. Satu tugas yang selalu me akan elak on weekend. hehehehe. Alhamdullillah me semakin suka memasak kerana dapat menjana extra income. Alhamdullillah, syukur, syukur, syukur selalu (nyanyi versi TV3 raya).. hehehehe

Ermmm semalam, tragedi. Dah dah dah lah, kalau dia nak terasa. me is penat nak jaga hati orang. And kebanyakkan mereka2 sekeliling saya adalah mereka2 yang suka sangat show off. yer la me sedar, saya tidak punya apa2. Tapi saya bersyukur dengan kehidupan dan rezeki saya. Saya percaya rezeki saya ada di mana-mana dengan izinNYA. Telah stop follow kawan2 yang buat kecik hati di FB. Saya gembira dengan apa yang saya ada. Dan happy. Tension tension dengan diri sendiri sudah. Biar x der mereka2, dari punya ramai mereka2 yang menyakitkan. huhuhuhu. Penat dah kena khianat dengan manusia bernama MEREKA. dah dah lah. and its time to jaga hati sendiri. 

Oklah penat bebek2 sorang2 kat cni. hehehehe. moga kehidupan seterusnya dipermudahkan amin. syukur, syukur, syukur selalu ;)















Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA - 2015

saya hidup ni bukan untuk apa2 jawatan. 
saya juga hidup bukan untuk apa2 pujian. 
saya tidak juga hidup untuk bermegah-megah, 
apatah lagi hendak menunjuk-nunjuk 
jauh sekali nak berbangga diri. 
Tiada apa yang hendak dimegahkan pun.....

Dengan rendah diri saya menyusun 10 jari 
andai saya pernah menyinggung 
atau menyakiti hati kalian tanpa saya sengajakan. 
selamat hari raya. 

maaf zahir batin. 
ikhlas dari hati. 


HALALkan apa2 yang terAMBIL 
dan 
terMAKAN.....




selamat hari raya.

Monday, July 13, 2015

MAAFkan KAMI sekeluarga....

RAYA just around the corner. 
MAAF ya, Raya tahun ni tak mcm 37thn yg lepas, 
our beloved Bapak is not in a good condition, 
biasalah di usia2 senja ni kan. 
Maaf banyak2 pada pak2 dan mak2 menakan 
kalau kami tak dapat datang beraya macam tahun2 sebelum ni ya. 
Raya tour terpaksa dibekukan. 
In shaa allah kami akan datang ziarah pak2 dan mak2 
menakan bila ada kelapangan nanti. 
Raya ni jemputlah dtg ke teratak kami 
yang akan sentiasa menerima kehadiran kalian semua 
di Tmn Pilah Senaling pada raya ke 2 dan ke 3. 
Dengan ini kami dengan rendah diri kami 
menyusun 10 jari memohon Ampun dan Maaf 
pada semua. 
Maaf zahir batin. 






SELAMAT HARI RAYA....



* jauh di sudut hati ada kesah lain *

huhuhuhu

Berbuka bersama AbRazakRajabee Clan

Kesah AHAD kami - 8.30 am - Balik dr pasar sambung tido. I really need a rested, 12.00pm, Return all the equipment and ke umah nenek ambik 2 little monster Zaidan and Zakuan. Huru Hara rumah, ada 2 little monster ni.








Sambung rehat. At 4.00pm baru lah mula masak. tun tang tung tang, All Done at 6.30pm. Lambat sikit sebab nak kena ketuk muncung siput sedut. hehehe. Siap, thanx my helper Damia. Semua menu mengikut permintaan Mak and adik2 semua. My Part done. 


- nasi putih


- gulai siput sedut keladi


- ikan kembong goreng garing


- terung goreng siram kicap


- sambal belacan lesung


- ulam kacang botol





Riuh Rendah berbuka puasa semalam. Syukur dapat jugak kami berbuka sekeluarga. Huru Hara pun ada. Yang penting kami happy. Dengan anak-anak menakan yang baru nak besar. terpekik terlolong la masing-masing. hehehehe. 


buah tangan from my Sis Roslinda - Big Apple Donut + Kuih Muih





buah tangan from my Bro Rafizi - Tembikai + Cookies from SIL + Hana




And from my Sis Rosmima - Air Laici Nana De Coco



And FINALE from my BIL - Nizam - we all kekahkan Durian...yummyyyyy




Late 12.00am mengemas my small little house yang ditinggalkan bersepah macam tongkang pecah oleh adik-adik semua. huhuhuhu. its ok janji kita dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa. 











Lega dah selesai cook for 100pax

Kesah #cheftakbertauliah last Saturday - Syukur semua selesai dengan baik sekali. sewa beberapa equipment yang besar dan kak intan my neighbour as my helper. All ready on time. Delivery at 5.00pm sharp. Settled. Balik rumah berbuka dan pengsan until 3.00am. 
















from 3.00am bawak ke pagi minggu, menyambung cuci all the perkakas, mendobi and then ke pasar. #abrazakrajabeeclan nak berbuka puasa di teratak kecil ku. Kalau ikutkan hati memang penat sangat-sangat. Tapi berkorban demi keluarga ku yang kecil ini. Haruslah memasak semua yang kegemaran mereka. 










Buah tembikai from me and huda for the anak3 yatim Baitul Aini. Moga sumbangan yang kecil ini diberkati. amin
















Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...