Wednesday, February 24, 2016

sosek barek mama

anak bertuah, langsung tak call2 mama. pagi ahad tu mama bangun awal ke pasar. Nak masak cepat-cepat dan terus pergi KV nak menjamu anak bertuah tu. sampai sosek barek mama haaaa. alhamdullilah DIA permudahkan. tepat jam 10.15 pagi mama dah sampai ke asrama putera 2 kolej vokasional buat pertama kalinya dengan selamat.

sampai2 jer si bujang tengah mendobi. 1/2 jam jugak mama tunggu nak makan sama-sama. habislah nasi 4 pot. bukan main banyak abang makan. berborak-borak la kami 4 beranak sampai ke tengahari. 3 beradik ni 2 minggu sekali berjumpa pun, nak jugak beramok.... 

lega hati mama dapat tatap wajah kesayangan yang mama rindui. dan alhamdullillah mama selamat pulang ke sarang. 

lain kali mama datang lagi ya abang. satu lagi kawasan jelajahan berjaya di tawan. alhamdulllilah. syukur dan syukur.


Friday, February 19, 2016

save the DATE

alhamdullillah setelah 2 bulan tiada tempahan, 
kini rezeki NYA kembali. SYUKUR dengan REZEKI yang kecil ini. amin



kami di Liza's Kitchen yang beroperasi di Pantai Dalam Kuala Lumpur, menerima tempahan catering kecil - kecilan

INFO LANJUT:


hidup KENA ikut KERAK PERIUK NASI

alhamdullilah aku hidup tidak terlalu mengikut nafsu kehendak. ya terkadang ada juga iri. tapi muhasabah diri. dok sonyap-sonyap yo ha. 

hidup aku terlalu banyak dikeliling oleh manusia pelik. pelik bukan sikit-sikit tapi pelik banyak. banyak manusia yang tidak berSYUKUR. entahlah, tuhan menguji aku dengan cara begini. aku bukan jenis manusia yang suka cari pasal. kalau tetiba aku senyap tetiba aku sentap itu maknanya hati aku telah diusik, hidup aku telah diusik, jiwa aku telah diusik.

dunia dunia, makin lama makin banyak manusia pelik. itu tak kena ini tak kena. macam yang aku selalu cakap dengan diri aku sendiri. tak mampu buat cara tak mampu. yang lain-lain biar DIA yang tentukan. 


my life simple, kau ok dengan aku, aku sejuta kali boleh ok dengan kau. aku banyak bersabar dan bertolerani dengan manusia pelik pelik ni. ikut dan hadap jer perangai manusia pelik  ni. SABAR jer. walaupun berkali kali aku disakiti. 

entahlah, move on dan biarlah DIA yang tentukan walau apa pun yang bakal berlaku.








Wednesday, February 17, 2016

Mau Nangis Kaa..Mau Senyum Kaa...

Bad News. Bukan hidup namanya jika tiada dugaan. Saman 1k +++, huhuhu. Tuan Tanah gak la yang kena kan. Semua saman tu bukan sebab saya, bukan saya yang memandu ketika itu. Tak tau mau nangis kaaa, mau senyum ka. huhuhu



Tuesday, February 16, 2016

16.2.16


Yang hilang biarkan hilang. yang ada ni kita teruskan. huhuhu sejak gambar-gambar blog ni hilang ontah ke mano, pueh den repair, pueh den bega, tak maun eh jugak. jadi den tuan tanah kedaong meneruskan jugalah apo yg ado ni ha yo.

merajuk la hati ni kojap..haaaa
tak po hati sendiri ekau pujuk la sendiri.....

Tahun 2016 almost 2 months. Macam-macam hal, macam cerito den nak koba an kek senia ha.
hehehe


kesah den, kesah anak3 den, kesah keluargo den
semua eh lah. kok ado yang nak baco
tak sudi pun x po do. den buek blog ni sebagai roto ompok anak cucu den. sok sok den dah tak do, buleh yo la baco-baco diary alam maya den ni ha. 

amin




MUHASABAH DIRI SENDIRI


Monday, February 15, 2016

Alhamdullilah, Abang diterima ke Kolej Vokasional

almost 2 months anak bujang mama dah tinggal di asrama. alhamdullillah DIA permudahkan segala urusan anak mama. bermula dari temuduga pada 12.1.2016 dan seterusnya keputusan pada 18.12016. bermula lah tugasan mama mengisi borang2 yang sangat banyak untuk kamu. ke hulu ke hilir selesaikan hal-hal berhenti sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ), Lorong Maarof. Syukur dan hanya syukur yang mampu mama panjatkan pada NYA. DIA yang mengizinkan semua ini. 

26.1.2016 Mama hantar abang ke hari taklimat dan pendaftaran. Sebak mama, menangis mama dalam hati. Walaupun hanya Kolej Vokasional, mama tetap bangga dengan anak mama. Belajar rajin-rajin ya abang. 

ABANG, ini hanyalah permulaan bagi kamu ya, maafkan mama atas segalanya. Abang tunjukkan yang abang boleh berjaya ya... (berjurai airmata mama)


Mama sentiasa doakan yang baik-baik untuk abang dan adik-adik. Terima Kasih YA ALLAH. Berilah petunjuk mu pada anak3 ku. Letak dan landaskan lah mereka ke jalan yang ENGKAU redhoi. amin




Friday, November 20, 2015

saya tak suka cari pasal

alhamdullilah ini hidup saya dan saya terima semuanya. ini takdir saya dariNYA. saya bersyukur dan redho. alhamdullillah saya bersyukur. apa yang berlaku semua kehendakNYA. semakin hari dan semakin matang hidup ini saya belajar untuk terima apa saja UJIAN dariNYA. semakin hari dan semakin matang jiwa dan hati ini, saya belajar untuk REDHO. Terima semua dengan hati terbuka dan berlapang dada. 

Saya tidak berdendam jauh sekali untuk membalas apa yang mereka telah lakukan kepada saya. kehidupan saya masih sama, sama seperti dulu. 

Walaupun seteruk mana saya dimalukan, seteruk mana saya dikhianti, seteruk mana pun saya diperlakukan kehidupan harus diteruskan.peringatan untuk diri sendiri juga. 

YA ALLAH jika aku yang bersalah, aku mohon kemaafan. aku insan mu yg kerdil lagi hina serba serbi kekurangan. DIA memang maha adil. Tapi aku tidak mengatakan aku betul dalam segala hal, aku juga tidak mengatakan setiap langkah aku itu tetap lurus tanpa lekuk. Aku ada kelemahan diri sendiri dan aku mengaku itu semua.  Banyak sangat KEKURANGAN aku ini. Seribu, sejuta kekurangan aku, aku terima dengan berlapang dada. Ini kehendakNYA. Dan doa aku, Semoga DIA memberikan hidayah dan menghalakan hati aku, jiwa aku kejalan yang diredhoiNYA. Semoga seluruh keluarga aku, terutama mak dan bapak, suami dan anak-anak diberikan hidayah supaya semakin dekattttttt denganNYA.......amin

Satu demi satu DIA berikan saya peluang untuk lihat, satu persatu. Saya tidak berbangga diri atau jauh sekali untuk riak. DIA telah tunjukkan semuanya. Saya dapat lihat itu semua. Biarlah DIA dan saya yang tahu.......


YA ALLAH BERIKANLAH AKU HIDAYAH MU....











Monday, November 2, 2015

throwback - abang kakak adik







May Allah swt always put all of you
 on the right track, 
iam not a perfect MAMA ...





syukur dengan rezeki yg kecil ini

alhamdullillah syukur haze dah berlalu pergi. terang benderang dah alam ciptaan NYA yang semestinya indah ini. syukur dan sentiasa bersyukur. sesak di dalam "haze" yang lama kali ni almost a month +++. Lega semua kembali normal dan alhamdullillah anak3 tidak diserang demam dan sakit semasa "haze" melanda. Ini memang mama sangat3 bersyukur ya anak-anak. Syukur dan syukur sentiasa.

Last friday, saturday and sunday. alhamdullillah ada tempahan utk LK. dah 2 minggu rehat x der order. in shaa allah rezeki TUHAN ada di mana-mana. syukur dengan dengan rezeki yang kecil ini. this week ke pasar ditemani si bujang. Thanx Abang, then send him for futsal training. Mama doakan yg baik2 uk abang. 

Meeting with client on sunday, in shaa allah date blocked 29,30 and 31 January 2016. Kalau dah rezeki tak ke mana. semua untuk anak-anak . :D


#keepsmilingnomatterwhat :D







May Allah swt always put you on the right track, 
iam not a perfect MAMA for you...

SHAFIQ AKMAL....







Foodgasmfest

dah plan awal2 with my sis mia and family. apa pun tak leh nak cedok idea utk LK. Tapi dari pengamatan saya. fast2 food yang banyak mendapat sambutan. Nasi and lauk pauk ni tak berapa la sangat. Kecewa LK di situ. In shaa allah ada cara lain untuk LK. Fail la, lecak sana sini, end up dpt makan dimsum jer. berlari la anak berank kelaparan ni ke Mc Donald Amcorp Mall. Lautan manusia masya'allah, nak makan kena beratur panjang. oh tidak kaki dah lengoh-lengoh haaa. baik beredar. kalau tak lecak2 gigih la lagikan. ermmm... so disappointed lor. lepas isi perut, lepak2 di taman jaya jap hidup udara segara dan angin yang banyak syok. 


and now  biarlah gambar berbicara.










Thursday, October 15, 2015

this is LIFE



Learned it from life
Keep going straight.....Even though it's hurt 










* human being 
keep hurting each other

Monday, October 12, 2015

PT3 - 2015 - SHAFIQ AKMAL


No matter what people talk about you, MAMA ALWAYS PROUD OF YOU AS MY SON. Walaupun akademik abang tidak sehebat anak-anak orang lain, when look at you mama always proud of you my dear. Mama always doa yang terbaik buat abang. 


Goof Luck for your PT3 today. MAAF kan MAMA, kerana mengabaikan abang kali ini. Satu seminar pun mama tak sediakan utk abang attend tahun ni apatah lagi tuition kan. Walhal PT3 exam yg sangat penting. Tak macam masa abang exam UPSR in 2012. Tuition mama hantar, search for UPSR SEMINAR dalam newpaper. Sana Sini mama hantar seminar for UPSR. Maafkan mama. Bad and Good thing happen this year at the same time and I lost my concentration on you. I am sorry. I know iam not a good mama for you. Banyak kekurangan, banyak sangat-sangat.



But my DOA is always with you. Semoga SUCCESS ya sayang. Berjaya DUNIA & AKHIRAT. amin. 




Thursday, October 1, 2015

Hello OCTOBER

Hello OCTOBER...please be nice nice to me. tapi hari ni 1st October dah start dengan bad bad thing kat umah. huhuhuhu.


tension, tapi senyum je kan liza. :D. air tak der. Lepas berangkut air untuk anak-anak mandi ke sekolah and Bapak yang tinggal kat rumah. ME bergegas ke opis plak untuk Mandi dan sebagainya. Alhamdulillah feeling fresh sangat-sangat pagi ni. Pagi tadi hantar jugak lah si anak bujang ke sekolah walaupun dah lambat. Time tu la dia nak membuang air besar, time tu la dia nak sakit perut. Alahai anak bujang mama. ME tak de la lambat mana pun, cuma nak awal ke opis nak mandi and bersiap2, hehehehe. 

YA ALLAH...Pagi ni nyaris-nyaris ME nak terrrrrcium bontot myvi. YA ALLAH terima kasih KAU melindungi aku. Lampu dah oren, cheq menekan minyak, rupanya MYVI menekan break. OH kancil ku, dah 11 tahun umur mu ya, break tak makan. Berderau darah ku. Rasa nak tercabut jantung tadi. Take note LIZA, please alignment and repair you KANCIL break. Please take note ya. Semalam dah terbang RM600.00 merepair Drive shaft si Kancil. Alhamdullilah bila drive and corner2 dah tak berbunyi krekk, krekk, krekk lagi. Temperature si RUSA pun meragam, buh air kering, buh air kering, nah kena RM200.00 jugak la. Merepair my beloved KANCIL and RUSA. Tak mengeluh, syukur alhamdullillah. Ada kenderaan nak kemana-mana. SYUKUR sangat-sangat dengan rezeki tak terduga ini. HABIS SELESAI duit gaji. Sekarang kena fikir-fikir mana nak meminjam duit utk perbelanjaan harian sementara nak dapat gaji OKTOBER, end of this month. Moga DIA murahkan rezeki ku, moga di beri jalan penyelesaiannya. 

Air cepatlah kembali ya. Biarkan bergelap tak der elekrik, tapi jangan kekeringan tak der air. Payah bebenor. Semerbak harum my small little toilet. huhuhuhu. Sampai kan pili bomba pun kekeringan digunakan semua warga D'Ria ni. hehehehe. 

October please please be nice to me ya. :D. Murahkan lagi rezeki untuk jaga Bapak yang kesihatan nya semakin merosot tapi selera makin menjadi-jadi. Maafkan along jika ada kekurangan semasa menjaga bapak ni ya. SAYANG BAPAK. 







BAPAK SEMASA SEHATNYA. 
MAAF KAN ALONG KALAU ADA KEKURANGAN. 
MAAFKAN ALONG...


* Along beri dan menjaga bapak mana yg termampu 














   

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...