Monday, February 23, 2015

CUTI Chinese New New - Gong Xi..Gong Xi





Minggu ni x der tempahan for Liza's Kitchen. So me leh lah extra extra rehat2. masak pun me malas. Thursday dah start cuti CNY. Ada Wedding at The Club, Bukit Utama, Damansara. Invitation from kawan lama dari NHF. Kak Yanie terima menantu Sulung. Tahniah Sis. And Now Let the PICTURE TALK on My BEHALF. Jumpa kawan2 lama Ida, Kak tinie and Nani. Congrate Kak Yanie








Wednesday, February 18, 2015

terkejut mama..

apa yang nak diterkejutkan mama oiiii
zaman serba canggih ni...
semua anak-anak millenium

wah... my daughter Dina dah ada email...
cikgu yg createkan katanya
me dulu ada email pun masa umur 26 thn kot...
entah lah dah lupa...

my black sweet ni memang sangat2 concerned



AMUKAN mama..

dah dekat-dekat nak peod ni, lagi la cepat nak naik hantu. semalam amukan saka terkena pada si kecik DINA. haaa tulah sapa suh buat mama marah. kan saka mama dah naik hantu. orang yang paling tua dalam rumah tu, suka-suka keluar and suka-suka masuk, lagi la segala hantu masuk dalam badan mama semalam. tu lah salah orang lain nampak jer. salah sendiri. hey man, apo ekau pikiaq ha. ehhhh dah dah lah. penat dah ngan tingkah laku "HANG".


yesterday this women yang konon-konon isytihar me as her "BFF" dia konon2nya. Go to hell "BFF". i dont have a "BFF" anymore especially like you. dah nasib myself didatangi kawan-kawan macam ni. ya ya myself terlampau baik. ya ya myself lembut hati. ya ya myself suka tolong orang. ya ya semua nya myself. end up. yang rapat yang close dengan me tu lah yang mengkhianati myself balik. kesian "ME" kan. GOD give me a big lesson. not ONCE, not TWICE but HE give me THRICE. its happen thrice ok. 

SS and AW and NF.  


sorry my black sweet. iam so so sorry, i really don't mean it ya. mama sooooo sorry. macam mana amukan saka halilintar mama pun semalam dan sebelum sebelum ni, my black sweet DINA always come to me and huge me. thanx sayang. iam so sorry again. mama really don't mean it. Thank GOD you always give me a chance to see all this. kids adalah penyejuk hati mama. 







Saka RAJIN masuk, saka MERAJUK keluar. hehehe


Dah almost one month mama tak masak for LUNCH...
haaa kan mama dah MERAJUK anak3...

haaa sapa suruh tak makan setiap kali 
mama masak ......
i give a lesson to all of you




Bahan-Bahan yang simple jer.....
cepat dan mudah :D
kids dah mula cuti CNY hari ni. maka wajiblah mama masak. memandangkan kids suka makan nasi goreng daripada lauk-pauk. makanya MAMA is masak #nasigorengikanbilistelur hari ni ya....
SIAP... at 5.00am


BFF ... bla la "BFF" konon

aku bukan saja ditikam dari belakang
tapi aku juga dicincang lumat dihadapan






ehhh end up aku disalahkan. 
kadang2 manusia lain senang jerrr
nak cari salah manusia lain... kannn

pernahkah kamu terfikir KESALAHAN kamu?????
kecik hati orang dikeliling kamu....
pernah kah kamu fikir kannnnn? ?


bullshit "BFF"... you are not my BFF anymore

aku selalu didatangi oleh "KAWAN" yang serupa ini
this is 3rd time... BFF... go to hell


Tuesday, February 17, 2015

X SABAR.. hehehe

Khamis Jumaat CHINESE NEW YEAR. 
Sabtu Ahad, WEEKEND.
4 DAYS ..... REST....
tak sabar nak rehat, tak sabar nak tido. huhuhuhu
tido puas-puas....





LICIN


dah almost 2 weeks mama mogok masak for lunch ya. bukan apa kekadang langsung x berusik nasi dan lauk2 tu. geram mama. 4pagi kot mama bagun masak, wahai anak2 mama. 
dinner last night, #nasigorengdaging haaa kalau macam ni hari-hari memang rajin la mama memasak :D



kalau DIA kata kita punya..ianya PASTI

Monday, February 16, 2015

felling DOWN..

my lidah injured sebab melecur masa rasa lauk pauk on Saturday. On Sunday pun masih ada Order. Alamak customer complaint masin. huk huk huk. down la me semalam. hope my customer faham. nobody is PERFECT kan. moga dipermudahkan tugas2 memasak selepas ini. masak haruslah sedap. huhuhu. Bagi kepuasan customer-customer ku. 


 

alahai 4th

family sendiri yang susah payah ompok ekau, 
ekau buang. 
orang lain ekau tatang. apo lah yang ekau fikirkan. 
we will wait and see. 
ado ko orang-orang tu nak nolong ekau sok bilo ekau susah. 
feel disappointed

weekend.. me + kids + keluarga angkat

SABTU AHAD...weekend macam biasa. memasak for Liza's Kitchen. Sabtu and Ahad. Alhamdullillah rezeki tak putus-putus. masak + delivery. selesai untuk minggu ni dan bersambung ke minggu hadapan. 








AHAD - 4.00am dah bangun masak, delivery at 8.30am to BSC Bangsar Shopping Centre. Balik Cook Lunch for family. Petang nya melawat Mak Tengah yang ke operate Thyroid di HKL. 12.30 sampai kul 3.00pm . Lama borak, macam-macam diborakkan. Balik pun sebab jiran mak datang, bagi memberi laluan, me pun balik. Hehehe. Mak Abah nanti liza datang rumah ya melawat. :D. Moga mak cepat sembut ya. sedih dengar kesah et, mak and abah the one and only daugther. Tabah ya dik. Take care.





PETANG plak ke TITIWANGSA melayan Damia Dina...














Sunday, February 15, 2015

Wednesday, February 11, 2015

terkilan....

Terkilan dengan perangai dan perbuatan en somi dan anak-anak semalam dan hari ini. dah lah duit tak bagi selama ni. mintak pergi bayarkan duit rumah pun tak nak. hadoi tak faham, tak faham. ermmm kalau mintak duit dari kita, kita tak bagi, sentap pulak. donia donia. sabar dan redho. dah 16 tahun pun sabar. akan terus bergini. macam mana lah didikan daripada ibubapa nya. Dugaan. Ni hal perihal anak-anak pulak, kecik2 dah benci darah daging, asyik bergaduh, hadoi, bertambah pening mama. mama maafkan sebab kalian still small and still tidak faham. mama akan explain dari masa ke semasa ya. satu rumah ku amukkan. sorry mama mengamok lagi. huhuhuhu. bebel jer pun. moga tuhan buang kan semua sifat buruk dari diri anak-anak mama. mama tak pernah ajar kamu semua macam tu. darah daging is darah daging sampai bila-bila ya anak-anak ku. sesungguhnya yang buruk-buruk dan kekurangan itu datang dari mama yang serba kekurangan. moga mama diberi kekuatan untuk berikan dan baiki kelemahan-kelemahan mama dalam mendidik kalian menjadi manusia bertanggungjawap, menjadi manusia berguna. Tampal mana yang kurang mana yang tidak baik itu. Ya allah berikanlah aku kekuatan. Jadikanlah aku mama yang tabah dan kuat.  

Tuesday, February 10, 2015

hanya dengan 1 perkataan

TERBAIK...


feedback dari 
1st time customer Liza's Kitchen...

SYUKUR...

ALHAMDULLILLAH pada NYA
yang memberi kan aku rezeki ini












Moga cepat sembuh

my schoolmate accident this morning..
moga cepat semboh bro...
alhamdullillah tiada kecederaan serius
cuma patah kaki sahaja....

get well soon abang sepul ramadhan.....





lopeh ni den nak tumpang sapo ..
haaaaa
kalau kojo lobih maso...hukhukhuk

paling suka buat

menambah rempah ratus 
bila bekas-bekas dah kosong :D






Thanx BAPAK

TQ so much BAPAK 
bagi along loan nak boli poti ais godang. 
dah tak perlu ke pasar, 2,3 kali lagi 
kalau ada tempahan utk LK sekarang ni. 
Beli semua on Saturday.....




sekali jalan senang sangat2
Lega sangat-sangat. 
Alhamdullillah syukur. 
Nasib baik ada bapak yang sudi bagi loan. 
hehe TQ BAPAK
yang penting boleh bayar ansuran
and INTEREST free...kekekeke

:D





2 days - HECTIC

Monday buzy giler. Tuesday pun sama. Kerja opis berlambak-lambak. Ni take 5 jap. Ada banyak lagi yang menanti. Dah petang2 ni baru free sikit la. Sebab boss dah balik awal. Cilok mencilok kejap update by blog. Last weekend story. Tak banyak yang nak di sharekan. Cuma gembira dengan perkembangan Liza's Kitchen. Semakin disukai ramai. :D. Tempahan Catering for 30pax. Jiran-jiran tetangga di Pantai Ria pun semakin ramai yang Order "GulaiDaginGDalaiRebung. This week pun ada lagi yang dah order dengan LK. And as usual feedback sangat-sangat baik. Tugas sebagai mama macam biasa. Mendobi, kemas rumah, kemas itu ini tak habis-habis and hantar my girls Tuition. ok layan picture jer la ya. 

Eh jap nak story mory jap. Penat sangat2 tapi berbaloi. Happy dapat menabung dengan hasil titik peluh ni. Dah 16 tahun me mencuba pelbagai perniagaan sambilan demi menambah pendapatan keluarga. Apa jer barang boleh diniagakan telah dijual. Pelbagai cubaan dan dugaan meniaga. Meniaga pinggan mangkuk, minyak kereta, peruk belangga, handbag kasut, baju2, buat hantaran perkahwinan, jual tudung2 dan macam2 lagi lah. Tak terkira banyaknya. Tapi akhirnya TUHAN nak beri REZEKI di sini, dalam bidang ini. Tidak pernah terlintas di fikiran nak membuat perniagaan sambilan berbentuk "MAKANAN". Alhamdullilah rezeki anak-anak di sini. Yang paling penting customers semua memuji dengan hasilnya. Amin.......





CATERING for 30pax done



#air sirap






















Sunday, February 8, 2015

my kesayangan..my kancil.....

Bawak my small little kancil kilat2. 
Kasi cuci, kasi kilat. 
Dah banyak sangat2 jasanya ni dengan keluarga kecil kami. 
8 tahun bersama baru me berani memandu 
my small little kancil. 
Itupun setelah di ubahsuai ke gear "auto" hehehe. 
And then, Jalan2 melayan my gegirls 
makan rojak dan minum cendol 
di gasing sambil2 mengcar wash kan si putih. 




Putih putih putih 
hehehe






Friday, February 6, 2015

Kesah Afiq, Damia & Dina

kesah anak-anak mama yang 3 orang ni. tak ramai pun, tapi ngalahkan anak 10. hahaha. dah almost 2 bulan sessi persekolahan 2015 bermula. macam-macam kerenah, macam-macam kehendak dan permintaan anak-anak. ada jer yang tak lengkap barang-barang persekolahan. dah berlemak cuti almost 2 months kan and now bila nak kejutkan ke sekolah memang mama kena jadi tarzan pagi-pagi. baru hegeh-hegeh nak bangun anak dara 2 orang tu. nasib baik abang senang jer nak dikejutkan. kalau tak 3 kali mama jadi tarzan di subuh-subuh sepiee. pi mau pi mai, berangan bagai dekat 15 minit baru nak ke bilik air mandi. ni kesah 2 nak dara tu. belum lagi bergaduh rebutkan sabun, rebutkan ubat gigi, rebutkan gayung. hadoiiiiii haiiiii.

after 15 minit sekali lagi mama menjerit jadi tarzan, cepat pakai baju, sambil-sambil tu mama iron baju si afiq yang cerewet, ngalahkan retis. baju nak kena iron perfect2 bagai. hadoi, nilah tugas mama 5 kali seminggu bermula 12hb Januari aritu. mama buat dengan ikhlas dan gembira.... :D

ni lah kesah anak-anak. si Damia, sekolah tak sampai sebulan dah hilangkan baju sukan. si Dina asyik mengadu hilang duit. yang si abang, bulan ni jer 3 helai tshirt mintak dibelikan, tshirt bola baling, tshirt PJK, tshirt koko. hadoi pening mama. dengan Damia nak tukar masuk kadet remaja pulak for KOKO, kena lah beli shirt yang baru. dah tak nak masuk pu3 islam katanya. tak per mama ikutkan semua kerenah anak-anak mama. yang penting belajar bersungguh-sungguh ya. 

Si Abang, ellection  bola baling nak attend, election for football pun nak jugak. mana satu ni  bang. jangan tamak-tamak. tak perlah janji abang buat benda2 yang berfaedah ya abang. jangan risaukan hati mama. jauhkan perkara2 yang tidak  berfaedah ya anak-anak mama

Si Kakak, mama nak beli crayon, mama kedai 2 ringgit jom, ada jer barang-barang yang tak cukup. kalau boleh barang satu bilik nak di bawa ke sekolah. bag sampai 2,3. hadoi kak tak berat ker.

Si Adik, kakak koko sebok nak ikut, kakak latihan bola jaring pun buzy bee nak follow. kesudahannya dia pun telentang kepenatan. balik sekolah tido, malam pun tido awal.

Kesah anak-anak....... 
layankan aja :D

Thursday, February 5, 2015

Pressure Face .. kekeke

cam ni lah aku setiap kali nak buat Record of Appeal. Dengan photocopy machine nya problem. huhuhu. Moga TUHAN permudahkan semuanya. Amin. YA ALLAH mudahkan lah urusan-urusan ku di PEJABAT. Ini adalah sumber rezeki ku untuk besarkan anak-anakku. Afiq, Damia and Dina. Lindungi lah mereka ketika aku tiada di sisi mereka. ameen....


picture ehsan GOOGLE

kekeke..

menakutkan jer pic ni

hahaha

kecik hati...

Kami berkawan dari tahun 1991 sampai la sekarang. setiap inci masalah dari zaman sekolah hingga lah ke alam perkahwinan, sampai dah  beranak pinak, semuanya dikongsi bersama-sama. Pertolongan yang aku hulurkan dengan kudrat tulang 4 kerat ni tak pernah dihargai. aku bukan nak menggungkit. Di mulut bff konon. betapa aku susah payah membantu dia pindah randah bila ada masalah dengan en sominya dulu. Aku tidak mengharapkan balasan. sehingga lah 2,3 kejadian yang berlaku membuat kan aku makan hati sangat2 dengan seorang sahabat yang di mata nya konon bff. best friend forever. 

kejadi pertama, kami satu sekolah, tapi setiap re-union dan potluck yang aku anjurkan tidak pernah sekali pun dia hadiri. Dengan pelbagai alasan yang diberi oleh nya. sehingga lah beliau pindah ke Perak atas sebab menjaga orang tua yang telah uzur. 

kejadian kedua, apabila aku mintak tolong hantar kan ke suatu tempat, alasan nya nak habiskan masa dengan seorang kawan yang dikenali hanya setahun dua dari putrajaya sehari sebelum dia berpindah ke perak. ok fine

kejadian ke3, membuat kan aku betul2 tersedar sekarang ni. Setelah hampir 4 bulan berpindah ke Perak, beliau ada bagitahu nak order lauk untuk potluck pada 14 Feb ni. What sanggup kau datang jauh2 dari Perak semata2 nak hadiri potluck sekolah rendah. ok fine. sekarang aku dah sedar. Sedar sangat-sangat. You are sooo SELFISH. Padahal masa duduk KL dulu satu re-union, satu potluck pun yang aku anjurkan kau tak nak attend. Siap inform aku, datang awal nak lepak di rumah kawan beliau. ok lagi la aku terasa. Kawan2 kau ni semua ker yang tolong kau masa kau pindah randah dulu. ok tak per lah. aku bukan nak menggukit. Cuma KECIL HATI dengan sikap kau.

Ingatkan aku pada seorang lagi kawan yang sangat rapat. Habis AIB aku dijaja. Seorang lagi berkawan dari kecil, entah mana silapnya. Padahal tiada apa yang aku ada untuk diGAH-GAH kan. Aku manusia biasa lagi hina. Banyak kelemahan kekurangan. Kalau aku silap dalam PERSAHABATAN ni, MAAFkan aku. Aku insan biasa yang tidak lari dari melakukan KESILAPAN.

Terima Kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini. 
Aku doakan kau bahagia. 
Terima Kasih TUHAN berikan aku sahabat-sahabat seperti ini. 
Terima Kasih  TUHAN berikan aku PENGAJARAN HIDUP....

Ameen....

Aku Redho dengan DUGAAN ini YA ALLAH......

ini lah pengajaran HIDUP buat aku :D

KHAMIS - 5.2.2015 - LUNCH

hari ni mama merajuk x nak masak..
semalam kids balik pun dah jam 5.00 ptg
ada aktiviti koko....
panaskan lauk semlm jerrr..
elakkan pembaziran......
*mama gi keje dulu

Wednesday, February 4, 2015

RABU - 4.2.2015 - LUNCH

ISNIN SELASA, dapur mama berehat
Dapur tak BERASAP  .....
Jadi Lunch hari ni.. anak2 request 

#gulaiayamkentang

Siap.... Mama gi keje dulu





Tuesday, February 3, 2015

parah mama ni kepenatan....

jahanam 2 hari waktu bekerja, 
jam loceng berbunyi mama langsung x dengar ni. 
bahayosss. nasib baik isnin selasa public holiday
kalau esok macam ni ada yang tak sekolah jawap nya.
then kelang kabut bangun and heading to my old school. 
hantar si bujang for football election U16. good luck abang.
miss my school so much....
jam loceng be nice toe tomorrow k
esok keleja...
esok kids sekolah...mehhh



Monday, February 2, 2015

Seharian menDOBI dan mengemas

Sabtu, Ahad dan Isnin sebuk part time job di Liza's Kitchen. Rumah macam tongkang pecah.3 Bakul kain baju kotor. my small little kitchen berantakan macam dilanggar geruda. hehehe. ok ISNIN, mujur masih public holiday. apa lagi jom cantik-cantikkan my small little home sweet home. Seharian mendobi mengemas mengemop menyapu membuang benda2 yang tak guna. start at 11.00am, Done at 7.00pm. Setelah my "Peti Sejuk" baru sampai. Alhamdullillah berkat meng LOAN BAPAK ku Dapatlah beli peti ais bosar. Alhamdullilah syukur. Semua puasa that day. Makan pun main2 jer, sorry anak3 mama. Malam 8.00pm kebuluran.... Ni regu dia.

Breakfeast cum Lunch cum Dinner
boleh... kebuluran.....

  

Sunday, February 1, 2015

WEEKEND - Part Time

weekend, macam biasa job part time. cooking for Liza's Kitchen. Alhamdullilah rezeki. 1 week bapak stay with me. Apa jer yang bapak mintak nak makan me akan masakkan. Nak cekodok, buat cekodok. nak maggie, buat kan maggie. apa jer yang bapak nak makan me akan masak. Sayang Bapak ku... 

Cekodok Tepung cicah masak lemak.....

Maggie Kuah - cepat dimasak sedap dimakan



kelang kabut jugak memasak order dari customer on the weekend. Alhamdullillah selesai semua nya. Bad thing happen, dengan 2x tersangkutnya dalam lift. hehehe. panic sebab nak masakkan. harap perkara macam ni tak berlaku lagi la ya. tapi alhamdullillah, semua berjalan lancar dan delivery on time. syukur this week pun masih ramai yang sudi order dari Liza's Kitchen. 


masak tempahan from Customer....
Part Time Job for Liza's Kitchen

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...