kenapa lah hang pi tunjuk bodoh bangang hang dekat orang. awat la hang ni. moga anak-anak aku tidak berkelakuan macam ni, mintak lah dijauhkan. anak-anak mama mama doakan akhlak anak-anak mama elok dan baik-baik dunia akhirat. semua yang elok-elok untuk anak-anak mama. biar kurang makan, jangan kurang ajar dan jangan buruk akhlak lagu tu naaa anak-anak mama. ya allah hidupku matiku aku berserah semuanya pada MU. sedih la hati cheq ni bila jadi lagu ni. tak dak daya dah. surrender bab yang satu tu. mengucap panjang dengan perangai yang sorang ni. :(
An Ordinary Mama to my lovely Angels [the best Present from Allah swt]. An Ordinary Daughter to my Mom Dad. An Ordinary Sister to my siblings
Thursday, September 25, 2014
selfish la sangat2 korang ni
persefahaman, tolak ansur dan kerjasama serta belas kasihan dan tidak lupa tolong menolong memang amat sukar dicapai dan digapai, walaupun ada banyak pihak yang terlibat. Moga ada pihak yg buka mata dan buka minda. Dah jom kerja. Kalau tak keje mana nak datangnya duit. Jangan jadi manusia yang asyik baca duit orang dan asyik mintak duit orang.
Wednesday, September 24, 2014
Tuesday, September 23, 2014
[S][A][B][A][R]
dimanakah terjumpa dan terkutipnya KESABARAN dan tersimpan rapi ini ya. semua nak rasa diri MEREKA tu betul walaupun salah kan. TAK SEDAR yang kesalahan sendiri. masih nak cakap besar. bak kato orang negori, masih lai nak gelogah eh. tak nak mengaku salah langsung tu. heran aku ngan orang macam ni. hadoi. hidup aku ni nak kena jumpa orang-orang yang macam ni jer ker. aku tak kata aku betul. ya kalau aku salah aku mengaku. aku mintak maaf. berkali-kali aku mintak maaf. eh sapa yang dah berak tengah jalan nak mengaku. sampai mampus tak nak mengaku punya. ini lah yang selalu aku dapat. tolong orang bantu orang. buat baik dengan semua orang. inilah yang aku dapat. penghinaan, penggulingan, pengkhianatan, makian. hebat, satu tamparan hebat. Hidup ini sangat-sangat hebat. Moga semua kesabaran ini tuhan berikan pada aku dan moga ada sesuatu untuk aku kelak. aku akan tunggu waktu itu. sabar dan terus sabar. soba yo lah. felling blessed :D
adakah KEPANDAIAN "kamu" hanya MEMAKI HAMUN orang. huhuhu
adakah KEPANDAIAN "kamu" hanya MEMAKI HAMUN orang. huhuhu
Monday, September 22, 2014
ermm, aku sendiri tak suka rasa macam ni
errm. me dapat tahu sesuatu. before this me memang tak pernah ambik tahu hal-hal duit ni. from the bottom of my heart. me tak suka baca pun duit tu, atau ambik peduli hal-hal duit ni semua. sebab apa me tak pernah nak peduli sebab selama hidup 36 tahun ni pun me tak pernah bagi apa-apa pada pun, sebab me tak mampu. hajat cita-cita tu memang besar, kalau boleh nak bagi macam-macam. Tapi Tujan belum nak murahkan rezeki me lagi. "ya allah murahkan lah rezeki ku, moga aku dapat balas jasa-jasa mereka" . :( nangis dalam hati sorang-sorang. kalau boleh semua nya me nak beri. Semua yang me ada sekarang ni pun hasil usaha sendiri. Start from zero, nothing. susah sangat-sangat. Sekarang ni tak lah senang mana pun. Dan bukan juga bantuan dari sesiapa. semua sendiri, walau hakikat nya ber2. Tapi bila dapat tahu sipolan ambik 10k, si polan dapat 35k. si polan pinjam 10k. si polan dapat 16k. Si polan itu si polan ni. myself tiba-tiba jadi tak ikhlas. tiba-tiba jadi tak best la. ermmm. kan me dah kata jangan sampai me dapat tahu. oh bila dah habis baru nak bagitahu untuk apa. Walaupun me tak layak nak terima apa-apa pun. its ok. Jangan bagitahu langsung me tak kesah. Untuk apa cerita sekarang, Untuk mengadu sekarang. end up kain buruk ni jugak yang dicari bila semua dah habis. ermmm. apa me rasa. tak marah. cuma sedih. sedih. ermm....ya allah ikhlaskan lah hati ini. ya allah redhokanlah hati ini dalam apa jua yang dilakukan dan yang dilalui. ya allah murahkan lah rezeki anak-anak ku. tidak mintak kaya raya, cuma kesenangan sedikit demi meneruskan hidup ini.
Bapak oh Bapak, Bapak ku di KOLUMPO
dah 6 hari bapak di KL. mak ikut adik ke Terengganu, Fariz ada job photog di sana. Bapak ada ni rutin berubah ler. 4am hari bekerja dan bangun masak untuk bapak. on weekend plak 7am dah bangun. Bapak makan memang kena on time. Breakfeast, Lunch, Hi Tea & Dinner memang kena complete. Pening me nak masak apo. Hehehe. Time-time free tu asyik la mengoogle. Last weekend masak special sikit la sebab bapak ada. And me terover RAJIN. hehehehe. Sila jamu mata di bawah ya
Sabtu
Bekpes - Cekodok Tepong BerBawang + Air Teh 'O
Lunch - Nasi Putih + Ikan Bakar + Kangkung Goreng Belacan
Hi Tea - Cornish Pastry + Air Teh 'O
Dinner - Nugget + Roti Bakar
Ahad
Bekpes - Roti Kaya + Air Teh 'O
Lunch - Nasi Putih + Ikan Kembong Goreng + Masak Lemak Ikan Selar Timun + Tempoyak
Hi Tea - Cornish Pastry [buat banyak semalam] + Air Teh 'O
Dinner - Ulang Lunch semula :D
And now sila layan my picture ok
![]() |
| 1st time buat cornish pastry ni, alhamdullillah menjadi. janji boleh di makan hehehehe.... rajin my 2 loyal helper..Damia N Dina ni.... suruh jer buat apa pun, laju jerrr... :D |
Thursday, September 18, 2014
oh [S] [T] [A] [L] [K] [E] [R]
siapa nak mengaku dia stalker ? CEHHH macam retis la pulak
ada orang nak stalker2 gua.
asyik asyik stalker. ngok gak la aku. apa la maksud STALKER. so after search meaning stalker. now aku dah tahu *lembap nya aku ni*
hahahaha
someone who follows you and makes you feel scared.
seseorang yang mengikuti anda dan membuat anda berasa takut.
someone who prowls or sneaks about, usually with unlawful intentions
seseorang yang berkeliaran mencari mangsa atau curi-curi kira-kira; biasanya dengan niatyang menyalahi undang-undang
someone who intrudes on the privacy or property of another without permission
seseorang yang mengganggu privasi atau harta orang lain tanpa kebenaran
ini antara meaning nya.so semua maksud tu memberi satu ERTI. stalker tu orang yang tidak diperlukan dalam hidup kita. senang cerita SI PENYIBUK :)
Wednesday, September 17, 2014
Citer Public Holiday semalam
wake up at 9.00am. terus kemas rumah, tukar cadar, tukar langsir. kemas bilik anak-anak. menglaundry kain baju kotor, cadar2 and kain langsir. Sambil-sambil tu memasak for brunchner. sekali haruk breakfeast lunch and dinner. siap mendobi at 3.00pm. rehat2 jap petang bapak sampai from KP. :D
nasi lemak
sambal ikan bilis bawang byk2 [style N9]
telur rebus
timun
ayam goreng
hotdog goreng
Monday, September 15, 2014
esok hari MALAYSIA
esok public holiday ya. tapi keje ya hari ni. this morning rushing balik dari Morib Gold Coast and reach office at 7.30am. Gila awal hehehe. Bawak anak3 bekpes. Then dok tercanggok kat office sorang-sorang. Esok public holiday Malaysia Day. Esok leh la rehat setelah weekend kepenatan melayan kerenah anak-anak :D. Happy Holiday. Esok agenda nak mendobi, kemas rumah and rehat puas2 :D
treat my loved one during school holiday
last minute plan with my sis bam rar roslinda. setelah di bising-bisingkan oleh my 2 princess. ma, cuti sekolah tak jalan-jalan ker. boring la ma duk umah jer. ok mama ketepikan tentang yang mama x berduit. ada saving sikit2 tu gunakanlah untuk gembirakan anak-anak yang tiga orang ni. Duit tu ada la rezeki lain nanti. Fikirkan anak-anak ni mama ketepikan semua. In shaa Allah ada rezeki DIA berikan dan gantikan dengan yang lain. Masa ni hanya fikirkan nak happy-happykan anak-anak mama. Abang, Kakak and Adik. Hope all of you enjoy ok. Sebenarnya last minute plan gak, menumpang my sis yang dah awal 2 bulan plan nak bercuti ngan bff dia kak gee. Thanx ngah bagi along n anak3 selit tido dalam studio room korang.
Yang paling penting anak-anak seronok ada Taman Tema macam Desa Waterpark tu. Berendam tak hengat ler they all. Petang ada plak game pantai for the kids. Limbo Rock and Musical Chairs. Ermmm rezeki anak-anak, abang kakak dapat 1st prize. Hadiah layang-layang and play with "flying foak". Tapi sayang mama tak dapat nak snap gambar abang kakak adik masa naik benda ni. Mama yang cuak takut gayat tinggi-tinggi.
Malam nya pulak kami ke Badan Lalang, ambik masa dalam 30 minute gak perjalanan dari Morib, nak makan seafood yang fresh-fresh katanya. Memang best. Terbaek, habis licin. And The best part kami dah dapat jumpa tapak camping. Sangat menarik dan sudah mula pasang angan2 nak bercamping pulak one day kat situ one day. In Sha allah. Balik makan jalan2 tepi pantai. Then naik tido. Esok subuh2 dah nak balik KL. Mama keje ya sayang. Penat dan Happy. Ok thats the end of our short vacation at Morib Gold Coast, Selangor. SYUKUR terima kasih ya allah dengan rezeki-rezeki ini. Alhamdullillah.
muak asyik nasi jer..tukar plak sekali sekala...
tiap-tiap hari makan nasi. apa salah sekali sekala kita tukar makan benda lain plak. yang pasti halal dan penting home made. kadanag-kadang malas makan jer kat kedai. homemade burger and mini pizza untuk anak-anak semua ;)
diri ku x sempurna
tidak pernah rasa diri ni betul
tidak pernah rasa diri ni sempurna
terpulanglah kamu nak rasa betul
terpulanglah kamu nak rasa sempurna
tapi jangan jadi tuhan nak hisab
dosa2 manusia lain....
*semak diri, semak amalan sendiri
muhasabah diri sendiri
Friday, September 12, 2014
Monday, September 8, 2014
tahniah lah ko....
syok sangat baca NOVEL ni weiiiii,
sampai tersalah bas nak gi kerja.....
*kesah seorg kakak yg bercita2
untuk menjahanamkan keluarga adiknya*
sangat2 menarik.......
<<<<<<<< novel ni merosakkan
kesihatan betul la bila baca>>>>>>>
I LOVE MY SISTERS
Roslinda
Rosfazilah
Rosmima
tak der niat nak khianat darah daging sendiri
aku kata jangan tanya...
Jangan tanya kenapa saya marah sangat2
Jangan tanya kenapa saya benci sangat2
Saya pun byk kelemahan dan kekurangan,
Kalau orang tak buat pasal..
Kenapa saya perlu marah.. DAN
Kenapa saya perlu BENCI.
Hidup ni bukannya lama mana,
bila2 pun DIA boleh jemput kita balik ke tanah..
Kalau x makan cili...
Kenapa pula perlu rasa pedasnya...
Friday, September 5, 2014
lama nya rehat sebulan lebih kot
hari tu dah mula down lepas raya
memang x der mood nak memasak for Liza's Kitchen
sebulan lebih dah kot, rehat dari memasak
Liza's Kitchen signature dish...
semangat rajin, roh rajin...
mai masuk balik dalam diri cheq mehh..meh..
semangat rajin, roh rajin...
mai masuk balik dalam diri cheq mehh..meh..
alhamdullillah masih ada yang sudi Order
Minggu ni jom menyalai nyalai
walaupun x banyak
tapi bersyukur sangat2 pada NYA
terima kasih pada Customer yang
telah memulihkan my semangat memasak
caiyok... caiyok...
Liza's Kicthen
syukur dengan rezeki ini
biarlah sebelah kepak tu asyik nak mengeluh jerrr.......
Thursday, September 4, 2014
selamat malam.moga bertemu matahari esok
Burung kalau ada satu kepak boleh terbag ker?
Yang ada dua kepak tu terbanglah
dengan megah jangan riak pulak.
myself memang tidak ada apa
yang hendak dimegah megahkan.
hidup ni kadang2 di bawah
dan kadang2 di atas.
apa pun usaha myself rasa berat
dan rasa payah tu tetap akan ada sebab cuma ada 1 jer sayap.
Jangan kata terbang nak bergerak pun payah.
selamat malam
Wednesday, September 3, 2014
pura2 @ ikhlas
Terkadang terlintas di fikiran…
Siapa yang benar2 ikhlas dengan kita
Yang mana senyuman ikhlas
dan mana senyuman palsu
Tidak semua orang sukakan kita….
kadang2 bersebab dan kadang2 tanpa sebab
kita tak boleh baca apa yg ada dalam hati manusia
Tertanya-tanya juga..
adakah semua orang benar2 sukakan kita
Atau hanya berpura-pura
Dunia begitulah lumrah nya ..
Episode kehidupan yang berbeza-beza
Dan penuh ragam….
Ikhlas kah senyuman anda ???
Tepuk dada Tanya selera.
Maafkan saya jika saya pernah
menguris perasaan anda….
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mengigil Mama
KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...
-
KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...
-
walaupun susah nak peluk cium kamu ... walaupun kamu tak suka dengan sesiapa.. kecuali mama mu i always huge and kiss you... ;) Happy 3rd ...






.jpg)













.jpg)










.jpg)
















