Thursday, October 3, 2019

Mengigil Mama


KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama


Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang tak pernah call sebelum ni. Nasib baik sebelum ni kami selalu berhubung jadi bila berlaku apa2 senang terus call. Dia baru balik dari mengajar, masuk2 je rumah terus bau minyak panas dan asap naik kepul2 dari bawah. Allahu Akbar  Kakak.


Setengah jam sebelum mama dah call dah kakak.. make sure tutup api dapur tu. Dalam mama berpesan pesan tu alahai kakak.




Alhamdulillah tidak ada kejadian buruk yang berlaku.

Malam nya bergegas mama mencari mangga pintu. Nah bermangga la pintu dapur tu lepas ni and no more cooking when mama not around.



Image result for mangga pintu

HELLO October, November soon & December Just around the Corner




Umang aiii panjang ehhhhhh Title eh. Pokok dek den la. Huhuhu start the October with bad bad thing. Huhuhuhu. Sorry Sir, mistake mistake, careles, careless. Sorry I hilang fokus. Dah lama tak kena panggil mengadap. Hehehe, Huhuhuhu. Sorry Sir. Remember Liza, Don't mix work and personal matter in one. 


Boss : Patut dah tua2 ni kerja semakin bagus, ni tak? 

Me: Iam sorry, faktor umor I is dah TUA....huhuhu 
(promise to myself less carelesness ok  Liza)
Sintom pindah office baru, hari2 balik keje nak kena kejar Bas/LRT

Apa pun alasannya, I blame myself for all the mistake that i make...
(fikiran celaru ...)
Hadoi kenapa kau Liza, baru kelmarin ke tiaw , ya allah dalam berhati2 tu salah jugak. Ya allah mudahkan lah urusan ku di pejabat. 



Alhamdulillah, perkara GEMBIRA berlaku sehari selepas terjadinya perkara SEDIH. ALLAH swt always there for me kan no matter what. SYUKUR. It's come right on time. 1 problem settled dengan izinNYA. Lega tak yah pening2 sangat utk 2 big event end year ni. Alhamdulillah.


BERSIARAN LAGI NANTI ..........

3 Bulan lagi... Dah Tahun 2020

Thursday, August 29, 2019

Salam... knock knock (bapak pergi selamanya)


Salam and hi semua... ada ke yang sudi baca...
 
Allahu Akbar almost 2 years I tak menulis apa2 disini. Ermm apalah yang I sebokkan ya, sampai tiada masa menulis di lantai kosong ini. Buzy dengan duniawi ya duniawi. 

Buzy dengan family anak3 yang 3 orang tu NGO, PIBG. Ya Allah dalam 2 tahun ni jugak bapak pergi, pergi jauh dan tidak akan kembali.

Tanggal 24.11.2017 selepas 16 hari Bapak menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke - 65 Bapak pergi selamanya. Kesihatan bapak dah 4 tahun kebelakangan memang sangat-sangat merosot.  

Kejap I kejap aku kejap saya.... hehehehe

3 bulan sebelum Bapak pergi, kesihatan semakin merosot, tiada sepatah kata lagi yang keluar dari mulut nya. Hanya Renungan mata dan airmata yang diberikan setiap kali aku berikan susu dan ubat. Ya, Makanan Bapak hanya susu yang disalurkan ke tiub yang di pasang dihidung. Beberapa kali juga tiub itu dicabut mungkin tak selesa. Kelang Kabut aku dan satu2nya adik lelaki aku angkat arwah bawak ke Klinik berdekatan untuk pasangkan balik tiub tu. Kalau x nanti Bapak Kelaparan.

August 2017 - Bergegas aku balik bila mak call bagitahu bapak admitted Hospital Kuala Pilah. Seminggu aku menjaga nya. Hanya renungan mata nya tanpa kata. Tiada lagi jeritan, tiada lagi kata-kata. Tiada lagi suara. Long buat cekodok, Long masak itu ini setiap kali nak masak kalau aku ada pasti akan aku tanya (hari ni Bapak nak makan apa).  Senyap sunyi dah rumah peninggalan arwah.

Maaf bapak seminggu je along dapat jaga bapak, along terpaksa balik KL sebab kerja bapak. Tu lah renungan  dan titisan air mata terakhir Bapak buat aku. 
November 2017, Setelah 2 minggu bedridden, ya bapak koma 2 minggu tu. Doctor suruh bawak balik sebab dah tak der apa lagi yang pihak Hospital boleh buat. Bapak Pergi selamanya. 

Bapak si sulong ini terlalu rindukan mu BAPAK
My Last RAYA wif BAPAK

Bapak Dalam Kenangan
8.11.52 - 24.11.2017 (65 years old)
miss you so much

Monday, May 8, 2017

My Black Sweet 11th Birthday ...





HAPPY 11TH BIRTHDAY MY BLACK SWEET  ..

she decided to celebrate her birthday at school wif Teacher and Friends at school this year :D ...
Enjoy Sayang (NUR SAHIRA DINA - 8 May 2006)
Hope u love the cake... LOT OF LOVE ..MAMA








8.5.2006 - My Black Sweet Sahira Dina U more than being a daughter, you have been a friend. A VERY BESTFRIEND TO MAMA. Thanx for being so mature through all of life's bends. Watching U grown up is like a dream. Time truly passes faster than it seems. Watching you be all mature is like a reverie proven true. Today I stand so proud for having a daughter like U and also Kakak Sarah Damia ♡. Membesarkan kamu ber3 adalah pencapaian terbaik dalam hidup MAMA ðŸ˜—

HAPPY 11TH BIRTHDAY SAYANG
LOT OF LOVE MAMA 



MAMA so happy to see your HAPPY FACE today








Wednesday, May 3, 2017

Happy 2nd Birthday Adik Farrel

Image may contain: 3 people, people sitting and outdoor
HAPPY 2nd BIRTHDAY
A
DIK...
Muh
ammad Farrel Iman
3.5.2015 

si kecik yg paling belakang tuuu

Thursday, March 16, 2017

HB guys - Zaidan & Zakuan

My adorable NEPHEW 
(Zaidan & Zakuan)....
Both of you will always occupy,
A SPECIAL place in my heart forever until I die
With happiness, your cuteness,
Make my heart overflow….
For both of you, my LOVE will never crease to grow…
Even when you guys become a grown-up later…
My little buddy you’ll be now and forever ;)
Not just an aunt on whom you guys can depend,
I’ll forever be ur best friend ever :D
HAPPY 6th Birthday – M.ARIQ ZAIDAN - 16.3.2011
HAPPY 5th Birthday – M.ARIQ ZAKUAN - 16.3.2012

*you guys are so special sharing 
the same date/month on your birthday ;)
Lots of LOVE – MAMA LIZA



Wednesday, February 22, 2017

luahan perasaan hari...

12.45pm - salam guys..hari ni rasa nak meluahkan perasaan. kenapa di sini. di sini lebih selesa. tiada komen, tiada bantahan, tiada dakwa dakwi dari sesiapa. hehehe. nak luahkan apa tu puan tanah. amboi you so free today haaaa. hahahaha. tetiba ada keje, stop jap sambung keje. nak citer apa sebenarnya ni. hahaha. entah

2.00pm - mula merapu kan. ni baru nak sambung. lunch time td ada keje sikit. buzy hari ni. 7.45 pagi tadi dah terpacak kat opis dan dah mula kan tugas-tugas di AK.  



Friday, February 17, 2017

SULONG its me..


17.2.17 - Moga doa2 dihari Jumaat ini dimakbulkan olehNYA.aminnnn




Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu  serta berdikari.
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.
Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. 

Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. 

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti. Tetapi tidak aku, aku hanya belajar setakat SPM sahaja...sebab itu hidup aku banyak kepayahan,  KESUSAHAN....aku tidak cemerlang di dalam akademik... :(

Moga titipan ini mungkin boleh membantu AKU menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian
Belajar tentang apapun yang kamu sukai
Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka
Belajar untuk tetap tegar
Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu
ROSLIZA a.k.a SULONG

Mengigil Mama

KEJADIAN 2 minggu lepas... berderau darah mama Dalam tengah sebok2 di office, my neighbour call. Terkejut terus angkat seba dia memang t...